Saturday, October 29, 2011

Sinopsis Novel 'Uda & Dara'

"Saat aku membenci dirimu, kau datang untuk memujuk"

Sinopsis oleh : aznanie

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, mak cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Bertahun terpisah, akhirnya mereka bertemu semula. Pertemuan yang tidak disangka langsung oleh Siti Mariam. Dia marah pada pertemuan ini. Dia marah pada lelaki itu yang senang-senang menghina dirinya.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Dalam benci ada sayang. Ya, sesungguhnya dia masih menyayangi lelaki itu. Bertapa payahnya membuang sayangnya pada lelaki itu. Di saat Izzat Hilman melafaz cinta untuknya, hatinya berbunga riang namun untuk membalas dengan ungkapan serupa, Siti Mariam tak berani membalas dengan ungkapan yang sama. Dia masih keliru. Masih sangsi dengan perasaannya sendiri. Dia takut kecewa andai hati telah penuh cinta untuk Izzat Hilman. Berbelah bagi antara cinta dan sangsi.

Kehadiran Kak Yah bersama amanah arwah ibu mereka menambah lagi kekusutan yang ada. Dan kehadiran Khalidah bagai satu petanda yang dirinya bukan pilihan keluarga mereka. Siti Mariam tak nampak jalan untuk dia bahagia bersama Izzat Hilman. Lalu, dia menjauhkan diri. Melarikan diri dari semua ini. Juga dari Izzat Hilman.

Cadangan Abang Omar dan Kak Aida boleh diterima pakai. Berpisah apabila masing-masing sudah bersedia untuk berpisah. Berpisahlah dengan cara baik. Itu adalah cara yang paling bijak untuk menagani masalahnya sekarang. Siti Mariam nekad. Dia bersetuju kembali kepangkuan Izzat Hilman dengan syarat mereka akan berpisah apabila tiba masanya. Tujuh bulan. Itu masanya. Izzat Hilman setuju dalam keterpaksaan. Namun janjinya pada dirinya sendiri, dia akan memastikan yang Siti Mariam akan terlupa pada permainannya ini.

Hubungan mereka bertambah erat. Cinta bertambah mekar. Siti Mariam tak nampak cara untuknya berpisah dengan Izzat Hilman. Namun yang pasti perasaannya terhadap Izzat Hilman tak mampu dikawal lagi. Cintanya makin mendalam pada lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Siti Mariam di duga dengan dugaan yang tak tertanggung olehnya. Ayahnya muncul kembali setelah menghilangkan diri sekian lama. Muncul bersama hutang piutang yang tak terkira banyaknya. Dia diburu oleh ah long. Permasalahan itu semakin mengeratkan hubungan di antara Siti Mariam dan Izzat Hilman. Siti Mariam perlukan seorang penjaga untuk menjaga keselamatannya dari diburu oleh ah long.

Tindakan kejam lintah darat itu semakin menjadi-jadi. Siti Mariam dijadikan mangsa. Izzat Hilman semakin bimbangkan keselamatannya. Kerana terlalu ingin menjaga, Izzat Hilman melamar Siti Mariam. Ingin mengahwini Siti Mariam. Tetapi permintaan Izzat Hilman itu ditolak mentah-mentah oleh Siti Mariam. Dia tidak mahu mereka berkahwin di atas alasan ini. Tidak sama sekali.

Tanpa disangka Izzat Hilman melakukan sesuatu yang diluar dugaan Siti Mariam. Dia sanggup menjualkan tanah pusaka milik orang tuanya semata-mata untuk melunaskan hutang abah Siti Mariam. Dia tidak mahu keluarga Siti Mariam diganggu lagi. Terutama Siti Mariam. Dan dia mahukan Siti Mariam menjadi isterinya. Siti Mariam terkejut dengan perbuatan Izzat Hilman itu. Dia merasakan dirinya dibayar untuk menebus sebuah budi.

Sudah tersurat jodohnya bersama Izzat Hilman. Walau apa pun sebab nya, kini Siti Mariam sah menjadi isteri Izzat Hilman. Siti Mariam pasrah jika ini suratan takdir baginya. Dia mengharapkan agar kebahagian menjadi miliknya jua nanti.

Bahagia yang di sangka bakal mucul terhalang jua oleh kerenah Kak Yah. Ada-ada saja perbuatan dan kelakuan Siti Mariam yang jelik pada pandangan matanya. Belum termasuk kata-kata penghinaan dan sindiran yang sengaja ditujukan padanya. Di depan Izzat Hilman, sikap Kak Yah lain di belakangnya Kak Yah mengambil kesempatan membuli Siti Mariam. Tak cukup dengan itu, Kak Yah sengaja memanggil Khalidah supaya Khalidah sentiasa berasa di sisi Izzat Hilman. Segalanya di pendam oleh Siti Mariam. Dia tidak mahu ada perselisihan faham dan pertengkaran di antara suaminya dengan kakak iparnya. Biarlah dia yang menanggung semua sengara itu kerana dia sedar yang dia bukan menantu pilihan keluarga Izzat Hilman.

Kepulangan Kak Yah ke Labuan seakan kelegaan buat Siti Mariam namun perhubungannya bersama Izzat Hilman tetap begitu. Dingin dan sepi. Seolah-olah mereka seperti orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain. Perhubungan dingin mereka bagai dapat di hidu oleh keluarga Siti Mariam namun masing-masing tidak mahu campur tangan dalam urusan rumah tangga nya.

