Sinopsis oleh : aznanie
Jamil adalah seorang peniaga runcit di kampungnya. Kehidupannya mulai tersepit setelah menjadi penjamin adiknya, Ikram. Ikram meminjam sejumlah wang dengan Ah Long. Di sebabkan Ikram tidak dapat membayar hutangnya, Ah Long memburu Jamil dan memaksa Jamil membayar hutang Ikram itu. Perkara itu menimbulkan perasaan tidak puas hati isterinya, Saleha. Mereka kerap bergaduh kerana perkara itu. Saleha menuduh suaminya lebih mementingkan adik-beradiknya dari dirinya sebagai isteri. Jamil bersabar dengan kerenah isterinya itu. Dia tahu Ikram bukan sengaja mahu meminjam wang dari Ah Long. Ikram terpaksa kerana mahu merawat isterinya yang sedang dirawat di hospital kerana menghidap penyakit barah. Jamil tahu yang Saleha tidak puas hati kerana mereka sudah mulai kekurangan wang semenjak terpaksa menanggung membayar hutang ah long tetapi Saleha adalah seorang isteri dan anak yang baik. Saleha sanggup menjaga Diana seperti anaknya sendiri walaupun Diana hanya anak tirinya sahaja.
Jamil teringat kepada anak-anaknya, Diana dan Yaya. Sangkanya anak-anaknya berada di rumah ibu mertuanya itu tetapi dinafikan oleh ibu mertuanya. Jamil bergegas pulang ke rumahnya. Dia terkejut apabila mendapati rumahnya dipenuhi orang kampung. Paie mendapatkannya. Dia memberitahu Jamil yang anak-anaknya tiada di rumahnya itu. Jamil tidak mempercayainya dan dia sendiri mencari anak-anaknya. Setelah gagal mencari di rumahnya, dia meminta Paie dan penduduk kampung mencari anak-anaknya di sekitar kampung. Tetapi masih tidak berjaya menemui Diana dan Yaya. Jamil mengambil keputusan untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Setelah menerima laporan dari Jamil, pihak polis mulai menyiasat kehilangan anak-anak Jamil. Mereka ke rumah Jamil dan mengambil bahan bukti yang boleh dikaitkan dengan kehilangan Diana dan Yaya. Operasi mencari Diana dan Yaya dibantu dengan anjing pengesan. Inspektor Muhammad mengajak Jamil menyertai pencarian anak-anaknya. Jamil membawa Inspektor Muhammad ke tempat di mana anak-anaknya selalu bermain. Setelah beberapa ketika mencari, akhirnya anjing pengesan dapat menghidu sesuatu di bawah tanah. Inspektor Muhamad mengarahkan anak-anak buahnya mengali tanah tersebut. Mereka menemui sebuah tong ikan ternanam di situ. Setelah tong itu dibuka, alangkah terkejutnya Jamil apabila mendapati Diana dan Yaya terbaring kaku di situ. Diana dan Yaya telah mati dan mayatnya di tanam di dalam tong itu. Pihak polis memagar kawasan itu dan membawa mayat Diana dan Yaya ke hospital untuk dibedah siasat. Kebetulan, Saleha dan ibunya melewati kawasan itu dan Saleha ternampak kereta Jamil di situ. Dia meminta ibunya memberhentikan kereta dan dia ternampak beberapa orang pihak polis sedang mengusung mayat. Dia bertanya tetapi pihak polis tidak melayannya.
Di hospital, Saleha naik angin apabila di beritahu yang anak-anaknya akan di bedah siasat terlebih dahulu sebelum di serahkan untuk urusan pengebumian. Saleha tidak bersetuju tetapi pihak polis tetap mahu menjalankan bedah siasat kerana Diana dan Yaya mati dibunuh. Setelah di bedah siasat, terdapat banyak tanda tanya tentang kematian mereka berdua. Pada mayat Diana, terdapat kesan lebam di lehernya dan disahkan mati akibat dicekik. Pada mayat Yaya pula, disahkan mati akibat lemas. Ini kerana paru-paru Yaya dipenuhi air dan di dalam mulutnya terdapat rumpai air. Pihak polis meminta Saleha dan Jamil memberikan sedikit rambut dan air liur untuk memadankan DNA mereka. Saleha yang pada mulanya mahu membantah tetapi akur dengan keadaan itu.
Pihak polis mula mencari pemilik tong ikan itu. Dan pencarian mereka menemui hasil dengan tertangkapnya Bidin, seorang penjual ikan. Bidin terkejut apabila dia dituduh merogol Saleha dan membunuh Diana dan Yaya. Dia di tangkap dan dilokap untuk di soal siasat.
Pihak polis menahan Saleha untuk membantu siasatan. Ini kerana rambut Saleha berada di dalam tangan Diana sewaktu pihak polis menemui mayatnya. Saleha menafikan tuduhan yang dirinya terlibat di dalam pembunuhan anak-anaknya. Apabila pihak polis bertanya tentang lelaki yang merogolnya. Saleha menafikan yang dia kenal lelaki itu tetapi akhirnya memberitahu yang Bidin lah yang telah merogolnya.
