Pages

Monday, May 30, 2011

Juara Mentor Musim Ke-5 Milik Salma

Salma bersama mentornya Erra Fazira setelah di nobatkan juara Mentor musim ke-5 ..

Malam tadi tengok konsert akhir Mentor musim ke-5 .. best .. masing-masing ada kehebatan vokal yang tersendiri ... tapi Salma memang d'best .. vokal dia .. fuhh .. meremang bulu roma ... masa duet dengan Jac .. suara dia buleh dikatakan sama level dengan suara Jac .. giler .. memang aku jangka Salma buleh jadi juara mentor malam ni ... yang paling best masa dia bawak lagu Beyond 'Listen' .. fuhhh .. tabik betul la .. sampai tu suara dia .. tak de sumbang mambang pun .. cuma lagu yang last tu jek .. lagu baru dia .. masa dia bawak low note tu ada sikit terkucil .. tapi high note dia memang tak leh lawan la .. dasyat .. huhu ..

Sunday, May 29, 2011

Lagu Tema Cerekarama 'Tasbih Cinta Qadijah'



Takdir - Opick feat Melly Goeslaw
Dihempas gelombang dilemparkan angin
Kisah bersedih ku bahagia

Cerekarama 'Tasbih Cinta Qadijah'

Sejak akhir-akhir ni TV3 asyik siarkan cerekarama yang penuh dengan pengajaran dan keinsafan. Bagus juga untuk dijadikan iktibar dalam meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. Jadi, jom layan cerekarama Tasbih Cinta Qadijah ...

Saturday, May 28, 2011

Cenderahati Saputangan Kipas Cover Net Organza


Cenderahati saputangan kipas cover net organza nih tempahan pelanggan dari pahang. Ditempah pada minggu lepas. Tema yang diminta adalah kala hijau. Cenderahati ni simple jek. Dari segi hiasan rebennya sampaila ke pembentukkan saputangannya. Ringkas dan menarik.

Friday, May 27, 2011

Cenderahati Saputangan Gulung Berkipas


Akhirnya siap cenderahati saputangan gulung berkipas yang ditempah minggu lepas. Tema kala kuning. Bahan-bahan yang diperlukan adalah saputangan, reben, manik bola berantai, bunga reben besar, bunga reben kecil, tali reben kala gold dan kertas jepun.

Wednesday, May 25, 2011

Sarapan Kat Medan Selera Bandar Penawar

Pagi tadi ikut abah hantar tam .. lepas tu gi sarapan kat Medan Selera Bandar Penawar .. masa tu baru pukul 7.50 pagi .. ramai jugak orang sarapan kat sini .. kebanyakkannya yang bekerja di sekitar Bandar Penawar nih le .. bukan tak de kedai makan lain kat Bandar Penawar nih tapi Medan Selera nih menawarkan makanan yang sedap dan harga yang berpatutan .. sebab tu ramai yang makan kat sini ..

Tuesday, May 24, 2011

Check Gigi Ayen Dan Aisy kat Hospital Sultan Ismail

Hospital Sultan Ismail Johor Bahru ...
23/5/2011 (Isnin)

Hari ni ada appointment gigi Ayen ngan Aisy kat Hospital Sultan Ismail, JB. Appointment ngan Dental Klinik ni 3 bulan sekali .. Gerak dari rumah kira-kira kul 8.00 pagi .. banyak kenderaan kat jalan hari ni .. maklumlah ari isnin kan .. lori banyak betul .. besar-besar .. tapi tak ler jem .. masih ok ler .. bergerak jek kenderaannya ...

Sunday, May 22, 2011

Lagu Tema Cerekarama 'Utusan Ilahi'



Wali Band - Aku Cinta Allah
Andaikan ...
Diriku bisa
Seperti yang lain

Cerekarama 'Utusan Ilahi'

Cerekarama malam tadi kat TV3, aku tengok sambil buat cenderahati saputangan gulung tempahan Rabiaah dari Jerantut, Pahang. Kata orang nyambil-nyambil .. hehe .. sebenarnya kejar masa .. musti siapkan dalam minggu nih jugak .. tapi cerekarama tak leh lepas .. hehe .. jadi, jom layan cerekarama Utusan Ilahi nih ...

Sinopsis oleh : aznanie

Friday, May 20, 2011

Bawak Aisy Gi Klinik Homeopathy

Sian Aisy .. kena selsema ngan batuk .. badan pun dah mula panas .. tapi tetap lasak .. huhu .. tak reti duduk diam langsung .. ada jek benda yang nak buatnya .. yang buat dia nampak cam orang sakit cuma mata dia .. kuyu jek .. suruh tidur tak nak ..

