Jangan Pandang-Pandang ni filem komedi seram ... lakonan Zizan raja lawak ... memang berdekah leer tengok cite ni ... dalam cite ni ada macam-macam hantu ... yang lawak tu, hantu bapok pun ada ... hahahaha ... ada jugak adegan yang seram tapi tak banyak ... semuanya menjurus kepada lawak-lawak belaka ... hantu pun buat lawak jugak ... hahaha ... jadi, jom kita layan sinopsis filem Jangan Pandang-Pandang ni ....
Sinopsis oleh : aznanie
Mengisahkan sekumpulan pelajar yang ditugaskan mencari artifak di sebuah gua yang bernama Gua Bewah. Setiap penemuan maklumat mengenai artifak baru akan membuatkan mereka mendapat markah untuk dimasukkan dalam pointer masing-masing. Jadi mereka harus membentuk satu kumpulan untuk melaksanakan tugasan mereka itu.
Yaya mendapat tahu yang Ajis bermain kayu tiga di belakangnya. Dia mahu memutuskan hubungannya dengan Ajis tetapi memandangkan tugasan yang diberikan, Yaya terpaksa melupakan hasratnya itu. Memandangkan mereka hanya berempat sahaja, tawaran Marsha untuk mengikuti kumpulan mereka di terima. Marsha adalah seorang gadis gothik yang mengambil jurusan yang sama tetapi dari luar kampus. Walaupun mereka berat hati sebenarnya tetapi apabila Marsha memberitahu yang dia ada peta Gua Bewah yang tidak pernah di masuki oleh mana-mana manusia lain. Mesti di situ masih ada artifak baru yang belum ditemui oleh sesiapa.
Keesokkan hari mereka tiba di jeti Tasik Kenyir pada waktu sudah hampir maghrib. Mereka di marahi oleh penjaga bot yang bernama Abang Bob kerana tidak menepati janji mereka. Memandangkan waktu sudah mahu malam, mereka di suruh bermalam dahulu di bot itu.
Apabila hari siang, Abang Bob menghantar mereka semua ke Gua Bewah. Sebelum beredar Abang Bob berpesan supaya jangan melakukan perbuatan yang bukan-bukan. Mereka menunggu sehingga Abang Bob hilang dari pandangan mereka, baru mereka mengikuti jalan rahsia yang di bawa oleh Marsha. Ajis mulai mempersoalkan tindakan Marsha kerana perjalanan mereka amatlah sukar dan belum pun menemui pintu gua itu. Ajis mulai menunjukkan keberaniannya. Dia menawarkan diri untuk masuk dahulu ke dalam gua. tetapi baru setengah jalan, Ajis keluar semula dan menyuruh Yaya, Diana dan Marsha masuk dahulu. Yaya memanggil Ajis penakut.
Di dalam gua, mereka bertemu dengan sebuah peti. Apabila mereka mahu mengambil peti itu, tiba-tiba muncul lembaga perempuan yang hodoh. Diana dan Yaya menjerit dan melarikan diri dari situ. Manakala Marsha tidak dapat lari kerana lembaga itu memegang kakinya. Marsha memukul kepala lembaga itu dengan penyodok yang dibawanya. Lembaga itu jatuh dan pengsan. Marsha bangun dan mengambil peti itu dan melarikan diri dari situ. Ben yang menunggu di pintu gua itu terkejut kerana melihat mereka melarikan diri sambil menjerit ketakutan. Tiba-tiba Ben terdengar suara jeritan dari dalam gua. Dia pun melarikan diri menuju ke bot.
Malam itu mereka di ganggu oleh sesuatu benda yang menakutkan. Yaya dirasuk hingga bertukar wajah. Ajis memasang lagu Waheeda untuk menghalau hantu yang merasuk Yaya itu. Kawan-kawannya yang lain turut membantu memegang Yaya. Dan akhirnya Yaya pulih dari di rasuk. Ajis menyuruh Ben menolong mengangkat Yaya tetapi Ben juga turut di rasuk. Ajis kalut mencari lagu Waheeda tadi tetapi tidak bertemu. Ben mahu melompat keluar dari bot tetapi tiba-tiba Abang Bob muncul dan membaca jampi dan ayat-ayat suci. Ajis turut membantu Abang Bob dengan membuka lagu Waheeda tetapi di halau oleh Abang Bob. Abang Bob berusaha untuk memulihkan Ben. Ben tercampak ke keluar dari bot dan masuk ke dalam tasik. Abang Bob membawa Ben naik ke atas bot. Abang Bob memulihkan Ben yang nyata masuk di rasuk oleh hantu itu. Akhirnya Ben dapat dipulihkan. Abang Bob memarahi mereka kerana katanya mesti ada sesuatu yang telah mereka lakukan sehingga penunggu gua itu marah kepada mereka semua.