Setelah didesak oleh pihak polis, Bidin akhirnya membuat pengakuan yang dirinya memang ada membuat hubungan sulit dengan Saleha tetapi menafikan yang dia merogol dan membunuh anak-anak Jamil. Bidin menceritakan perkara sebenar dan memberikan segala bukti tentang pengakuannya itu.
Saleha cuba mengelirukan pihak polis denga mengatakan yang kemungkinan Jamil adalah pelakunya dengan mengatakan dirinya dan anak-anak ada mempunyai insuran. Setelah Jamil di soal siasat, terbukti yang insuran mereka telah terbatal kerana Jamil tidak membayar wang insuran tersebut kerana terpaksa membayar wang ah long.
Pihak polis bertungkus lumus mencari bukti dan meneliti bukti-bukti dan pengakuan dari Bidin, Jamil dan Saleha. Walaupun kenyataan Bidin dan Saleha saling bercanggah, bukti menunjukkan yang Saleha adalah pelakunya. Inspektor Muhammad terus memberi tekanan kepada Saleha dengan harapan Saleha akan memberikan pengakuannya dan akhirnya usahanya berjaya. Saleha menceritakan perkara sebenar kepada Inspektor Muhammad.
Hari itu, Saleha sedang bersiap-siap menunggu kedatangan Bidin. Diana memerhatikannya dari luar bilik. Saleha menyuruh Diana membawa Yaya bermain di luar rumah. Setelah Diana dan Yaya keluar bermain, Bidin datang dan Saleha membawanya ke dalam bilik dan mereka melakukan perbuatan terkutuk bersama. Diana dan Yaya bermain di sebuah kolam. Tiba-tiba Yaya terjatuh ke dalam air kolam itu. Diana yang perasan kehilangan Yaya terus berlari ke rumah dan memberitahu Saleha yang Yaya telah jatuh ke dalam kolam. Di ketika itu, Bidin baru sahaja mahu keluar dari rumah itu. Saleha mengajak Bidin mencari Yaya. Diana membawa Saleha dan Bidin ke kolam itu. Saleha memarahi Diana dan bertanya di mana Yaya. Bidin di suruh terjun ke dalam kolam itu. Bidin berjaya membawa Yaya keluar dari kolam itu tetapi Yaya sudah mati lemas. Saleha meraung memanggil nama Yaya. Tiba-tiba dia teringatkan Diana. Perasaan marah dan geramnya pada Diana tidak dapat dikawal. Dia menuduh Diana menolak Yaya ke dalam kolam dan membunuh Yaya. Saleha mendapatkan Diana dan mencekik leher Diana sekuat hatinya. Bidin menghalang perbuatan Saleha itu. Dia khuatir sekiranya Diana benar-benar mati, mereka berdua akan ditimpa masalah besar. Setelah berjaya meleraikan tangan Saleha dari leher Diana, Bidin mendapati yang Diana sudah pun mati. Saleha terkejut dan terduduk di situ. Bidin menguruskan kedua-dua mayat anak-anak Jamil itu. Dia memasukkan mereka berdua ke dalam tong ikan dan menanamnya. Saleha menyuruh Bidin melarikan diri dari situ. Dia tidak mahu Bidin terlibat dengan perkara itu. Tetapi sebelum itu dia meminta Bidin mencederakan dirinya dan membuatnya kelihatan seperti di rogol seseorang. Dalam keterpaksaan Bidin terpaksa menurut kemahuan Saleha. Saleha berjanji akan mencarinya setelah perkara itu dapat diselesaikan.
Saleha meminta Inspektor Muhammad berjanji tidak akan memgambil tindakan terhadap Bidin kerana Bidin hanya menurut arahannya sahaja. Ternyata Saleha memang sayangkan Bidin dan silapnya dia menuduh Bidin memperkosanya dan membunuh anak-anaknya sedangkan Bidin adalah kekasihnya dan tahu apa yang sebenarnya terjadi. Saleha di kenakan hukuman kerana membunuh Diana dan menyembunyikan mayat mereka.
Para pelakon:
Sherry Merlis sebagai Saleha
Aman Graseka sebagai Jamil
Nazim Othman sebagai Bidin
Cico Harahap sebagai Inspektor Muhammad
* Jalan cerita yang menarik .. tak berbelit-belit ... mudah difahami walaupun ada banyak andaian-andaian yang ditimbulkan untuk mengelirukan penonton ... pengajarannya jangan menfitnah kekasih sendiri ... nanti terkena diri sendiri ... hahaha ... jangan curang dengan suami .. pasti ada musibah yang menanti ... gituuuu ... so ... layan jek la .. kannnnn
emm.. kenapa eh macam tak nampak je sinopsis tu? saya rabun ke atau memang takde eh? hihi
ReplyDeletesalam belogkiter ...
ReplyDeletetak nampak ea ... mcm mana leh tak nampak ea ... ada masalah ke ngan blog akak ni ... betul ker???? sure tak nampak ker???