Thursday, May 19, 2011

Cenderahati Saputangan Kipas Dalam Beg Organza

Hari nih menyiapkan cenderahati saputangan kipas dalam beg organza tempahan dari Rabiah, Jerantut Pahang. Tema cenderahati nih kala merah. Cenderahati nih untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan pada awal bulan 6 nanti .. kena siapkan cepat le nih .. nak pos lagik .. amik masa jugak kan .. hehe ..

Muyiiiii Baby Girl Anak Jiran Aku ..

Baby Girl Siti Aisyah ..

Pagi tadi menziarah jiran sebelah umah aku .. baru dapat orang baru .. dia bersalin 3hb Mei yang lepas .. sebab dia berpantang di rumah mertua dia .. jadi, tunggu le dia balik umah dia baru gi tengok baby dia .. orang dulu-dulu kata proses melihat baby nih muyiii bayi .. dari mana perkataan ini berasal agaknya .. aku pun tak tahu ... hehe .. main ikut jek nyebutnya .. yang penting tahu maknanya .. hehe ..

Wednesday, May 18, 2011

Aisy Dan Marry Brown ..


Pagi tadi gi Kota Tinggi .. pegi beli barang kat Plaza Kota .. Aisy nampak mainan yang masuk duit boleh bergerak .. siap ada lagu .. Aisy sukeee sangat main mainan tu .. kalau nampak mesti nak main .. tak masuk duit pun tak pe .. duduk jek .. yang aku geram kalau aku bagi dia main .. bukan buleh sekejap .. maunya berjam-jam kat situ .. nak ditinggal takut pulak .. sekarang nih bukan cam zaman dulu .. leka sikit jek .. ada jek yang amik kesempatan .. tu yang aku paling takut ..

Ikan Siakap 3 Rasa .. nyum .. nyum .. Sedappppnyer ...

Petang semalam adik aku, Tam datang umah .. tanya aku masak apa malam nih .. aku kata entah .. tak de idea la .. Tam kata masak ikan siakap 3 rasa nak tak? Teringin la nak makan .. aku tak kisah .. asal ada barang-barang nak masak ... aku ok jek .. hehe ..

Monday, May 16, 2011

Cenderahati Potpouri Gantung

Hari ni menyiapkan cenderahati tempahan Mimi dari Kota Tinggi .. cenderahati yang menjadi pilihannya adalah Cenderahati Potpouri Gantung .. tema kala hijau lumut .. cenderahati ni di tempah sempena majlis akikah dan cukur jambul ... jadi, tak banyak tempahannya .. hanya 100 pcs aje ..

Sunday, May 15, 2011

Cerekarama 'Sejadah Kaabah'

Cerekarama malam tadi .. lakonan Eja .. watak ibu yang tak berapa nak berada nih macam tak berapa nak sesuai ngan Eja .. hehe .. pendapat aku le nih ... tapi lakonan si Eika Farhana sebagai Izzah tu .. memang best .. watak dia sebagai anak bongsu dalam family .. nampak le sifat manja, keras hatinya .. sampai mak dia tak berdaya nak larang dia kalau dia berkeras nak berjualan jugak .. hmm .. buleh tahan le jalan cite nya. Arahan Bade Hj Azmi nih .. jadi, jom layan cerekarama 'Sejadah Kaabah' ..

Lagu Tema Cerekarama Sejadah Kaabah 'Seadanya Aku'



Seadanya Aku - Nubhan
Tak dapat ku kotakan
Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Check Ayen Kat Institut Pediatrik HKL : Melawat Zoo Negara Dan Balik

Hari Selasa (10/5/2011)

Siap urusan kat HKL pukul 12.00 tengahari .. en.suami kata jom gi Zoo Negara .. hurayyy .. anak-anak sukeee sebab diaorang tak pernah lagik pergi Zoo Negara .. gi Zoo kat Johor pernah le .. tu pun dah lama .. kalau tak silap tahun 2005 .. hehe .. lama giler dah ..

Saturday, May 14, 2011

Check Ayen Kat Institut Pediatrik HKL : Aktiviti Di Klinik Pakar Institut Pediatrik HKL

Selasa (10/5/2011)

Hari ni nak gi check Ayen kat Institut Pediatrik HKL. Semalam dah menempuh perjalanan pergi yang panjang dan memenatkan seluruh anggota badan. Rasa cam tak leh bangun jek .. malam tadi tak berapa nak lena .. maklum le tak biasa dengan keadaan .. tido umah orang memang cam ni la aku .. dah nak pagi baru leh lena .. hmm .. apa nak buat .. ngantuk ke tak kena bangun jugak .. siap-siap .. terus gerak ke HKL .. takut jem jalan woooo ...

