Pages

Saturday, May 14, 2011

Check Ayen Kat Institut Pediatrik HKL : Aktiviti Di Klinik Pakar Institut Pediatrik HKL

Selasa (10/5/2011)

Hari ni nak gi check Ayen kat Institut Pediatrik HKL. Semalam dah menempuh perjalanan pergi yang panjang dan memenatkan seluruh anggota badan. Rasa cam tak leh bangun jek .. malam tadi tak berapa nak lena .. maklum le tak biasa dengan keadaan .. tido umah orang memang cam ni la aku .. dah nak pagi baru leh lena .. hmm .. apa nak buat .. ngantuk ke tak kena bangun jugak .. siap-siap .. terus gerak ke HKL .. takut jem jalan woooo ...



Kami gerak ke HKL dalam pukul 7.00 pagi .. en.suami kata dah lambat .. sepatutnya kami kena gerak kul 6.30 pagi tadi .. jalan dah jem la ni kata en.suami ..betul kata en.suami .. banyak betul kenderaan kat jalan hari ni .. tapi tak de la berenti lama .. berenti sekejap sekejap jek .. tak laju le .. tapi bergerak kenderaannya .. kat terowong smart pun jem jugak .. huhu ..memang kenyang makan jem le hari nih ..

Kami sampai kat Institut Pediatrik lebih kurang kul 8.50 pagi ... tak ada orang kat kaunter pendaftaran. Tak yah amik nombor giliran pun .. terus jek bagik kad temujanji ..
Kerani pendaftaran klinik pakar : Ada surat sekolah tak?
Aku :  Ada .. tapi kat kaunter pendaftaran masuk wad pun nak guna jugak, sebab saya ada 1 surat jek ..    terlupa nak buat salinan la ..
Kerani pendaftaran klinik pakar : Tak pe .. kita 1 sistem kat sini .. dah mesyuarat tentang masalah ni .. dah dah dipersetujui hanya 1 surat jek dah ok ..

Lega la aku .. aku pun bagi surat sekolah Ayen .. siap urusan kat kaunter pendaftaran .. gi bilik timbang .. timbang berat ngan ukur tinggi .. pastu letak borang amik darah .. dan tunggu turn .. ayen dapat nombor 3 .. nombor yang tertera kat board nombor 2 .. tak ramai orang pulak ari nih ..


Lepas amik darah .. nurse Tini cakap jumpa doktor dulu baru wat ultrasound ngan wat echo .. ok la tu .. biasanya wat ultrasound dulu baru jumpa doktor .. kali ni Doktor Beena yang handle ayen .. hmm .. ok ngan Doktor Beena nih ... aku sukee ..
Doktor Beena kata kena check air kencing sebab tak pernah check air kencing sejak keluar wad .. ok la .. tanya ayen nak kencing tak? Dia kata tak nak .. aduhh la ayen nih ..  Doktor Beena kata tak pe .. lepas wat ultrasound ngan echo baru anto air kencing tu kat nurse Tini .. kami pun gerak ke Unit Rawatan Harian untuk urusan pendaftaran kemasukkan wad .. sebenarnya memang cam ni proses nak wat scan ke x-ray ke .. semua kena daftar masuk wad walaupun tak masuk wad pun .. bukan apa .. kalau kes tu memerlukan masuk wad .. dah senang .. terus jek masuk .. tak yah daftar lagik .. tapi kalau tak masuk pun kena bayar jugak yang tak de surat sekolah atau surat kerja kerajaan ...

Lepas dapat borang kemasukkan wad tu .. pergi kat kaunter kemasukkan wad untuk urusan pendaftaran .. aku serahkan borang tu ..
Kerani pendaftaran kemasukan wad : Ada surat sekolah tak?
Aku : Dah bagik kat kaunter pendaftaran klinik pakar
Kerani pendaftaran kemasukan wad : Tu tak sama .. klinik lain .. sini lain
Aku : Tadi saya dah tanya kerani kat pendaftaran klinik tu .. dia kata boleh .. sebab 1 sistem ..
Kerani pendaftaran kemasukkan wad : Eh! tak lah .. tak buleh cam tu .. sistem tak sama ..
Aku : Alamak .. cam mana nih .. surat sekolah tu cuma ada satu .. dah bagik kat pendaftaran klinik ..
Kerani pendaftaran kemasukkan wad : Tak pe la .. Puan, masuk balik ke Unit Rawatan Harian tu ya ..

