Sunday, July 08, 2012

Cerekarama TV3 'Saleha'

Malam minggu tengok cerekarama ... hehe .. malam nih cite sedih lagi ... kisah seorang gadis bernama Saleha ... seorang anak yatim piatu yang membesar di bawah jagaan ibu dan ayah saudaranya ... Saleha ni seorang gadis yang tidak sempurna akalnya ... perangai dan sikapnya serupa kanak-kanak walaupun umurnya sudah meningkat remaja ... bermacam halangan dan dugaan dalam hidupnya ... walaupun sikap dan perangainya seperti kanak-kanak tetapi dia berbakat dalam membuat bunga telur dan gubahan untuk majlis perkahwinan ... best jugak ceritanya ... jadi, jom layan sinopsis cerekarama Saleha nih ...



Sinopsis oleh : aznanie

Saleha seorang anak yatim piatu setelah kematian ibubapanya dalam kemalangan. Dia di jaga dan dibesarkan oleh Pak Long dan Mak Longnya. Pak Long dia ada seorang anak gadis bernama Esah. Saleha seorang gadis yang sangat cantik namun begitu dia bukanlah seorang gadis yang sempurna. Sikap dan perangainya seperti kanak-kanak walaupun usianya sudah meningkat remaja. Hobinya bermain kahwin-kahwin bersama kanak-kanak yang lain. Walaupun begitu Saleha begitu berkebolehan dalam melakukan kerja-kerja mengubah hantaran dan membuat bunga telur untuk majlis perkahwinan. Ramai yang datang menempah hantaran dan bunga telur dengannya.

Seorang jejaka bernama Manaf berjanji mahu menjaga dan melindunginya. Namun hajat Manaf untuk berkahwin dengan Saleha dihalang oleh ibunya. Ibunya tidak mahu bermenantukan gadis yang tidak seperti perempuan lain. Dia tidak mahu mendapat malu. Akhirnya, Manaf dikahwinkan dengan Esah, sepupu Saleha. Saleha berasa pelik apabila Esah yang duduk di hadapan, bukannya dirinya. Setelah dipujuk oleh Pak Long dia dapat bertenang dan tidak bertanya lagi.

Setelah berkahwin, Manaf masih juga menunjukkan sikap prihatin dan sikap melindungi pada Saleha. Perbuatannya itu sedikit sebanyak mengundang rasa cemburu di hati Esah. Ibunya jugak selalu meminta Esah berbuat sesuatu supaya Manaf tidak melayan Saleha secara berlebihan. Ditambah dengan kata-kata umpatan dari penduduk kampung yang mencanangkan cerita yang bukan-bukan tentang hubungan Saleha dengan Manaf. Ibu Manaf berasa panas hati dengan kata-kata fitnah itu. Dia menyuruh Manaf membawa Esah tinggal  di rumahnya. Dia tidak mahu rumahtangga Manaf dan Esah runtuh hanya kerana Saleha. Manaf tidak menghiraukan permintaan ibunya itu. Padanya Saleha adalah tanggungjawabnya. Esah yang sedang berbadan dua hanya mengiku rentak suaminya walaupun dalam hatinya menyetujui akan kebenaran kata-kata ibu mertuanya itu.

Mak Long Saleha mulai merasakan bebanan memelihara Saleha. Dia berhasrat untuk menerima pinangan seorang lelaki yang sudah berusia untuk menjadi suami Saleha. Pak Long Saleha menentang kemahuan isterinya itu. Dia sayangkan Saleha seperti anaknya sendiri. Tidak tergamak dia membiarkan Saleha berkahwin dengan lelaki yang seusianya. Lelaki yang layak di panggil ayah. Sewaktu mereka bertegang urat, Pak Long Saleha diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Saleha sangat sedih kerana Pak Longnya sudah tiada. Dia amat sayangnya Pak Longnya itu. Setelah kematian Pak Longnya, Saleha dipukul dan didera oleh Mak Long dan Esah. Saleha yang tidak mengerti hanya menurut apa sahaja yang di suruh oleh Mak Long dan Esah.

