Tengok cite lagi ... mood tengok cite ... abislah dapur tak berasap .. hahaha ... ari ni tengok filem Seru ... ini bukan cite hantu ... cite tentang pembunuhan kejam yang dilakukan untuk menghidupkan orang mati ... pemujaan yang dilakukan oleh kaum asli ... walaupun cite ni bukan cite hantu tapi tetap seram jugak ... jom layan sinopsis filem Seru ni ....
Sinopsis oleh: aznanie
Sekumpulan produksi filem sedang melakukan sebuah pengambaran di sebuah perkampungan orang asli yang terletak di kawasan pendalaman. Sedang mereka sibuk menjalankan pengambaran tiba-tiba Sari iaitu penolong pengarah telah di serang histeria. Masing-masing kelam kabut mendapatkan Sari tetapi penerbit mereka, Lina mahukan pengambaran di teruskan. Seorang kameraman ditugaskan merakamkan aksi Sari yang kerasukan itu untuk dibuat promo filem tersebut.
Tiba-tiba jurumekap, Julia pulak yang terkena histeria. Serentak dengan itu keadaan menjadi gelap gelita kerana bekalan elektrik mereka telah terpadam. Sam selaku pengarah telah mengarahkan Sari dibawa masuk ke dalam rumah.Julia pula telah melarikan diri ke dalam hutan. Sham dan Tony mengikut Julia dari belakang. Pengambaran terpaksa dihentikan kerana ketiadaan kuasa elektrik. Pelakon-pelakon mereka diarahkan balik.
Mereka mencari bantuan untuk memulihkan Sari. Azman berjumpa dengan Pak Cik Ungkai dan isterinya, Mak Aneng. Mereka membantu memulihkan Sari. Apabila keadaan Sari sudah tenang, Lina menyuruh beberapa orang membawa Sari ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Lina memberitahu setelah Tony dan Sham balik membawa Julia barulah mereka semua gerak balik sama.
Setelah keadaan menjadi tenang, barulah mereka teringat akan Adam iaitu pelakon membantu yang di tanam dalam pengambaran mereka tadi. Jeff mencari Adam tetapi tidak berjaya. Kemudian, mereka dikejutkan dengan jeritan Ira. Dia memberitahu yang dinding bahagian dapur di conteng dengan simbol-simbol dengan cat merah. Masing-masing menuduh Mursyid yang membuat onar tetapi tuduhan itu di nafikan oleh Mursid. Terjadi pertikaman lidah antara mereka.
Sementara menunggu Tony dan Sham, Jeff dan Azman memeriksa enjin generator mereka. Tangki minyak generator mereka seperti dibocorkan seseorang. Sedang mereka leka memeriksa tiba-tiba Jef ternampak kelibat seorang perempuan. Tetapi hilang dalam sekelip mata. Dia bertanya kepada kawan-kawannya tetapi mereka tidak nampak apa-apa.
Mereka balik ke markas mereka. Azman memberitahu Lina yang generator mereka dibocorkan orang. Sedang mereka berbincang, tiba-tiba Jeff ternampak Sari di luar markas mereka. Bila dia memberitahu mereka, mereka semua menafikannya. Sam mulai naik angin. Dia keluar sambil mengolok-olokkan Jeff. Sedang Sam bercakap di depan pintu, tiba-tiba dia ditikam dari belakang. Apabila Sam rebah, kelihatan Sari di belakangnya dengan badan berlumuran darah. Selepas itu Sari membunuh seorang demi seorang yang berada di dalam markas itu. Jeff, Lina, Ira dan Budi dapat menyembunyikan diri. Bila keadaan sudah reda, Jeff keluar diikuti oleh Lina dan Ira. Sedang mereka terhendap-hendap keluar, Sari menerkam Ira yang berada di hadapan Budi yang memegang kamera. Masing-masing kelam-kabut menyelamatkan diri mereka. Lina mengajak Jeff pergi dari situ. Sedang mereka menuju ke luar, tiba-tiba mereka terserempak dengan Azman. Azman bertanya bagaimana keadaan di dalam markas mereka. Mereka berpatah balik ke dalam markas kerana kunci kereta tertinggal di dalam markas. Lina yang pada mulanya tidak mahu mengikut mereka masuk ke dalam markas terpaksa bersetuju apabila Jeff dan Azman sudah mendahuluinya.