Wednesday, May 11, 2011

Check Ayen Kat Institut Pediatrik HKL : Perjalanan Pergi


Hari Isnin (9/5/2011)

Hari selasa pagi ada temujanji dengan Doktor Pakar Oncologi kat Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Nak check Ayen ler .. rawatan biasa jek .. scan tempat ketumbuhan yang dah dibuang dulu tu .. nak tengok ada tumbuh lagik tak .. harap-harap tak de .. dan harap-harap semuanya ok ...

Sunday, May 08, 2011

Cerekarama 'Dosa Siapa'

Cerekarama malam tadi kat tv3 .. best gak .. cite yang penuh dengan pengajaran .. ada ketabahan seorang hamba Allah menghadapi dugaan hidup .. tentang dendam kesumat yang bermaharajalela di hati .. fuuhh .. dasyat .. jadi, jom layan cerekarama Dosa Siapa.

Sinopsis oleh : aznanie

Faridah mendendami kakaknya, Hamidah selepas dirinya diperkosa oleh sekumpulan lelaki ketika dia dan kakaknya pulang dari kedai. Faridah merasakan kakaknya sengaja membiarkan dirinya di lakukan sebegitu, walau pada hakikatnya Hamidah tidak berdaya untuk menolongnya kerana lelaki-lelaki jahat itu banyak jumlahnya. Dia hanya mampu pergi dari situ mencari pertolongan yang lain.

Saturday, May 07, 2011

Cerekarama 'Takdir'

Ni cerekarama tahun lepas .. ditayangkan kat tv3 pada 31/7/2010 ... aku terlepas tonton cite nih .. tadi cari lagu kat Youtube .. jumpa pulak promo cite nih .. pastu buleh tengok pulak citenya .. aku pun tengok le sampai habis .. jadi, jom layan cerekarama Takdir ..

Sinopsis oleh : aznanie

Azman dan Nurul saling mencintai walaupun orang tua Nurul tidak menyukai Azman. Mereka sudah mempunyai pilihan mereka iaitu Burhan. Azman menghantar wakil meminang Nurul dan diterima dengan syarat hantarannya sebanyak Rm 50,000.00 serba 1. Kununnya si Nurul tu, guru lepasan ijazah. Mempunyai kereta pulak tu. Dan tempoh tunangannya selama setahun.

Ngeteh Bersama Adik-Adik ..

Petang tadi gi ngeteh ngan adik-adik aku, tam ngan akma .. akma balik cuti .. apa lagik mintak dia belanja makan sate le .. sedapnya .. lama tak makan sate .. huhu ..

Makan Tomyam Di Pagi Hari ..

Hari sabtu datang lagi .. hehe .. mood bangun lambat ... bukan apa dah seminggu bangun awal .. menyediakan keperluan Ayen gi sekolah ... apa salahnya hari sabtu dan ahad ni memanjakan diri sikit .. ye tak? hehe ..

Tadi lepas siap-siap masukkan kain baju dalam mesin basuh .. bancuh air letak dalam peti ais .. siap basuh pinggan mangkuk .. bawak anak aku, Aisy gi makan sarapan .. dah kul 10 pagi nih ada lagi ker nasi lemak .. hujung minggu nih sarapan cepat habis .. maklum le ramai yang cuti ...

Friday, May 06, 2011

Highway Oh Highway ...

Bila la agaknya highway Desaru - Pasir Gudang nak dibuka untuk laluan orang ramai yek .. ari tu dengo kabar 27/4/2011 tapi tak jadi .. hmm .. macam-macam kabar angin kenapa highway tu tak dapat dibuka pada tarikh tu .. ada yang cakap jambatannya tak lulus .. ada yang cakap stuktur tanahnya yang beralun .. macam-macam le spekulasi yang kuar ..

Signboard dari Bandar Penawar ke Kota Tinggi ..

Thursday, May 05, 2011

Permainan Kegemaran Ayen

Ayen bersama kawan baik dia, Afiq .. geng pemadam .. haha ..

