Pages

Saturday, May 05, 2012

Sinopsis Novel 'Hadirnya Cinta - Pitteriah Abdullah'

Novel ni adalah satu-satunya novel yang aku beli secara online dari Alaf 21 ... sebab jenuh berpusing cari novel ni kat kedai-kedai buku tak de pulak ... mungkin sebab novel ni first cetakan tahun 2003 .. aku cari tahun 2004 .. mana nak ada lagi .. jadi emel kat alaf 21 .. tanya ada tak novel Hadirnya Cinta .. alhamdulilah .. pihak alaf 21 cakap ada cetakan ke 3 ... beli jek la online .. transfer duit pakai maybank2u.com .. dan tunggu novel sampai rumah .. senang kann . hehe .. jadi, jom layan sinopsis Hadirnya Cinta karya Pitteriah Abdullah ni ...

 " Kehalusan kata-katamu membuat aku tergoda "

Sinopsis oleh : aznanie

Yasmin Nadilla amat gemar melancong. Disebabkan hobinya nilah majlis pertunangannya tertangguh. Nasib baik dapat jugak meneruskan pertunangan bersama jejaka pilihannya Arman. Kini kerana hobinya juga dirinya diculik semasa ingin melancong ke Pulau Santubong, Pulau Sejinjang. Dia diculik bersama seorang anak hartawan bernama Daniel Ezairy.

Disebabkan kejadian culik itu Arman berkahwin dengan Hasliza, adik Yasmin Nadilla untuk menutup malu keluarga apabila semua persiapan dan kad jemputan sudah diedar. Keluarganya menyalahkan dirinya kerana tidak balik pada hari perkahwinannya dan Yasmin Nadilla pun tidak pernah memberitahu keluarganya tentang kejadian culik yang melibatkan dirinya itu.Yasmin Nadilla yang kecewa melihat jejaka yang dicintainya mengahwini adik kandungnya, bertindak melarikan diri ke Terengganu.

Di sana dia bertemu kembali dengan Daniel Ezairy. Bersungguh Daniel Ezairy menghulur kasihnya buat Yasmin Nadilla. Namun, mana mungkin Yasmin Nadilla menyambut salam kasih lelaki itu setelah diketahuinya yang Daniel Ezairy sudah mempunyai kekasih hati bernama Sharifah Mastura. Lagipun cinta pada Arman masih berbekas di hatinya. Sukar memadam rasa cinta itu.

Namun permintaan dari Atirah yang mahukan Yasmin Nadilla berkahwin sebelum dia menutup mata membuatkan Yasmin Nadilla nekad memilih Daniel Ezairy sebagai suaminya. Daniel Ezairy yang sememangnya amat menyintai Yasmin Nadilla bersetuju. Mereka disatukan dalam suasana yang sederhana atas permintaan Yasmin Nadilla. Hanya rakan-rakan dan saudara mara terdekat sahaja di undang.

Bahagiakah perkahwinan tanpa dasar cinta itu. Yasmin Nadilla hanya berserah pada yang Esa. Tapi ternyata benar, cinta akan tumbuh apabila sudah berumah tangga. Yasmin Nadilla mengakuinya apabila dia mulai jatuh cinta pada suaminya, Daniel Ezairy.

Cemburu bukanlah satu perasaan yang terpuji. Kerana cemburu rumahtangga yang baru terbina teruji. Kedinginan sikap Daniel Ezairy membuat Yasmin Nadilla beralih arah. Kedatangan Arman bagaikan pujukan untuknya. Selama 2 minggu Arman di situ, mereka bagaikan belangkas. Yasmin Nadilla senang mengikut kemana sahaja di bawa Arman. Daniel Ezairy juga kembali ke pangkuan Sharifah Mastura. Sedangkan masing-masing sudah punya pasangan namun itu bukan permasalahannya.

Terjadinya perang dingin antara mereka. Sehinggakan Yasmin Nadilla membawa diri ke kampung halamannya. Daniel Ezairy mulai sedar akan sikapnya. Dia berusaha memujuk Yasmin Nadilla kembali kepadanya. Namun hati Yasmin Nadilla yang terluka itu sukar di pujuk. Namun, akhirnya Yasmin Nadilla mengalah apabila melihat kesungguhan suaminya memujuk dirinya. Daniel Ezairy berjanji akan lebih menyayangi isterinya. Yasmin Nadilla bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang amat menyayangi dirinya. Tamat ...

Penulis : Pitteriah Abdullah
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5

* Best jugak cite ni .. banyak adegan sedih, lucu, geram .. tak suka dengan Hasliza, adik Yasmin tu .. dah kahwin dengan Arman tu dah la .. buat apa nak cemburukan Yasmin lagi ... sampai nak kahwin dengan Daniel pun kena lari dari rumah bila Hasliza mengamuk ... apatah .. takut sangat Arman balik semula kat Yasmin .. hehe .. amo pulak aku .. tapi watak Zakuan itu di highlight cam best jek .. seorang lelaki yang bersemangat dan tenang dalam menghadapi apa sahaj cabaran dan dugaan .. gituuuuu .. kalau nak lebih best kena lah baca novel ni sendiri .. baru puas hati ... 



4 comments:

  1. assalammualaikum..
    novel hadirnya cinta memang best..saya pun dah puas cari merata..tp x jumpa2 jugak..
    so saya try la cara yg awak nie..
    tp boleh tahu awak gune email Alaf21 yg mane yer..
    sebab ada bnyak sangat...saya keliru dan x tahu..
    harap membantu..tq :)

    ReplyDelete
  2. email yang mana satu yea nak bg kat alaf 21? saya ada dulu novel ni tapi dah hilang..

    ReplyDelete
  3. salam ...

    Buleh cuba info di bawah yer ... :)

    Unit Langganan (mail order, Online Order)

    Tel: 03-5101 7480 / 7481 / 7478
    H/p: 019-3310 102
    Fax: 03-5101 7483

    Kedai Buku (Retail)

    Tel: 03-5101 7303
    Fax: 03-5101 7304

    ......

    E-mel: info.mall@karangkraf.com
    Facebook: http://www.facebook.com/#!?/karangkrafmall

    ReplyDelete
  4. Mmg best novel ni...best sangat...saya baca novel ni masa tu umur 15tahun...now dah 25tahun..lama xbaca tapi masih ingat jalan ceritanya

    ReplyDelete