" Ku hirup kenangan itu
Meski pahitnya bak hempedu
Sedang yang ku mimpi madunya
Yang nyata hanya khayalan
Kepedihan berterusan
Ku larikan diri
Terlarikah?
Akhirnya ku kembali menyembah
Pada kenyataan
Pada kehidupan
Dan ku terima ...
Bulan madu kita
Hanya tangisan "
- Delima -
Sinopsis oleh : aznanie
Amira bersyukur kehidupan barunya setelah bergelar isteri amat-amat membahagiakannya namun semua itu tidak kekal lama. Setelah 3 tahun melayari kehidupan bersama-sama, Bada mulai berubah sikap. Sentiasa pulang lewat dari tempat kerjanya. Kemesraannya juga tampak dinginnya. Amira tidak tahu apa puncanya.
Walau pun begitu, Amira tidak pernah mengadu pada sesiapa gelodak rumahtangganya. Mujur ada ibu mertuanya yang sentiasa menyokong segala tindak tanduknya. Juga Razlan yang menjadi penguat semangatnya untuk menghadapi saat-saat getir dalam rumahtangganya.
Kehilangan Aliya menjadikan kemarahan Bada semakin menjadi-jadi. Dia menuduh Amira tidak pandai menjaga anaknya. Amira yang hanya mendiamkan diri apabila di tuduh begitu. Dia tidak mahu menambah lagi kemarahan Bada. Setelah Aliya ditemui, sikap Bada tidak berubah jua.Amira merasakan dirinya tidak lagi diperlukan oleh Bada. Puas di pujuk Ajijah, namun Bada tetap begitu. Pulang ke rumah pun sudah jarang-jarang. Hancur hati ibu tua itu bila mengetahui yang Bada ada hubungan sulit dengan Dr. Mazwin, anak orang kaya. Setelah di siasat, ternyata Dr. Mazwin tiada kaitan dengan perubahan Bada.
Amira tidak mahu terlalu mendesak Bada. Dia menerima apa sahaja tindakan Bada. Ajijah jadi serba salah dengan Amira. Kasihan dia melihat Amira begitu. Amira tabah menghadapi segalanya walhal dirinya sedang mengandung. Sikap Bada tidak berubah walaupun tahu Amira sedang mengandung. Dia seperti tidak gembira dengan berita itu. Fikirannya tidak tertumpu di situ.
Bada semakin jauh berubah. Kemuncaknya dia membawa pulang seorang perempuan iaitu jandanya, Maisarah. Di hadapan ibu dan Amira di khabarkan mereka mahu rujuk semula. Mahu tinggal bersama dengan membawa Aliya sekali. Amira kelu tidak terkata. Bila Bada mengungkit segala perlakuannya, Amir mula sedar siapa dia di mata Bada. Bada serahkan segalanya pada Amira. Dan paling tidak disangkanya, Bada melepaskan talak padanya.
Musnahlah sudah segalanya. Bahagia yang diharap hanya tinggal kenangan. Bila anak yang dikandungnya pun pergi meninggalkannya, Amira jadi orang yang tidak punya perasaan lagi. Bada yang mulai sembuh dari diguna-gunakan oleh Maisarah telah memohon kemaafan darinya. Tidak ketinggalan Ajijah dan Aliya yang sering datang memujuk agar Amira kembali kepada Bada namun semua itu tidak mampu melembutkan hatinya. Kelembutan hatinya telah bertukar menjadi sekeras-keras batu.
Idayu menceritakan segalanya tentang perasaan Razlan kepada Amira. Puan Marina dan Badariah sukar untuk menpercayai kata-kata Idayu. Namun di nyatakan sokongan supaya Razlan berterus terang dengan Amira perasaannya. Tetapi belum sempat Razlan menyatakan hasrat hatinya, Amira terlebih dahulu menyatakan rasa hatinya. Dia hanya mahu ketenangan dan terus setia bersama kenangan arwah suaminya, Bogatt. Yang lain dia tidak tahu memikirkannya. Terkedu Razlan dengan kata-kata Amira.
Razlan bermimpi Amira meninggal dunia. Bila terjaga, dia mulai mengelabah dan nekad untuk memberitahu Amira tentang perasaannya. Di bawa Amira ke Pantai Cherating. Dihulur kad jemputan perkahwinan. Amira membuka kad itu dengan perasaan yang berdebar-debar. Tetapi bila terpandang nama yang tertera, perasaan berdebar bertukar menjadi kejutan. Perkahwinan Bada dengan Dr. Mazwin diterima dengan hati yang redha. Razlan tidak membuang masa. Di luahkan rasa hatinya. Menangis Amira mendengar bertapa luhurnya hati Razlan. Begitu sabarnya lelaki itu menantinya. Tidak pernah membuang dirinya walau dirinya tersingkir. Kesungguhan Razlan mencuit hatinya. Tanpa disedari, ada segelumit kasih yang mulai mekar untuk lelaki itu. Tamat ....
Penulis : Samsiah Mohd. Nor
Terbitan : Khalysa Publications & Distributors
Point : 5/5
* Sedih sangat dengan penderitaan yang dilalui Amira ... geram ngan Bada tu .. masa nak memikat bukan main .. lembut gigi dari lidah .. dah dapat sia-siakan .. ada hubungan sulit ngan Dr.Mazwin la .. ngan bekas isteri dia lah .. tak buleh salahkan dia juga .. dia kena ilmu guna-guna dengan bekas isteri dia ... walau apa pun yang jadi mangsa tetap Amira ... tapi best ... akhirnya Amira ngan Razlan menjadi jugak ... kadang-kadang harap sangat ada lagi sambungan Tangisan Bulan Madu 5 .. yang menceritakan tentang kehidupan bahagia Amira dengan Razlan pulak ... hmmm ... ada ker???? haha ... itu dalam khayalan jek la ...
No comments:
Post a Comment