Aku ingat dah settel la kan pasal ni .. aku pun masuk unit rawatan harian .. pastu kerani kat unit rawatan harian nih suruh aku wat echo dulu .. sebab tak ramai orang pepagi nih .. lagipun yang tukang buatkan echo nih bukan doktor cuma Medical Officer jek atau dipanggil MA .. Echo ni adalah satu proses scan untuk jantung .. caranya, letak jel pada pedal sensor yang disambung pada monitor .. imej dalaman jantung akan tertera pada skrin berserta dengan bunyi degupan jantung .. dulu-dulu, masa ayen umur 4 tahun dia cakap bunyi jantung tu macam bunyi lori .. haha .. gelak semua orang yang ada kat situ ..

Tapi malangnya, bila aku masuk jek dalam bilik echo tu .. MA yang bertugas belum masuk lagik .. diaorang gi makan .. hmm .. tak pe la .. aku tinggalkan borang echo tu kat nurse yang jaga bilik echo tu .. pastu aku gerak pergi bilik pengimejan .. di sinilah kalau nak buat x-ray ker ultrasound ke .. tapi kebanyakan yang datang ke sini mesti nak buat x-ray .. yang nak buat ultrasound cam ayen nih memang tak ramai .. aku pun bagi borang pandaftaran nak wat ultrasound tu kat kaunter pendaftaran dia .. pastu kerani kaunter tu cakap cop doktor kat borang tu tak ada nombor MMC .. la apa pulak nih .. aduiiyaiii .. kerani tu suruh aku pergi balik kat bilik doktor mintak nombor MMC tu kat nurse yang incharge kat bilik 6 .. aku pun pergi la jumpa nurse Tini .. mintak nombor MMC tu .. apa la maknanya MMC tu .. haha .. aku pun tak tau .. nurse Tini pun amik cop doktor .. dia cop baru kat borang tu .. aku tengok .. oooo .. rupanya MMC tu nombor pendaftaran doktor .. haha .. lawak ler .. baru diperkenalkan tahun ini .. cop doktor yang kat borang aku tu tahun lepas punya .. maklum le kan last appointment ayen kan bulan 11 tahun 2010 ..

Pastu aku gi semula Unit Pengimejan tu .. bagi borang yang dah ada nombor MMC tu .. kerani tu suruh aku tunggu .. baru nak cari tempat duduk .. nama dah panggil .. aik sekejap beno .. rupanya kerani tu tak jumpa cari fail lama .. kerani tu tanya nombor ic yang tertera pada borang pendaftaran tu masih sama ker dengan yang lama .. aku kata ya .. dia tanya lagik .. betul ke nombor nih .. ada yang tersilap ker? aku kata semua betul .. kerani tu kata tak pe la .. duduk la dulu ..

Aku pun duduk .. lebih kurang 15 minit .. nama ayen dipanggil untuk ultrasound .. ultrasound nih suatu proses scan yang boleh dibuat pada bahagian hadapan anggota badan terutamanya perut, buah pinggang, hati, limpa, pundi kencing ... kalau jantung tak nampak .. sebab tu jantung ada kaedah lain iaitu echo .. sebab ayen kan ketumbuhannya kat atas pundi kencing jadi kena scan kat situ la .. tempat ketumbuhan tu tumbuh .. pastu tengok buah pinggang sekali .. caranya sama cam echo la .. letak jel kat pedal sensor yang bersambung pada monitor .. imej akan terlayar di skrin monitor .. tapi kat sini bukan MA yang buatkan scan .. Doktor terlatih dalam bidang pengimejan yang buat scan nih .. bukan sebarang orang tau .. hehe ..

Doktor yang melakukan scan ke atas ayen nih mintak old report ayen kat nurse yang incharge nih .. nurse tu cakap tak jumpa old report .. siap mintak my kad aku lagik .. pun tak dapat trace jugak .. hmm .. tak pe la .. since tak ada apa-apa masalah .. alhamdulilah .. lega aku .. lepas nih dah tak yah scan lagik .. hehe .. sukee ayen .. bukan apa .. geli ada ... sakit pun ada .. kata ayen ..

Lepas dapat keputusan ultrasound, gi pulak ke bilik echo .. masuk jek dalam bilik echo tu .. sebut nama ayen .. terus MA tu suruh ayen baring atas katil yang disediakan  ... bukak baju dan baring tanpa bantal .. proses echo pun dimulakan .. sekejap jek .. tak sampai 15 minit dah siap .. pastu duduk luar tunggu keputusan bertulis .. keputusan tu nanti nak bagik doktor kat klinik pakar tadi ..