Apabila mereka masuk ke dalam markas, Sari sudah menunggu mereka. Sari menerkam Azman dan Jeff tetapi dapat di balas oleh mereka berdua. Jeff dan Azman membelasah Sari hingga Sari tidak bermaya. Mereka berdua mengikat Sari. Mereka bertiga bergegas ke kereta tetapi kereta mereka tidak mahu hidup. Azman cuba membuka enjin kereta. Bateri kereta sudah diambil orang. Mereka mencuba pula kereta Azman, kabel enjinnya sudah dipotong orang. Mereka bengang kerana tidak tahu apa yang harus mereka buat lagi. Tiba-tiba Azman memberi cadangan supaya mereka ke rumah Pak Ungkai dan Mak Aneng.
Sampai sahaja di rumah pasangan orang asli itu, mereka memberi salam tetapi tiada orang di situ. Jeff dan Budi masuk ke dalam rumah. Mereka menjumpai banyak tulang-tulang dan balang-balang berisi organ di dalam balang air itu. Ada gambar orang asli itu dengan anaknya. Juga mereka menjumpai keratan surat khabar yang mengatakan anak dan cucu orang asli itu sudah mati di bunuh. Juga simbol yang terdapat di dinding markas mereka. Jeff dan Budi keluar dari rumah itu untuk memberitahu Azman dan Lina tentang perkara itu.
Mereka tidak berjumpa dengan Azman dan Lina. Mereka menjumpai Azman telah pengsan di hadapan kereta tetapi Lina tidak tiada di situ. Tiba-tiba mereka terdengar jeritan Lina. Mereka berdua mencari arah suara Lina. Mereka melihat Mak Aneng sedang melakukan sesuatu pada Lina. Budi mengarahkan Jeff melarikan diri tetapi Jeff hanya menyembunyikan diri di situ. Dari kamera yang sentiasa terpasang, Jeff melihat Pak Ungkai memegang sebatang kayu. Tiba-tiba Jeff sudah pengsan di pukul dengan kayu itu.
Setelah keadaan reda, Budi berpatah balik mencari Jeff. Budi membaca Jeff ke tempat Lina dan Azman. Mereka terkejut melihat kulit mereka telah di siat oleh orang asli itu. Mereka menggunakan kereta orang asli itu tetapi mereka telah melanggar sesuatu. Budi keluar dari kereta dengan keadaan yang parah. Di belakang nya ada lembaga Julia yang sudah kerasukkan itu.
Di sebabkan kereta yang mereka naiki itu mengalami kerosakan, mereka balik semua ke markas mereka untuk menukar barangan. Setelah di usahakan kereta mereka hidup. Tiba-tiba mereka terdengar suara Lina di dalam markas itu. Jeff dan Budi berkejar ke dalam. Mereka mencari Lina tetapi tidak berjumpa. Budi menunjukkan tangan yang tertinggal di rantai besi. Itu adalah tangan Sari. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi letupan. Mereka melihat kereta mereka meletup dan Azman di dalam kereta itu. Jeff tidak dapat mengawal rasa kecewanya. Tiba-tiba Sari meluru ke arah Budi dan menetak Budi dengan menggunakan sabit. Kemudian dia menyerang Jeff pula. Terjadi pergelutan di antara Sari dan Jeff. Jeff mengambil kamera dan berlari dari situ.