Ayen sukee bermain dengan pemadam ... stok pemadam dia .. punya la banyak .. satu beg plastik .. heran aku tengok ... dia belajar dari mana main permainan pemadam ni .. tak tau pulak aku .. kot-kot kat sekolah ada taiko yang ajar kot .. entah la .. tapi ok jugak permainan ni .. tak le lasak .. Ayen tu tak leh lasak-lasak .. maklumlah kan budak berpenyakit .. kena la waspada selalu .. nasib baik le dia jenis pandai jaga diri .. tau mana yang boleh mana yang tak boleh badan dia bawak .. anak baik Ayen ni .. hehe .. puji anak sendiri nampak .. haha ..

Rossa - Takdir Cinta



Takdir Cinta - Rossa
Ku tutup mata ku
Dari semua pandangan ku
Bila melihat mata mu
Ku yakin ada cinta
Ketulusan hati
Yang mengulir lembut

Cenderahati Perkahwinan Potpouri Dalam Sudu


Cenderahati Potpouri Dalam Sudu ni tempahan pelanggan dari Masai ... tema kala hijau ... untuk majlis pertunangan  yang akan di adakan pada akhir bulan ni ... cuma nak 200 pcs jek ... orait la tu .. tak kisah le berapa pun .. jadi, ini ler aktiviti aku bermula hari ini sehingga siap cenderahati ini .. hehe ..

Wednesday, May 04, 2011

Cenderahati Perkahwinan Saputangan Buluh Versi Simple

Hari ni buat cenderahati tempahan pelanggan dari Kota Tinggi .. dia nak cenderahati saputangan buluh tapi reben hiasan tu nak yang simple-simple jek ... jadi, aku cadangkan buang net organza ... just letak reben, bunga ngan manik bola berantai jek .. dia kata ok ... buat 30 pcs jek ... tema cenderahati kala hijau .. hehe ... kala hijau lagik .. memang tahun ni tema hijau kot .. hehe ..

Tuesday, May 03, 2011

Aisy Dan Nabil Berseronok Di Taman Permainan

Tadi pagi gi Kota .. beli ubat sendi mak ngan ambik barang tempahan adik-adik aku kat LENO Kota .. pastu Tam pesan belikan selipar bulu-bulu yang lembut .. kaki dia mengelupas hari-hari pijak lantai mozek kat office dia .. hmm .. apa-apa jek la ..

Sebab sampai awal sangat .. plaza lum bukak lagik .. baru kul 9.30 pagi .. plaza Kota bukak kul 10.00 pagi .. abah pun bawak anak-anak gi main kat taman permainan Kota .. Taman permainan Kota ni terletak bersebelahan dengan sungai besar dan berdepan dengan pasaraya Hwa Tai .. dulu-dulu pasaraya Arisun .. bila pasaraya Arisun gulung tikar .. ganti dengan pasaraya Family Mart .. pun gulung tikar jugak .. la ni pasaraya Hwa Tai ler yang beroperasi .. aku tak pernah masuk lagik pasaraya ni .. biasa belanja kat pasaraya KINI jek .. pasaraya KINI pulak bersebelahan bangunan jek dengan pasaraya Hwa Tai ni ..

Aisy ngan sepupu dia, Nabil .. kat belakang tu Sungai Johor ..

Monday, May 02, 2011

Mengubah Suai Album Gambar Kahwin Tam ..

Seharian menghadap album gambar kahwin adik aku, Tam .. ari tu aku ada buat posting pasal beli album gambar nih .. jadi, semalam bermulalah aktiviti memindahkan gambar-gambar dari album lama ke album baru yang aku beli ari tu ..

Ini album gambar kahwin Tam yang diberi oleh jurufoto majlis kawin dia ari tu ..

Yang ni pulak, album gambar kawin yang aku beli kat Pustaka Buku Kota  ... lihat la perbezaannya .. huhu ...

Sunday, May 01, 2011

Resepi Udang Bakar

Aku sukeeee makan udang .. actually .. sukeee sangat .. hehe .. tak kira la .. udang beso ke udang kecik ke .. sukeeee semua .. kalau udang kecik .. aku suka wat jemput-jemput udang, letak daun kucai .. peehhh .. kalau udang beso .. suka wat sambal tumis udang atau rebus berserai, pastu wat sambal belacan .. kaw .. kaw punya ... atau goreng pun sodap .. hehe .. tapi kali ni aku nak tunjuk cara wat udang bakar stail barbecue .. masuk oven pun boleh jugak ... tengok tahap kerajinan ler .. hehe .. jom layan resepi udang bakar aku ni ..

Udang Bakar
Bahan-bahan :