Sinopsis oleh : aznanie
Arang And The Magistrate
Episod 1
Pada suatu masa dahulu, di zaman pemerintahan Joseon, terjadi kekucar-kaciran di mana manusia mencapai satu tahap di mana boleh melihat roh-roh yang berkeliaran di muka bumi ini. Roh-roh itu atau di panggil hantu ini berkeliaran di muka bumi dan berkebolehan melihat manusia tetapi manusia tidak boleh melihat mereka. Hanya ada seorang lelaki yang bernama Gim Eun Oh yang berkebolehan melihat hantu. Dia datang ke Miryang untuk mencari ibunya yang menghilangkan diri sejak 3 tahun yang lepas.
Arang ditinggalkan kumpulan hantu yang lain. Mereka tidak mahu Arang bersama dengan kumpulan mereka. Sedang mereka leka mengerjakan kumpulan manusia yang membawa makanan itu, mereka dikejutkan dengan kedatangan Arang. Ketua kumpulan itu di belasah oleh Arang kerana sengaja meninggalkannya. Sedang mereka bergaduh sesama mereka, tiba-tiba Arang terlihat jaring terbang dari atas. Tahulah dia mengambil roh sudah datang. Arang mengelak dari termasuk ke dalam jaring itu. Semua kumpulan itu dapat di hapuskan oleh pengambil roh itu. Arang melarikan diri dari situ. Tetapi dia dikejar oleh ketua mengambil roh itu yang bernama Mu Yeong.
Kejadian itu disaksikan oleh Gim Eun Oh. Dia melihat bagaimana Arang berusaha untuk melepaskan diri dari Mu Yeong. Tetapi Gim Eun Oh tidak memperdulikannya. Dia dan orang suruhannya hanya berlalu bagai tiada apa yang terjadi. Arang terjatuh apabila di baling dengan tongkat milik Mu Yeong. Arang meminta Mu Yeong melepaskannya tetapi Mu Yeong memberitahunya yang kehadirannya di muka bumi ini akan mengucar kacirkan lagi keadaan. Dalam usahanya melepaskan diri, Arang telah mencampakkan kepingan-kepingan peach bolsom ke arah Mu Yeong. Mu Yeong menutup mukanya dengan tanganya. Apabila reda, dia melihat Arang sudah menghilangkan diri. Mu Yeong menjerit memanggil nama Arang.
Hujan turun dengan lebatnya. Gim Eun Oh dan orang suruhannya, Dol Soe berteduh di dalam sebuah rumah tinggal. Arang juga terkena hujan. Keadaannya basah kuyup. Dia marah dan dia menyumpah Jade Emperor.
Pada ketika itu, Jade Emperor dan King Yama sedang bermain buah catur di atas langit. Dia terbersin seakan terdengar suara orang menyumpah ke atasnya. King Yama tidak mengendahkannya kerana sedang berfikir sesuatu yang serius. Apabila dia berasa yakin dia pasti dapat menewaskan Jade Emperor moodnya terus bertukar ceria. Jade Emperor menegur gaya rambut seorang dayangnya. Gaya rambutnya sangat cantik hari ini tetapi dayang itu memberitahunya yang gaya rambutnya tetap sama dari dahulu hingga sekarang. Jade Emperor mulai berasa pelik akan hal itu. Dia di tegur oleh King Yama supaya menumpukan perhatiannya kepada permainan mereka itu. King Yama memberitahunya yang walau di manapun Jade Emperor meletakkan buah caturnya pasti tidak dapat mengalahkannya. Tetapi apabila Jade Emperor meletakkan buah caturnya di suatu tempat tiba-tiba King Yama berubah menjadi marah. Dia tidak menyangka Jade Emperor dapat mengalahkannya kerana dia sudah menjangkakan kemenangannya itu. Jade Emperor terus melarikan diri kerana tahu King Yama marahkan dirinya.
Dol Soe sudah tertidur di dalam rumah tinggal itu. Gim Eun Oh masih belum melelapkan mata. Dia sedang berfikir samada dia dapat bertemu dengan ibunya atau tidak di Miryang ini. Atau itu semua adalah khabar angin sahaja. Dia teringat kali terakhir dia bercakap dengan ibunya. Ibunya menyuruh dia melupakannya dan hidup bersama ayahnya sahaja. Dia memberikan hadiah kepada ibunya iaitu berupa pencucuk sangul yang tertulis perkataan 'mother heart pin'.Sedang dia mengelamun begitu tiba-tiba Arang masuk ke dalam rumah itu. Gim Eun Oh terkejut melihatnya tetapi berpura-pura tidak melihatnya. Arang juga terkejut melihatnya. Apabila melihat api, Arang terus menerkam ke arah api itu. Menyedari yang dirinya basah kuyup, Arang mahu membuka bajunya. Gim Eun Oh mulai berasa cemas dengan perlakuan Arang itu. Arang mulai perasan akan kegelisahan Gim Eun Oh. Arang merasakan yang Gim Eun Oh dapat melihatnya. Dia mulai mendekati Gim Eun Oh tetapi Gim Eun Oh berpura-pura tidak melihatnya. Apabila mendapati yang Dol Soe tidur terlalu bising, Arang dengan selamba duduk di perut Dol Soe. Sambil itu dia bercerita kepada Gim Eun Oh apa yang terjadi kepadanya apabila dia membuka matanya. Dia di ikat oleh pengambil roh. Dia tak tahu apa yang telah terjadi kepadanya. Makin dia cuba ingat apa yang terjadi makin dia tak tahu. Gim Eun Oh yang memang tidak berminat untuk mengambil tahu hal-hal yang tidak berkaitan dengan dirinya berpura-pura mengantuk dan mahu tidur. Arang duduk di sebelahnya dan mahu tidur di sebelah Gim Eun Oh. Akhirnya mereka tidur bersebelahan sehingga siang hari.