Setelah yakin semua kawan-kawannya telah tidur, Marsha keluar ke tempat yang agak tersembunyi dan mahu melihat apa yang ada di dalam peti yang ditemui di dalam gua tadi. Sedang dia lega meneliti peti itu tiba-tiba muncul Abang Bob merampas peti itu dari tangan Marsha. Abang Bob memarahi Marsha kerana mengambil barang yang bukan milik mereka sehingga kawan-kawan mereka semua di ganggu oleh penunggu gua itu. Abang Bob mahu menghantar semula peti itu kembali ke tempat asalnya.
Keesokan harinya, Ajis mendapati yang Abang Bob telah tiada di dalam bot itu. Bot kecil yang terletak didepan bot besar itu pun telah tiada. Mereka mengesyaki yang Abang Bob telah meninggalkan mereka semua di situ. Marsha menerangkan keadaan yang sebenarnya kepada mereka semua. Apabila Marsha memberitahu yang artifak itu telah diambil oleh Abang Bob dan mereka tiada sebarang artifak untuk membuat tugasan mereka. Ajis mencadangkan mereka kembali semula ke Gua Bewah itu untuk mencari artifak yang lain. Memandangkan Abang Bob telah menghilangkan diri, Ajis yang membawa mereka kembali ke Gua itu.
Ajis sebenarnya tidak tahu arah yang sebenarnya untuk ke gua itu. Akhirnya mereka sesat jalan. Apabila mahu patah balik, enjin bot tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan minyak. Ben mencadangkan supaya dia dan Ajis turun ke darat untuk mencari kampung terdekat untuk meminta bantuan. Yaya mahu mereka semua pergi bersama kerana dia mahu mencari makanan. Ajis tidak setuju dengan cadangan Yaya itu tetapi terpaksa bersetuju kerana kedegilan Yaya.
Mereka berlima turun ke darat dengan harapan dapat bertemu dengan kampung untuk meminta bantuan. Ajis membawa mereka masuk ke dalam hutan dengan penuh yakinnya. Setelah lama berjalan, akhirnya Ajis menyuruh mereka bermalam dahulu di situ kerana hari sudah semakin gelap. Padahal dia tidak pasti arah jalan yang sebenarnya. Yaya memtertawakankan tetapi Ajis tetap tidak mengaku dan mempertahankan kata-kata.
Malam itu, mereka di ganggu dengan bermacam-macam hantu. Diana dan Yaya di ganggu sewaktu menemani Diana buang air kecik. Ajis juga berjumpa dengan hantu bapok sewaktu buang air kecik. Ben di ganggu oleh hantu yang berupa wajah Marsha. Mereka semua melarikan diri jauh ke dalam hutan itu. Akhirnya mereka terserempak di suatu tempat. Mereka membuat rancangan untuk menyelamatkan diri mereka dari hantu-hantu itu. Mereka kembali semula ke tempat perkhemahan mereka. Ajis dan Ben bergilir-gilir berkawal di luar khemah. Sedang mereka berkawal, mereka terdengar bunyi muzik. Mereka menyangkakan ada perkhemahan berhampiran dengan tempat mereka itu. Ajis bercadang untuk meminta bantuan mereka.
Setibanya di situ, mereka terlihat 4 orang perempuan sedang menari. Mereka berdua bergembira bersama perempuan-perempuan itu. Menari bersama mereka.
Keesokkan hari, Yaya, Diana dan Marsha menyedari kehilangan Ajis dan Ben. Mereka bertiga mencari Ajis dan Ben. Ben tersedar dari tidurnya. Dia melihat dirinya tidur di tanah dengan hanya berseluar pendek sahaja. Dia melihat Ajis jugak begitu. Dia mengejutkan Ajis. Mereka berdua melarikan diri dalam ketakutan ke arah khemah mereka. Yaya, Diana dan Marsha kehairanan melihat mereka berdua. Ajis menyuruh mereka semua bersiap-siap beredar dari situ kerana tempat itu tidak sesuai untuk mereka berlama-lamaan.
Mereka berlima mencari jalan keluar dari hutan itu. Diana sudah mulai berputus asa. Dirinya penat dan kelaparan. Kawan-kawan yang lain cuba menenagkan Diana. Ben mencadangkan mereka berhenti rehat seketika memandangkan keadaan Diana yang keletihan itu. Ajis bersetuju dengan cadangan Ben itu. Ajis mahu pergi mencari bantuan tetapi Yaya mahu mengikutnya. Ajis bersetuju membawa Yaya bersamanya.
Yaya mengambil kesempatan itu untuk meminta maaf kepada Ajis dengan kelakuan kasar nya pada Ajis. Ajis memaafkan Yaya. Di pertengahan jalan, mereka terjumpa tengkorak dan tempat pemujaan. Ajis gembira kerana menyangkakan yang mereka sudah hampir dengan kawasan perkampungan. Ajis mulai membuat lawak dengan tengkorak itu sehingga dimarahi oleh Yaya. Sedang Ajis leka bermain dengan tengkorak itu, tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki asli sedang melihat ke arahnya. Ajis mahu melarikan diri tetapi dihalang oleh seorang lelaki pemuda asli. Rupanya orang asli itu adalah orang yang sama. Ajis dan Yaya dapat melarikan diri ke arah yang lain.
