Friday, April 14, 2006

Penulis kegemaran ku

Ni aku nak cerita pasal hobi aku. Aku suka baca novel. Semestinya lah novel melayu. Yang jalan ceritanya agak ringan dan mudah untuk difahami.

Penulis yang paling aku minat sekali Anis Ayuni dan Aisya Sofea. Karya penulis lain pun ada juga yang aku suka.

Novel Anis Ayuni semuanya aku buat koleksi. Ada 5 buah novel kesemuanya. Suara Hati, Yang Terindah, Manisnya Rindu, Gemersik Kalbu dan Kau Kekasihku.


Begitu juga dengan novel karya Aisya Sofea. Ada 6 buah novel kesemuanya. Pun aku jadikan koleksi peribadi. Jauh, Jendela Hati, Kau Untukku, Sehangat Asmara, Gelora Jiwa dan Adam & Hawa.



Kat sini aku nak ceritakan sikit tentang biodata penulis kesayangan aku ni. Bermula dengan Anis Ayuni.

Anis Ayuni atau nama sebenarnya Latifah Mohd Yusof merupakan seorang ibu kepada dua orang anak dan menyandang jawatan Penyelia Petang di SMK Seri Saujana, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya 1986 ( pengajian Asia Tenggara).
Kemudiannya melanjutkan pelajaran dan memperolehi ijazah Sarjana dalam bidang Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Malaya (2004).
Beliau berpengalaman mengajar selama 11 tahun dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan pernah mengajar di enam buah sekolah iaitu di Johor, Negeri sembilan, Pahang, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Sebenarnya dengan membaca novel ni kita bukan sahaja dapat menyelami dan melihat kehidupan manusia yang berbeza dengan cara kehidupan kita, juga diselitkan segmen ilmu di belakang novel tersebut.

Okeylah ... itu aje untuk kali ini. Nanti, aku akan buatkan sinopsis novel-novel yang aku sebutkan di atas.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...