Monday, August 21, 2017

Resepi Donut Pandan Frozen

Donut pandan frozen ... first time buat .. saje suka-suka untuk makan sendiri-sendiri jek ...  anak-anak suka .. buat sarapan pagi-pagi .. makan petang .. atau tetamu yang tak disangka datang ke kann .. dah senang tinggal goreng jek .. hehe

Donat Pandan Frozen
Bahan A :
1 sudu kecil garam
500gm tepung gandum
3 sudu besar marjerin

Bahan B:
11 gm yis  
2 sudu besar gula pasir  
250ml air suam kuku
2 sudu kecil pandan paste
2 sudu besar susu pekat manis

Gula kisar untuk salut donat

Cara membuatnya :
Masukkan bahan B ke dalam mangkuk
Gaul hingga sebati
Biarkan seketika sehingga keluar buih

Satukan semua bahan A ke dalam mangkuk besar
Ramas hingga menjadi serbuk roti

Masukkan bancuhan yis yang dah berbuih tadi ke dalam mangkuk tepung sedikit demi sedikit
Uli hingga menjadi doh yang lembut
Tutup doh dengan kain lembab dan rehatkan selama 1 jam
Doh akan naik sekali ganda dari doh asal

Tumbuk-tumbuk adunan supaya udara di dalamnya keluar
Ambil sedikit doh dan leperkan
Terap dengan acuan atau apa sahaja yang berbentuk bulat
Biarkan 10 minit sebelum digoreng
Goreng sebentar sahaja jika nak buat donut frozen
Goreng sehingga kuning keemasan dan biarkan sejuk baru disalut gula halus




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...