Namun siapa sangka dingin yang melanda mereka boleh berubah sekelip mata. Akhirnya Siti Mariam kembali dalam dakapan suaminya, Baru dia sedar selama ini Izzat Hilman tidak pernah membiarkan dirinya keseorangan. Siti Mariam baru merasa bahagianya menjadi seorang isteri yang disayangi oleh suaminya.

Kehadiran Kak Yah kembali merobek kebahagian mereka. Pembohongan Izzat Hilman di persoalkan Kak Yah. Siti Mariam lah punca segala kekalutan. Siti Mariam berasa di khianati oleh suaminya sendiri. Perbuatan Izzat Hilman semakin menyukarkan hubungan di antara Siti Mariam dan Kak Yah. Siti Mariam kembali membenci suaminya sedangkan apa yang dilakukan oleh Izzat Hilman adalah untuk kebaikan Siti Mariam juga.

Selepas berlakunya pertengkaran di antara Siti Mariam dan Izzat Hilman, masing-masing membawa haluan sendiri. Tanpa di duga Siti Mariam keguguran setelah jatuh tangga. Izzat Hilman menuduhnya sengaja menggugurkan kandungannya kerana marah dan benci padanya sedangkan Siti Mariam tidak mengetahui langsung yang dirinya sedang mengandung. Izzat Hilman tidak mengendahkan rayuan Siti Mariam. Sekali lagi Siti Mariam di biarkan sepi.

Keadaan anak Kak Yah semakin kritikal. Dia perlukan darah segera namun pihak hospital tiada stok darah seperti itu. Siti Mariam yang dibenarkan keluar hari itu, membuat keputusan untuk mendermakan darahnya tanpa pengetahuan sesiapa dan dia juga tidak berniat untuk memberitahu sesiapa akan hal itu.

Sesampainya dia dirumah, pertengkaran tercetus lagi. Antara suaminya, Izzat Hilman dengan Kak Yah. Kak Yah memujuk Izzat Hilman mengambil Khalidah sebagai isteri keduanya. Bagai halilintar menyambar sanubari Siti Mariam tatkala mendengar kata-kata Kak Yah. Di lihatnya suaminya tertunduk  mendiamkan diri. Siti Mariam tahu yang Izzat Hilman telah termakan kata-kata Kak Yah. Siti Mariam nekad. Dia harus keluar dari rumah ini.

Izzat Hilman termanggu bila melihat Siti Mariam mengemaskan barang-barangnya. Dia menghalang Siti Mariam pergi dan buat pertama kalinya Siti Mariam melihat suaminya, Izzat Hilman menangis di sisinya. Ternyata cinta antara mereka masih ada. Walau marah macam mana sekali pun, cinta mereka tetap utuh. Siti Mariam yakin kini, cinta Izzat Hilman hanya untuknya. Dia mempercayai suaminya. Percaya sepenuh hati.

Akhirnya segala permasalahan terungkai jua. Kak Yah menyesal kerana terlalu mengikut kata hati. Dia sungguh tak sangka yang Siti Mariam sanggup menderma darah kepada anaknya tatkala Siti Mariam banyak kehilangan darah akibat dari keguguran. Izzat Hilman juga seakan tidak percaya pada kesungguhan Siti Mariam membantu anak saudaranya sedangkan dirinya di dalam kesakitan juga. Siti Mariam bersyukur kerana segalanya berakhir dengan kegembiraan dan lebih bermakna lagi semenjak Arif Hilman hadir dalam hidupnya. Dialah pelengkap rumahtangganya bersama Izzat Hilman. Bahagia di rasakan lebih manis berbanding dahulu. Tamat ...

Tajuk     : Uda & Dara
Penulis   : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21
Point      : 4/5

* Best jugak ... jalan cerita yang menarik walau kadang kala terasa bosan jugak sebab persoalan yang sama asik diulang-ulang ... ketidakpuasan hati disebabkan perselisihan faham ... marah pada sesuatu yang tidak dapat dikawal oleh keadaan .. lebih kurang cam tu la .. haha .. nocel dia bisa membuatkan aku yang cengeng ni mengalirkan airmata seperti dapat merasakan kesengsaraan yang dilalui Siti Mariam ... like ittt sesangat ... best .. try la baca .. romantiknya Izzat Hilman .. adakah lelaki sepertinya di alam yang nyata ini .. hehe ...

8 comments:

NN said...

Salam... review yang menarik... saya setuju walaupun novel ni mempunyai jalan cerita yang menarik, tetapi kadang-kadang membosankan...

P/s- saya copy sinopsis awak untuk blog saya... thanks

tentang aku said...

salam NN ...
thanks sudi singgah blog akak dan thanks suka sinopsis yang akak buat .. akak amik part yang penting2 jek ... hehe

p/s - tak pe .. akak tak marah .. tapi apa blog NN tu .. akak nak tengok jugak .. leh jadi folower NN pulak ...

nonme said...

cite uda dan dara sangat best skali saya dh beli buku ni n dh baca pun sampai abis...

Unknown said...

Boring..

Unknown said...

Now dh ade di astro...sy yakin novel ni akn boom...!!!watak siti mariam,di saat membca novel ni...boleh terbawa2 seolah2 dr ini adalah ct mariam...hihi

taba said...

Thanks untuk sinopsis lengkap...x payah lagi dah layan drama ni kat tv... Banyak benda lain boleh buat....

Unknown said...

Terima kasih atas sinopsis...

qalija said...

Memang membosankan terutamanya Siti Mariam. Perkara yg sama diulang2. Tidak nmpk kebaikan suami.
Suami pun kurang tegas dlm pertahankan rumahtangganya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...