Sedang mereka melarikan diri dari orang asli itu, tiba-tiba mereka terlanggar Ben. Ben memberitahu yang dia terjumpa sebuah bot yang boleh mereka gunakan untuk keluar dari hutan itu. Mereka ke tempat yang di maksudkan oleh Ben itu. Rupanya ia adalah sebuah rakit. Yaya, Diana dan Marsha mempertikaikan keutuhan rakit itu. Ajis mulai naik angin kerana rakit itu tidak mampu membawa mereka keluar dari hutan itu. Ben dan Ajis mulai bertengkar sesama sendiri. Akhirnya terjadi pergaduhan antara keduanya. Ajis melarikan diri dari mereka semua.
Yaya, Diana, Marsha dan Ben meminta maaf dari Ajis. Mereka semua sedar yang Ajis adalah ketua yang bertanggungjawab. Pada malam itu, mereka bersama menunaikan sembahyang berjemaah dan berdoa supaya mereka di beri petunjuk dan dipermudahkan urusan mereka.
Sedang Yaya dan Ajis berbual, mereka terdengar suara jeritan sesorang. Mereka berlari ke arah khemah dan kawan-kawan mereka sudah tiada. Ajis cuba menjejaki kawan-kawannya. Sampai di suatu tempat, mereka bertemu dengan sekumpulan lelaki yang berpakaian hitam ala-ala gohtik sedang berkumpul dan memuja seuatu. Ajis dan Yaya mengendap perbuatan kumpulan itu. Sedang Ajis dan Yaya leka mengikuti irama kumpulan itu sambil menari tiba-tiba mereka di tangkap oleh 2 orang lelaki.
Ajis dan Yaya dibawa ke dalam kumpulan itu. Lelaki yang berbadan gempal itu menyatakan yang dia sudah lama menunggu kedatangan mereka berdua. Dalam kehairanan, mereka dipertemukan dengan kawan-kawan mereka. Tujuan penangkapan mereka adalah untuk dipertemukan dengan ketua mereka iaitu Abang Long. Setelah melihat wajah Abang Long itu, mereka terkejut kerana itu adalah Abang Bob yang membawa mereka ke Gua itu.
Abang Bob menerangkan apa yang mereka lalui itu adalah rancangannya. Untuk mencuri artifak di dalam gua itu perlukan 3 orang gadis perawan untuk merungkaikan sumpahan itu. Jadi, Abang Bob menyuruh Marsha iaitu adik bungsu Abang Bob untuk membawa mereka ke gua itu dan mencuri artifak itu. Ajis dapat melepaskan diri dari kumpulan itu dan mengambil artifak di tangan Abang Bob. Orang-orang Abang Bob mengejar Ajis. Tetapi Abang Bob dapat mengejar Ajis. Ajis mengugut untuk membuang artifak itu kedalam air sekiranya Abang Bob mencederakan dirinya tetapi Abang Bob mempergunakan ilmu kebatinannya untuk mengambil artifak itu dari tangan Ajis. Akhirnya artifak itu jatuh ke tangan Abang Bob.
Tiba-tiba artifak itu melayang ke tangan seorang lelaki. Lelaki itu adalah Profesor Ajis di kolejnya. Abang Bob menggunakan ilmunya untuk menjadikan orang bawahannya kuat. Prof menggunakan ilmunya pula untuk membuat Ajis kuat tetapi tersalah jampi sehingga Ajis menjadi seperti seekor beruk. Terjadi pergelutan di antara Ajis dan Toqq. Ajis telah menggigit telinga Toqq. Toqq kesakitan dan melepaskan diri dan mengadu kepada Abang Bob. Abang Bob berlawan batin dengan Prof dan akhirnya pihak polis tiba. Prof menyuruh polis menangkap Abang Bob yang telah beku. Yaya, Diana dan Ben juga sampai ke situ. Dengan ilmu batin, Prof memulihkan Ajis semula. Tamat ...
Para pelakon :
Zizan Razak sebagai Ajis
Sara Ali sebagai Yaya
Miera Liyana sebagai Marsha
Nas-T sebagai Ben
Anith Aqilah sebagai Diana
Azhar Sulaiman sebagai Abang Bob/ Abang long
Jaafar Onn sebagai Prof
Taiyuddin Bakar sebagai Toqq
Pengarah : Ahmad Idham
* Lawak sungguh ... anak-anak suka betul tengok cite ni ... bukannya takut ... ketawa berdekah lagi ada ... hehe ... berapa kali ulang tengok cite ni ... sampai hafal dialognya .. lagu apa celop toqq tu pun sama ... asik di ulang-ulang ... sampai anak bujang kecik aku leh nyanyi sampai abis lagu tu ... sabo jek la ... jalan cite best .. pelakon pun mantap .. masing-masing dapat bawak watak dengan jayanya ... pendek kata best ler cite lawak seram ni ... layannnzzzz
No comments:
Post a Comment