Novel ni aku beli tahun 2005 .. masa ni tengah gile-gile minat nak baca novel ... haha .. pantang nampak novel .. nak beli jek ... beli dan buat koleksi .. novel Sutera Kasih karya Sirhan Ansari ni betul-betul meruntun jiwa ... sedih sangat dengan penderitaan yang di tanggung Nurul Azwa ... menderita penyakit kronik hingga terpaksa melepaskan suami yang amat dicintainya ... terharu sangat dengan pengorbanan isteri baru bekas suami dia yang sanggup mendermakan buah pinggang dia pada Nurul Azwa ... tapi ending nya best ... happy ending mesti lah best ... kalau sad ending cam tak best gituuu .... jom layan sinopsis novel Sutera Kasih yang dihasilkan oleh aku .. hehe ...
" Dari jendela penantian debunga cinta tetap mekar bila dibaja rasa rindu "
Sinopsis oleh : aznanie
Kehidupan yang dilalui Nurul Azwa sangat bahagia di samping suami tersayang, Faris. Namun dugaan melanda tanpa di duga. Sejak dia mengalami sakit buah pinggang, kehidupannya berubah sama sekali. Di tambah dengan dirinya tidak mampu memberi zuriat kepada Faris membuatkan dirinya dengan rela berundur diri. Tindakannya tidak dipersetujui Faris. Dia amat mencintai Nurul Azwa. Namun, dia terpaksa menurut kemahuan Nurul Azwa apabila Nurul Azwa tidak berganjak dengan keputusannya.
Faris kecewa tapi hidup perlu diteruskan. Perkenalannya dengan Nursyima telah membawanya ke gerbang perkahwinan buat kali keduanya. Nursyima yang amat prihatin itu tergerak hati untuk membantu Nurul Azwa, bekas isteri suaminya itu. Dengan keluhuran hatinya, Nursyima mendermakan buah pinggangnya kepada Nurul Azwa. Tindakannya itu pada mulanya mendapat halangan dari Faris akhirnya merestui jua.
Pembedahan selamat di lakukan. Kesihatan Nursyima semakin pulih dan Nurul Azwa juga semakin sihat dan dapat badannya menerima buah pinggang Nursyima dengan baik. Faris berhasrat untuk mengambil Nurul Azwa sebagai isterinya kembali namun Nurull Azwa tidak sampai hati mahu melukakan hati Nursyima. Lantas dia memilih untuk mengahwini Ramzi, jejaka yang setia menemani dirinya semasa dirinya dalam kesakitan dulu. Lelaki yang tanpa jemu melafazkan kata cinta buatnya walau tahu dirinya menghidap penyakit yang kronik. Nurul Azwa amat bersyukur masih ada insan yang sudi menerima dirinya yang serba kekurangan itu. Faris merestui perkahwinan Nurul Azwa bersama Ramzi. Pada Ramzi di titip pesan supaya menjaga Nurul Azwa sebaik mungkin kerana Nurul Azwa sudah puas menderita selama ini. Ramzi yakin dia akan menjaga dan melindungi Nurul Azwa sebaik mungkin dan setianya hanya pada Nurul Azwa seorang sahaja. Tamat ...
Penulis : Sirhan Ansari
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5
* Novel ni karya novelis lelaki ... first time aku baca penulis lelaki yang menulis watak utama dalam novelnya adalah wanita ... menyelami penderitaan watak utama, Nurul Azwa dengan berkesan ... sampai aku tak tahan mengalirkan air mata ... syabas kepada penulisnya, Sirhan Ansari ... ketulusan dan keluhuran hati seorang wanita untuk membahagiakan orang yang paling disayanginya .. juga pengorbanan seorang wanita kepada wanita yang lain atas nama perikemanusiaan ... perhhh .. memang teruja betul .. akhirannya yang tak disangka ... tapi itulah yang terbaik .. dari melukakan hati insan yang ikhlas membantunya baik dia menyambut huluran kasih jejaka yang setia menunggunya .. gituuuu .. apa pun terbaekkk novel Sutera Kasih ni ...
Visit our blog for as extensive collection of english novels.. Shopaholics, cecelia ahern, harry potter, john grisham, children's books, etc...
ReplyDeletehttp://bangibookseller.blogspot.com/