Sunday, January 26, 2014

Sinopsis Cerekarama Rania Tip Top


 Malam minggu tengok cerekarama ... tajuk malam ni Rania Tip Top ... cite kelaka .... kisah seoarang gadis yang pembersih ... pantang tengok benda berselerak ... nak mengemas sahaja ... keja kedai alat tulis kena berhenti ... keja kedai handphone kena berhenti ... keja kedai dobi kena berhenti ... semuanya gara-gara sikapnya yang pembersih tersangat ... jom la layan sinopsis cerekarama Rania Tip Top ni ...


Sinopsis oleh : aznanie


Kisah Rania yang sangat pembersih. Pantang tengok sampah atau benda bersepah. Mesti nak kemas sampai bersih. Kalau tidak badan berpeluh dan menggigil. Rania mewarisi sifatnya itu dari ibunya yang berperwatakan yang sama dengan Rania.

Selepas tamat peperiksaan SPM, Rania mahu bekerja. Untuk mencari pengalaman dan berdikari. Ibunya mahu dia bekerja dengannya di kedai makan miliknya tetapi Rania tidak mahu. Dia mahu bekerja di tempat lain.

Nasib tidak menyebelahi Rania. Kerana sikap pembersihnya itu, dia selalu dimarahi majikannya dan diberhentikan.

Suatu hari, dia bertemu dengan Pak Saad. Dia menceritakan masalahnya kepada Pak Saad. Pak Saad mencadangkan dia bekerja di tempatnya bekerja.

Nasib Rania baik bila dia berjaya di temuduga dan diterima bekerja di pejabat milik En.Kamal iaitu tempat yang sama dengan Pak Saad.

Melihat keadaan pejabat yang berselerak dan dipenuhi sampah sarap membuatkan Rania tidak tahan. Dia mengemas dan membersihkan sehingga kemas semuanya. Perbuatannya itu mendapat respon negatif dari pekerja di pejabat itu. Sehingga ada yang mengadu kehilangan fail gara-gara di kemas oleh Rania.
Temah salah seorang yang tidak puas hati dengan sikap Rania itu. Padanya, Rania telah mencampuri urusan kerjanya sebagai cleaner di pejabat itu.

Oleh kerana banyak aduan yang diterima mengenai sikap Rania itu, dia ditegur oleh ketuanya, Anju dan Irfan. Mereka berdua bertanggungjawab kerana Rania bekerja di bawah mereka.

Suatu hari, Rania memberi fail yang di minta oleh En. Kamal. Matanya ternampak tali leher yang di pakai oleh En. Kamal senget. Oleh kerana En. Kamal tidak dapat membetulkannya, Rania cuba membantu. Tetapi kakinya tersadung sesuatu dan En.Kamal memegangnya dari terjatuh.

Kejadian itu dilihat oleh Temah dan melaporkankan kepada Puan Suzzy yang kebetulan datang ke pejabat.
Rania sedih bila niatnya disalah erti oleh semua orang. Apatah lagi dia dituduh mahu mengatal dengan bosnya sendiri.

Akibat dari kejadian itu, Rania demam terkejut. Irfan mencari maklumat mengenai keadaan yang di hadapi oleh Rania. Rupanya Rania menghidapi fobia. Fobia pada benda-benda yang tidak berkemas dan kotor.
Rania dan ibunya berusaha untuk mengurangkan fobia itu. Ini kerana fobia yang di hadapi mereka itu menyusahkan ramai orang.

Rania cuba berbaik dengan Temah tetapi Temah jual mahal. Tetapi selepas makan nasi lemak buatan ibu Rania, hatinya terus cair dan memaafkan Rania.

Irfan, Anju dan Pak Saad mahu mengadakan majlis hari lahir bos mereka. Temah ditugaskan untuk memujuk Puan Suzzy supaya menyertai mereka. Manakala makanan di uruskan oleh ibu Rania.

Ibu Rania memberitahunya yang ada orang mahu melamarnya. Rania terkejut kerana salah faham. Sangkanya untuk dirinya rupanya untuk ibunya. Dan dia bertambah terkejut apabila mendapat tahu orang yang dimaksudkan oleh ibunya adalah Pak Saad.

Majlis hari lahir En.Kamal berjalan lancar tetapi Rania buat hal dengan memberitahu Puan Suzzy ada lada melekat di giginya. Puan Suzzy tidak dapat menerimanya dan menuduh Rania sengaja mahu memalukannya. Rania melarikan diri dari situ dan dikejar oleh Puan Suzzy. Tamattttt ....

Para Pelakon:
Erin Malek sebagai Rania
Fazleena Ahmad Daud sebagai Puan Siti/Ibu Rania
Kaza sebagai Pak Saad
Azlee Khairi sebagai Irfan
Noor Khiriah sebagai Temah
Sharifah Shahora sebagai Puan Suzzy
Muhamad Ali Bashah sebagai Tuan Kamal


* Cite kelaka ... anak-anak suka ... ketawa tengok mimik muka si Rania ... muncung bila kena tegur ... lawak sungguh tengok dia tido ... sebab tak nak streess kena kemas katil waktu bangun tido .. sanggup tido pakai sweter ngan stokin ... tido tegak tak bergerak .... hahaha ... lawak ... lawak ... yang paling lawak si Temah ... meroyan dia bila si Rania sibuk-sibuk buat kerja dia ... diakan cleaner ... kerja dia la mengemas pejabat tu ... si Rania ni kerani ... tapi habis semua kerja si Temah di buatnya ... naik hantu ler si Temah ... hahaha ... last-last sikap pembersih dan pengemas tu makan diri sendiri ... nyaris kena buang kerja ... hahaha ... lawakkk ... layannn

1 comments:

Tengkubutang said...

Hai.. cakkk!! done singgah n follow sini no. 418
sudi2 kiranya follow me back yea.. =) tQ..
senyum selalu.. salam kenal.. heee..

http://tengkubutang.blogspot.com/

http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...