Tuesday, February 18, 2020

Tentang Aku : Bujang Kecik Sakit Mata


#KenangBalik
#16.02.20
#BujangKecikSakitMata
#KeKlinikTerusssss



Aduhai bujang kecik ku sakit mata .. balik sekolah ari kamis tu dah mengadu sakit mata ... nak tunduk cam nak terkeluar mata kata dia .. mata belah kanan ... ooo ada nanah la dalam kelopak mata belah bawah .. cam tembel tapi bukan kat tubir mata .. kat dalam kelopak mata bawah


Ok ensuami kata letak jek ubat mata yang beli kat farmasi masa anak dara kecik kena sakit mata dulu .. alamak dah lama rasanya ubat tu walaupun simpan betul-betul .. hmmm ok la mama letak la ubat ni kat mata dia ... dengan harapan cepat sembuh ye bujang kecik mama

Ni gambar ari jumaat ... mata dah mula memerah .. bahagian bawah mata dah mula membengkak walaupun tak berapa nampak dalam gambar ... hadoiii dia kata makin sakit .. tak selesa ... tapi malam tu tak balik rumah mama ... tido umah abah atuk dia .. dah tak letak lagi ubat tu ... hmm


Esoknya balik rumah alamak makin membengkak .. sampai hilang mata haha ... mama wassap Ustazah Lin beritau tak dapat gi sekolah agama rini sebab sakit mata .. alhamdulilah Ustazah Lin memahami ... sebab rini sabtu klinik kerajaan tutup makanya esok la baru pegi klinik ... tapi bengkak dah makin teruk ... ensuami suruh tuam tempat bengkak tu ngan air batu ... gigih la mama berlari beli air batu ... maklum la kann .. peti ais tak membeku .. sejuk jek ... hmm

Aisy gigih jugak menuam air batu kat tempat bengkak dia tu .. ulang 3 kali buat .. alhamdulilah susut bengkak dia ... tapi masih sakit kata dia ... nak tido letak lagi ubat mata tu .. esok kalau masih sakit ke klinik la kita ye

Bangun pagi masih bengkak walaupun tak sebengkak semalam .. rugi plak tak amik pic masa bengkak tu .. mama busy kerja kann ... hehe .. so kul 8 pagi, pegi sekolah amik surat rawatan baru gi klinik ... daftar pun lama haha ... ramai orang plak ari ahad ni kan .. ramai pesakit ulangan amik darah .. ok tak pe .. tunggu jek la ye ... haha

Ok siap daftar di kaunter pendaftaran .. bawah kad dan nombor ke bilik 1 .. ada bakul kat situ .. letakkan kad rawatan kat situ ... dan tunggu nama panggil ... ok .. ni baru nak jumpa pembantu perubatan .. untuk amik tekanan darah, cek suhu dan timbangan badan ... kena tanya la sikit-sikit bila sakit .. ada sakit lain-lain ke .. pastu baru bagi kad rawatan kat bilikk doktor pulak ..

Tunggu nombor panggil jumpa doktor ni yang lama .. haha .. ada 2 doktor bertugas .. tapi sebab campur dengan klinik ibu dan anak haaaa lama dia tahap mereput .. dekat 2 jam jugak la menunggu haaa amik ko  ....

Masuk jek bilik doktor .. doktor tanya sakit apa ... cakap la sakit mata .. cam ada nanah kat dalam kelopak mata .. doktor tengok tapi tak menyeluruh .. just tarik sikit kelopok mata ke bawah .. sikit jek .. terus cakap tu bukan nanah .. tu bahagian bawah mata membengkak .. haaaa .. aduuhai ko doktor .. cer la ko tengok bebetul .. hmm mama malas nak cakap banyak ... doktornya pun bukan katogeri mesra alam pun ... cek tak sampai 10 minit kot .. hmm

Dapat ubat yang sama mama beli kat farmasi tu hehe ... dapat surat mc .. ok senang karang nak bagi cikgu .. tak gi sekolah kan walaupun dah wassap cikgu beritau kena ada bukti jugak ..

Balik terus letak ubat .. alhamdulilah bengkak dah tak de .. sakit pun dah kurang .. esok gi sekolah ye bujang kecik mama .. hehe

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...