Jeff terjumpa kereta kawan-kawannya yang dipenuhi darah tetapi kawan-kawannya tiada di situ hanya darah sahaja yang ada. Dia mengambil telefon bimbit tetapi tiada talian. Jeff bingung memikirkan nasibnya. Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari bunuh. Dia meletakkan kamera dan membuat pesanan kepada sesiapa yang menjumpai kamera itu supaya melaporkan kepada pihak polis mengenai pembunuhan kawan-kawannya dan dirinya.
Jeff terdengar suara orang memuja. Dia menuju ka arah suara itu. Dia terlihat Pak Ungkai dan Mak Aneng senang melakukan pemujaan. Mayat-mayat kawan-kawannya bergelimpangan di sisi mereka. Tiba-tiba dia terdengar Pak Ungkai menyebut nama Azman dan memberitahu Azman yang Jeff ada di situ. Jeff melihat kelibat Azman di hadapannya. Azman menyerang Jeff bertubi-tubi sehingga Jeff lembik tidak bergerak. Azman mengheret Jeff ke arah Pak Ungkai dan Mak Aneng. Ternyata Azman sudah dirasuk oleh Pak Ungkai untuk menyempurnakan misi untuk menghidupkan anaknya kembali. Sewaktu Pak Ungkai ingin membelah perut Jeff, tiba-tiba Jeff menepis tangan Pak Ungkai sehingga Pak Ungkai terpelanting ke sisi. Jeff bangun dan bergelut dengan Azman. Kemudian, Jeff bergelut dengan Pak Ungkai pula. Kemudian, Jeff mengambil kamera dan melarikan diri dari situ.
Dalam usaha melarikan diri, Jeff terjumpa Sari yang memegang pisau tetapi Jeff dapat mengelakkan diri dari Sari. Kemudian dia terjumpa dengan lembaga budak perempuan. Jeff melarikan diri ke arah lain. Tiba-tiba dirinya tergantung. Jeff berusaha untuk turun tetapi kakinya cedera parah. Jeff jatuh ke tanah tetapi tidak berdaya untuk bangun. Akhirnya, Jeff di heret oleh Azman ke tempat pemujaan itu semula.
Di tempat pemujaan itu, Pak Ungkai dan Mak Aneng berusaha membangkitkan roh anaknya Mislia melalui jasad Julia. Azman yang kerasukkan itu membantu usaha Pak Ungkai. Setelah di seru oleh Pak Ungkai tiba-tiba Julia bangun dan tahulah Pak Ungkai yang usahanya telah berjaya. Tamat ...
Para pelakon :
Shaarnaz Ahmad sebagai Jeff
Azman Hassan sebagai Azman
Khatijah @ Kat sebagai Lina
Nissa Dirr sebagai Sari
Cut Mutia sebagai Julia
Along Ezzendi sebagai Sam
Dazrin Kamarudin sebagai Budi
Pengarah : Woo Ming Jin & Pierre Andre
* Cite yang penuh dengan suspen ... kejutan demi kejutan ... tertanya-tanya boleh selamat ke ... ternyata tak ada yang selamat ... semua kena bunuh ...ada yang kena rasuk .. yang membunuh itu yang kena rasuk lah tu ... tak best bab ending .. sebab kejahatan buleh menang ... mana buleh cite cam ni ... yang jahat patut nya dapat ditewaskan ... lagipun mana leh manusia menghidupkan orang yang dah mati ... kurafat oooo percaya benda cam ni ... wahhhh ... emo plak saya ... hehe .. layan jek la sinopsis nyer ni ... yang penting jangan percaya dan taksub sangat ok ... hehe
akak kalau layan citer2 seram ni mula la kang terbawa2 ingat ..tu sbb malas nk tengok.
ReplyDeletesalam inazamri ...
ReplyDeletesama ler .. hehe ... lepas tengok cite seram kena tengok cite kelaka pulak .. supaya fikiran dah tak hinggat kat cita seram tadi .. hehe ..