Sembilan tahun sudah berlalu. Anak Esah, Nadia sudah besar. Pak Long dan Mak Long Saleha sudah meninggal dunia. Saleha di jaga oleh Esah dan Manaf. Sikap Saleha masih seperti dahulu. Kali ni teman sepermainannya adalah anak Esah, Nadia. Semasa dalam perjalanan pulang dari kedai, Saleha ternampak Mak Jah yang terbaring di tepi jalan. Dia meluru mendapatkan Mak Jah. Dia membantu Mak Jah makan ubat dan kebetulan Manaf lalu di situ dan membawa Mak Jah balik kerumah. Mak Jah berkali-kali menyatakan rasa bersyukurnya kerana Saleha datang tepat pada masanya. Kalau tidak sudah tentu dia mati keseorangan di tepi jalan itu. Dia berasa menyesal kerana membawa cerita yang tidak benar mengenai hubungan Saleha dengan Manaf dahulu.

Manaf mahu menjodohkan Saleha dengan Meor. Dia sudah bercerita tentang Saleha kepada Meor dan Meor bersetuju menerima Saleha sebagai isterinya. Pertemuan antara Saleha dan Meor di atur oleh Manaf.  Meor tertawan melihat Saleha dan Saleha jugak begitu.

Permintaan Mak Su untuk menempah bunga telur ditolak oleh Saleha. Esah yang kehairanan bertanya kenapa Saleha menolak permintaan Mak Su sedangkan tarikh majlis perkahwinannya masih lama. Alasan Saleha hanyalah dia takut tidak sempat. Esah merumuskan perkataan tidak sempat yang diperkatakan oleh Saleha itu merujuk kepada dirinya yang mahu mendirikan rumahtangga jugak.

Persiapan di jalankan untuk majlis perkahwinan Saleha. Tetapi Saleha tidak mahu keluar dari biliknya. Dia memandang dan membelek baju pengantinya. Esah menyuruhnya keluar membantu membuat persiapan di luar tetapi Saleha tidak mahu dengan alasan badannya penat dan letih. Esah menyuruhnya berehat sahaja. Tiba hari pernikahannya, Saleha siap didandan oleh mak andam. Saleha memang cantik. Ramai yang memuji kecantikan Saleha itu. Di luar bilik, pengantin lelaki dan tok kadi telah menunggu tetapi Saleha tidak keluar dari bilik. Esah memanggil Saleha tetapi dia melihat Saleha tertidur di tepi tingkap. Dia bergegas memanggil Manaf supaya melihat keadaan Saleha. Setelah di periksa oleh Manaf, rupanya Saleha telah tiada. Saleha telah meninggal dunia dalam keadaan duduk dalam pakaian pengantinnya. Hasratnya untuk menjadi pengantin telah terlaksana. Itu lah impiannya sejak dari kecik lagi. Tamat ...


Para pelakon :
Tasha Shila sebagai Saleha
Fezrul Khan sebagai Manaf
Linda Hashim sebagai Esah

* Jalan cerita yang menarik ... yang mudah difahami ... dan yang penting ianya sedih di akhirannya ... hehe ... pergi jua Saleha setelah hasratnya untuk menjadi pengantin tercapai ... hensem jugak si Meor tu ... hehe ... hensem dan baik hati ... sanggup terima kelemahan orang lain ... cuma yang tak bestnya ... tak de pulak adegan  Mak Long dia tak insaf lepas menyakiti hati dan memukul Saleha ... nansib baik Esah tak ikut mak dia mendera Saleha jugak ... cuma msikit-sikit jek lah .. tengking-tengking jek ... mungkin kena tegur dengan Manaf agaknya .. hehe ... pandai jek aku nih buat rumusan sendiri ... apa pun best jugak cerita Saleha nih ... bagi 4/5 bintang ler untuk cerita nih ... esok nak buat lagu tema cite nih pulak ... tajuknya TUHAN BERI AKU CINTA  kot ... hehe .. tak berapa sure lerrr ... esok cari bebetul .. hehe ...

3 comments:

kak gojes said...

huhuhu..gitu endingnya? nasib baik sy tak abis tengok..sedih ni...

tentang aku said...

salam Dania Eryati ..
Laaa mape tak tengok sampai habis .. best juga ending dia walaupun sedih ... kalau akak ler, selagi tak habis tetap tunggu walau apa pun ending dia .. hehe ..
Thanks yer singgah blog akak dan beri komen kat sini yer ..

Anonymous said...

silly ending2...mati tetibe...tak logik...MR tk maksudnyer life span die lg pendek...bosan la..nie taraf drama orang kite..adui...MR die pown cam tk truk sngt compare yg duk kne hntr hospital sakit jiwa tue...die bole lg function sume...so tkyh la wat drama cam die totally menyusahkan sume...bosan rating 2/5 ..good point sbb artis die lawa ..lol...stkt nie org MR yg paling pandai mekap la ..eyeliner tue..dasyhat..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...