Apabila hari siang, Gim Eun Oh dan Dol Soe meneruskan perjalanan ke pekan Miryang untuk mencari ibunya. Di pertengahan jalan di pekan Miryang mereka terjumpa orang kaya Lord Choe yang menganggap pekan Miryang adalah kepunyaannya. Disebabkan pekan itu tiada Magistrate maka Lord Choe di anggap raja di situ.
Gim Eun Oh tahu dirinya diikuti oleh sekumpulan hantu. Dia bertanya apa yang dimahukan oleh mereka. Hantu itu meminta pertolongannya supaya menyelamatkan anak perempuan mereka tetapi Gim Eun Oh tidak mahu melayannya. Dia tidak berminat pada urusan yang bukan melibatkan dirinya itu. Dia datang hanya kerana mahu mencari ibunya. Gim Eun Oh bertemu dengan seseorang yang mempunyai maklumat tentang ibunya. Tetapi maklumat itu tidak membantunya langsung.
Gim Eun Oh tahu ada seseorang di sisinya. Dia menangkap tangan Arang dan terkejut melihat Arang di situ. Arang mengetahui yang lelaki itu dapat melihat, mendengar dan memegangnya. Dia berhasrat untuk meminta pertolongan dari lelaki itu tetapi tidak diendahkan oleh Gim Eun Oh.
Di pekan itu, Dol Soe terpandang satu iklan pengambilan seorang Magistrate di situ. Kerana keadaan terdesak mereka tidak kisah sesesiapa sahaja yang mahu memenuhi jawatan itu. Tahulah Dol Soe yang khabar angin mengatakan yang sesiapa yang menjadi Magistrate akan mati pada malam pertama mereka bertugas di situ benar belaka.
Arang terus terusan merayu supaya Gim Eun Oh membantunya. Tetapi permintaannya di tolak oleh Gim Eun Oh. Gim Eun Oh menyuruh Arang pergi meminta bantuan dengan Magistrate di situ tetapi Arang memberitahu yang di situ tiada Magistrate. Jadi sekiranya Gim Eun Oh berjaya menjadi Magistrate barulah dia mahu membantu Arang.
Di kampung itu terdapat seorang bomoh perempuan yang tak berapa handal.Semua pekerjaannya tidak menjadi. Dia tidak dapat mencari duit dengan cara mengubatkan orang sakit kerana dia tiada kuasa itu. Arang datang kepadanya. Meminta bantuannya supaya menjadikan Gim Eun Oh sebagai Magistrate di situ.
Bomoh itu datang kepada pegawai kerajaan yang ditugaskan mencari Magistrate. Dia memberitahu yang ada seorang lelaki yang baru datang memang di takdirkan menjadi Magistrate di situ. Ketiga-tiga pegawai itu bersetuju untuk mencari lelaki yang dimaksudkan oleh bomoh itu dan menjadikan lelaki itu Magistrate jikalau dia tidak mati pada keesokkan harinya.
Gim Eun Oh diculik dan diikat. Dia diletakkan di dalam sebuah bilik yang dikhaskan untuk Magistrate. Apabila dia tersedar dari pengsan, dia terdengar seseorang melaungkan yang dirinya adalah Magistrate. Dia menjerit supaya dirinya dilepaskan tetapi tidak diendahkan. Tiba-tiba api tiup perlahan. Gim Eun Oh menyuruh hantu itu keluar kerana dia tak ada mood untuk bermain sembunyi-sembunyi. Apabila Arang keluar faham lah dia yang Magistrate yang sebelum ini mati disebabkan perbuatan Arang. Arang menagih janji Gim Eun Oh supaya membantunya. Tetapi Gim Eun Oh menolak permintaan Arang itu.
Ketiga-tiga pegawai kerajaan itu sudah menyiapkan keranda untuk mayat Magistrate baru mereka. Mereka terkejut apabila melihat Gim Eun Oh keluar dari biliknya. Gim Eun Oh mengamuk kepada mereka bertiga. Kebetulan di saat itu Dol Soe tiba di situ. Gim Eun Oh memberitahu yang dirinya di culik dan dikat. Dol Soe tidak dapat menahan kesabaran dan dia memberitahu siapa Gim Eun Oh sebenarnya. Gim Eun Oh adalah anak bekas perdana menteri. Ketiga-tiga mereka terkejut dan meminta maaf dari Gim Eun Oh di atas perbuatan mereka.
