Pages

Friday, May 18, 2012

Resepi Goreng Pisang Rangup

Hari ni nak wat resepi goreng pisang ... biasa wat posting pasal makan goreng pisang jek .. kalau kita tengok orang goreng pisang senang jek ... celop pisang kat tepung pastu goreng .. tapi ramai yang tak tau macam mana nak buat bancuhan tepung tu supaya menjadi rangup dan enak di makan .. sampai ada yang nak mintak kerak dia ... kitaorang kat sini panggil habuk ... haha ... ok .. jom layan resepi goreng pisang cara aku ...

Goreng Pisang Rangup

Bahan-bahan :
  • Sesisir pisang kapuk atau pisang nipah atau pisang tanduk - belah dua (kalau pisang tanduk kena potong menyerong)
  • 3 senduk tepung gandum
  • 1 senduk tepung beras
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Air masak secukupnya
Cara membuat :
  •  Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam mangkuk
  • Masukkan juga garam secukupnya dan serbuk kunyit
  • Gaul sebati
  • Masukkan air masak sedikit demi sedikit sehingga bancuhan tepung menjadi ringan
  • Kacau hingga sebati
  • Panaskan minyak yang banyak
  • Celup pisang dalam bancuhan tepung dan goreng hingga pisang kekuningan
  • Ulangi sehingga pisang habis
  • Sedap di makan bersama sambal kicap

1 comment: