Pages

Saturday, March 09, 2013

Resepi Ikan Bilis Petai Tumis Lada Kecik

Hari ni sangat-sangat teringin nak makan ikan bilis petai tumis lada kecik ... aku makan kat Kebayan Pasir Puteh ... sedap sangat ... tak pernah makan di mana-mana lauk yg sebegini ... kebiasaannya ikan bilis di masak dengan lada dan bawang yang dihiris atau dibuat sambal tumis lada kering yang diblend jek ... tetapi yang ini lada kecik dan bawangnya ditumbuk dan ditumis .... rasanya ... walahhhhh ... sangat la sedapnya .. hehe ... memandangkan nak gi check up pregnancy lagi 2 minggu ... maka ... buleh la buat hari ni ... bukan apa ... takut nak check air kencing karang berbau petai pulak ... hahaha ... malu beb ... so .... jom layan resepi ikan bilis petai tumis lada kecik ...

Ikan Bilis Petai Tumis Lada Kecik 


Bahan-bahan :
Ikan bilis - segenggam (siang dan bersihkan)
Petai - sukahati nak banyak mana (kopek kulit dan dibelah)
Lada kecik - 8 biji (terpulang pada citarasa - suka pedas leh tambah ladanya)
Bawang besar - sebiji
Bawang putih - 3 ulas
Garam dan ajinomoto secukup rasa
Air asam jawa - sedikit sahaja

Cara membuat :
Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan
Tumbuk lada kecik, bawang besar dan bawang putih hingga lumat (separa lumat pun tidak mengapa)
Panaskan minyak dalam kuali untuk menumis bahan tumbuk tadi
Tumiskan bahan tumbuk hingga garing kekuningan
Masukkan petai dan gaul sebentar
Masukkan ikan bilis dan gaul lagi
Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa
Masukkan juga sedikit air asam jawa
Gaul sehingga kuah menggering
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas
Selamat Mencuba.....

No comments:

Post a Comment