Arang kecewa dengan penolakan Gim Eun Oh. Dia mengadu pada bomoh perempuan itu. Akhirnya Arang mendapat idea bagaimana cara untuk membuatkan Gim Eun Oh mahu menolongnya. Pertama dia mesti berdandan cantik-cantik untuk menarik perhatian lelaki itu. Jadi, dia perlukan sepasang baju baru memandangkan baju yang dipakainya sekarang sudah lusuh dan kotor. Bomoh perempuan itu mentertawakan dirinya kerana mahu membuat pakaian perlukan duit untuk memberi barangan sedangkan Arang dan dirinya tiada duit untuk membeli barangan tersebut. Arang menyuruh bomoh perempuan itu mengambil sahaja barangan di pekan. Pada mulanya bomoh perempuan itu tidak mahu tetapi di paksa oleh Arang.
Sesampai di pekan, Arang bertindak sebagai pemberitahu jikalau line clear untuk bomoh perempuan itu mengambil barangan yang diperlukan. Setelah mendapat semua barangan yang diperlukan, mereka bergerak balik ke rumah bomoh perempuan itu tetapi di pertengahan jalan, mereka terserempak dengan pengawal. Kerana gemuruh bomoh perempuan itu terlepas barangan yang dicurinya tadi. Di belakang mereka, penjual barangan itu menjerit ada pencuri telah mencuri barangan mereka. Pengawal itu mahu menangkap bomoh perempuan itu. Bomoh perempuan itu cuba untuk melepaskan dirinya dari ditangkap. Dia dapat melarikan diri dan dikejar oleh pengawal dan penjual barangan itu. Kebetulan Gim Eun Oh dan Dol Soe melihat kejadian itu. Bomoh perempuan itu tiba di jalan mati dan pengawal itu mahu menangkapnya. Arang menolong bomoh perempuan itu. Dia mengerjakan semua pengawal dan penjual barangan itu. Bomoh perempuan itu mengambil kesempatan untuk melarikan diri dari situ. Dol Soe ketawa melihat kejadian itu. Dia tidak nampak Arang. Jadi sangkanya pengawal dan penjual barangan itu di rasuk hantu apabila jatuh dengan sendirinya. Gim Eun Oh yang mengetahui apa yang terjadi hanya memandang. Dia tidak mahu masuk campur dalam urusan yang tiada kena mengena dengan dirinya.
Sedang Arang leka membelasah pengawal-pengawal itu, semua hantu-hantu yang berada di situ bertempiaran lari. Mereka tahu apabila terjadi kekecohan antara hantu-hantu pasti penangkap roh akan datang menangkap mereka. Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki berbaju hitam dari langit. Mereka adalah penangkap roh. Arang terpandang Mu Yeong yang menuju ke arahnya. Arang terus melarikan diri. Mu Yeong mengejar Arang. Arang berlari memintas Gim Eun Oh. Gim Eun Oh terlihat cucuk sanggul yang dipakai Arang. Dia teringat cucuk sanggul yang pernah diberikan pada ibunya dulu. Bentuknya sama dengan yang dipakai oleh Arang. Serta-merta dia mengejar Arang. Gim Eun Oh menunggang kuda untuk menyelamatkan Arang. Terjadi adegan kejar- mengejar di antara Arang, Mu Yeong dan Gim Eun Oh. Apabila Gim Eun Oh dapat mendekati Arang, dia terus menarik tangan Arang naik ke atas kudanya. Arang melihat Gim Eun Oh dengan perasaan terkejut. Bersambung .....
Para pelakon :
Lee Joon Ki sebagai Magistrate Gim Eun Oh
Sin Min Ah sebagai Arang / Lee Seo Rim
Yeon Woo Jin sebagai Joo Wal
Kwon O Joong sebagai Dol Seo
Hwang Bo Ra sebagai Bang Ool
Han Jeong Soo sebagai Mu Yeong
Yoo Seung Ho sebagai Jade Emperor
Park Joon Gyoo sebagai King Yama
* Suke drama ni ... ni baru siap buat sinopsis episod 1 .. coming soon episod 2 ... hehe ... aku memang suka cite bab-bab roh ni ... cite manusia campur hantu ... hehe .... layan jek la ea drama korea Arang And The Magistrate .... dijamin puas hati ... hehe
wah bole la layan lepas ni.Abis tengok citer korea rooftop prince dulu terus rehat lama dr layan korea.Ni kalau dah start layan mmg melekat je la mata ni kang ngadap lappy
ReplyDeletesalam inazamri ...
ReplyDeletecite rooftop prince pun best ... cite arang and the magistrate ni pun best ... semua la best .. haha .. selagi tak habis cite .. duk melekat jek la .. lepas abis 1 episod .. 1 episod ... mcm berhantu .. hehe
Wah..best la ada sinopsis gini. Sya suka baca sinopsis dari blogger barulah ada keinginan nk tengok apa2 movie. Kalu mcm best, sya akan usaha tengok :--)
ReplyDelete