Dapat jek keputusan echo, gi balik semula Unit Rawatan Harian ... beritahu kerani kat situ dah siap semua urusan ..
Kerani Unit Rawatan Harian : Puan, ada bil ya ..
Aku : Eh! tadi dah cakap kat kerani pendaftaran kemasukkan wad tu .. surat sekolah dah bagik kat kerani pendaftaran klinik ..
Kerani Unit Rawatan Harian : Ye ke .. tapi kat borang ni ditulis 'awam' bukan 'pelajar' .. dah keluar bil pun nih ..
Aku : Mintak bilnya .. saya tanya sendiri kat kaunter pendaftaran kemasukkan wad ..

Aku pun pergi ke kaunter pendaftaran kemasukkan wad .. kerani tadi yang menguruskan borang aku tadi tak de la pulak .. orang lain .. baru nak cerita tentang surat sekolah kat kerani yang ni .. terpandang pulak kerani yang incharce memula tadi .. terus terpa kat kerani tu ..
Aku : Cam mana nih? Tadi kan dah cakap surat sekolah dah bagi kat kerani pendaftaran klinik .. tadi cakap tak apa .. kalau tau kena keluar bil .. saya gi balik kat kaunter pendaftaran klinik mintak surat sekolah kat sana ..
Kerani pendaftaran kemasukkan wad : Tak pe .. tak pe ..
Aku : Habis, nih kena bayar ke nih?
Kerani pendaftaran kemasukkan wad : Tak yah bayar dulu .. nanti temujanji berikutnya bagi surat sekolah ..
Aku : Temujanji lambat lagik .. bulan 11 nanti ..
Kerani pendaftaran kemasukkan wad : Tak pe .. janji bagik ..
Aku : Ok ..

Aku masuk balik ke Unit Rawatan Harian .. cakap kat kerani unit rawatan harian tu tak yah bayar bil tu .. kerani unit rawatan harian tu kata ok .. hmm ... nanti-nanti kalau sampai bil kat umah ... aku kepilkan jek bil tu dengan surat sekolah .. bagi kat kaunter kemasukkan wad nih ... abis cite ..

Pastu, gi balik kat klinik pakar tadi .. masuk bilik 6 .. jumpa nurse Tini .. beritahu dah siap wat ultrasound ngan echo .. nurse Tini suruh tunggu sebab keputusan darah lum keluar .. lagipun  Doktor Beena tak de .. gi makan sarapan .. hmm .. nak buat cam mana tunggu jek la ..
Ayen menunggu dengan penuh kesabaran .. hehe ..

Lama jugak menunggu .. lebih kurang 40 minit jugak le .. sampai bosan anak-anak aku tak de buat apa-apa .. nak gi main ... tak tau nak main apa .. bukan ada taman permainan kat dalam tu .. cuma ada 2 ketul mainan jongket-jengket jek .. dah kena serbu dengan bebudak lain .. hmm ... duk jek la depan bilik 6 tu ...

Bila nurse Tini panggil, aku ngan ayen pun masuk dalam bilik 6 tu .. Doktor Beena beritahu dah tak yah buat ultrasound lagik buat sementara waktu nih .. nanti-nanti kalau diminta berbuat demikian baru buat la .. lega.. lega .. tapi disebabkan ketinggian dan berat badan ayen tak berapa nak cantik grafnya ... Doktor Beena kata nak pantau tentang itu dulu .. kalau perlu akan dirujuk ke bahagian Hormon .. mintak diaorang rujuk kes ayen nih pulak .. lagi satu, kandungan garam dalam darah ayen rendah ... memang selalu rendah .. mungkin garam tu keluar ikut air kencing, kata doktor Beena .. jadi, doktor Beena suruh ayen makan ubat pottasium chloride .. doktor tanya nak pil atau syrup .. ayen kata nak pil .. sebab yang syrup tu masin giler .. haha ..

Tablet pottasium chloride .. stok untuk 6 bulan .. 1 hari 2 bijik ..

Siap urusan dengan doktor .. pergi amik ubat kat kaunter pengambilan ubat .. bagi slip ubat .. dapat nombor giliran .. dan tungguuuu ... ramai orang kat kaunter ubat nih .. dalam setengah jam jugak tunggu  .. dapat jek ubat .. terus keluar dan balikkkk .. huhu ..

2 comments:

  1. Salam...
    kami pun selalu mengalami masalah yang sama...
    yang tak bestnya tiba-tiba dapat surat peringatan dari hospital mintak bayar bil...padahal cakap boleh kepilkan gl masa nest rawatan...nasib badanlaaaa

    ReplyDelete
  2. salam ..
    oo ye ker .. jadi kena bayar lah yer? saya baru first time kena nih ..

    ReplyDelete