Pages

Wednesday, November 23, 2016

Kupang Sambal

Lama tak masak kupang ... kupang bukan favorite sebab tu jarang masak ... sesekali kalau teringin je baru beli dan masak ... hehe .. semalam kebetulan terpandang kupang kat pasar .. hangkut la 1 kg jek ... jangan banyak-banyak .. anak-anak tak reti makan kupang ... mama dan abah dia jek yang makan kupang ni ... haha

Kupang Sambal

Bahan-bahan:
1 kg kupang - bersihkan dan tos air dia
15 sudu besar lada blend
1/2 biji bawang besar - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos ikan
1 batang serai - ketuk
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Tumis bahan tumbuk dan serai hingga garing
  • Masukkan lada blend dan biar seketika sehingga lada garing
  • Masukkan sos tiram dan sos ikan
  • Gaul rata
  • Masukkan kupang dan sedikit air
  • Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa 
  • Biarkan mereneh seketika sehingga kuah pekat
  • Angkat dan hidangkan

No comments:

Post a Comment