Pages

Saturday, April 21, 2012

Sinopsis Novel 'Suratan Kasih - Durrah Fatiha'

First time baca novel ni tahun 2007 .. pastu duk terperok kat dalam rak buku .. baru-baru ni mengemas rak buku macam terpanggil-panggil nak baca semula .. hehe ... jalan cite yang simple dan menarik .. penuh dengan gelodak perasaan .. jom layan sinopsis novel Suratan Kasih yang diolah oleh aku ... huhu

" Aku tanpa mu ... umpama pantai tiada berombak
Kau tanpa ku ... seperti langit tiada awannya "

Sinopsis oleh : aznanie



Nurul Hanisah mengalas tanggungjawab yang besar apabila bersetuju untuk memelihara 3 orang anak kakaknya yang telah pergi menyahut panggilan ilahi. Memandangkan keluarga mertua arwah kakaknya tidak merestui perkahwinan mereka dahulu, jadi arwah abang iparnya, Fauzan tidak mempercayai keluarganya dapat menjaga dan mengasuh anaknya sebaik Hanisah. Ditinggalkan hartanya untuk anak-anaknya dan disebabkan itu keluarga Fauzan tidak puas hati kepada Hanisah. Di tuduhnya Hanisah meracuni fikiran Fauzan untuk meletakkan semua harta pada nama anak-anaknya. Sehinggakan isteri muda Fauzan, Salwa sanggup menyerang dan mencerca Hanisah. Disebabkan itu, Hanisah membawa anak-anak Fauzan ke suatu tempat yang tidak diketahui oleh keluarga Fauzan terutamanya Salwa.

Hanisah tidak pernah memikirkan tentang percintaan namun kehadiran Hazman, yang merupakan jirannya sedikit sebanyak membuat naluri kewanitaannya terusik. Tapi diusir perasaan itu memandangkan usia mereka yang jauh berbeza. Lagipun, Hanisah sedia maklum, ibu Hazman, Hajah Khadijah tidak mahukan menantunya lebih tua dari anaknya.

Kepulangan adik Fauzan, Fauzi dari US pada mulanya mengembirakan Hanisah dan anak-anaknya. Hanya Fauzi yang dirasakannya menyayangi dan dapat menerima anak-anak Fauzan. Tapi sangkaannya meleset sekali. Kebaikan Fauzi ada muslihat. Dalam diam dia merancang untuk memiliki harta yang ditinggalkan Fauzan untuk anak-anaknya dengan mengahwini Hanisah.

Hazman tidak dapat membendung perasaannya. Dia mahu memaknakan sebuah perhubungan. Pada rakan karibnya, Azmi di ceritakan masalahnya. Azmi yang pada mulanya terkejut tetapi akhirnya memberikannya semangat dan dorongan untuk Hazman meluahkan perasaannya pada Hanisah walaupun dia tidak tahu bahawa wanita yang dicintai Hazman adalah Hanisah yang dikenalinya. Azmi merupakan peguam yang menguruskan pembahagian harta Fauzan.

Langkah Hazman bermula dengan menyamar sebagai secret admire. Dengan menghantar bunga orkid kesukaan Hanisah seterusnya menghantar sms. Hanisah yang pada mulanya tidak melayan akhirnya berbalas-balas sms. Setelah yakin yang Hanisah mulai mempunyai perasaan kepada penghantar sms itu, maka perjumpaan di atur. Dan alangkah terperanjatnya Hanisah apabila mengetahui yang penghantar sms itu ialah Hazman. Malunya bukan kepalang. Hanisah menolak hasrat Hazman untuk menjadikannya teman istimewa memandangkan faktor usia dan hasrat ibu Hazman dahulu. Hanisah mahukan mereka menjadi jiran sahaja. Jiran yang dapat berkongsi apa jua masalah.Puas Hazman meyakinkan Hanisah usia bukan penghalang untuknya jatuh hati kepada Hanisah. Namun wanita itu tetap dengan keputusannya.

Keperihatinan yang ditunjukkan Hazman dalam membantu keluarga Hanisah benar-benar meruntun jiwa. Bantuan Hazman dalam membantu anaknya, angah amat di hargainya. Bukan Hanisah sahaja, anak sulungnya, Famila juga sudah mulai menaruh harapan pada Hazman. Hatinya bagai dicarik-carik bila melihat Hazman. Jiwa remajanya bergelodak. Tidak pernah dia rasa perasaan yang sebegini walaupun di kampusnya Kamil selalu menagih perhatiannya. Tidak diendahkan jejaka itu.

Akhirnya, Hanisah menerima huluran kasih Hazman setelah berfikir di segenap penjuru natijah dari persetujuannya itu. Baik buruk semua telah difikirkannya. Hanisah bersyukur kerana Hazman adalah seorang lelaki yang begitu memahami dirinya. Bersamanya dirinya terasa dihargai dan dilindungi. Apapun dia tidak menaruh harapan yang tinggi kepada perhubungan itu. Semuanya diserahkan kepada ketentuan ALLAH.

Namun, hubungan yang baru berputik itu terganggu jua kerana salah faham. Hazman kecewa bila mengetahui  siapa Hanisah yang sebenarnya. Kedudukan Hanisah mejadi ukuran dirinya. Hazman merasakan dirinya tidak layak berdampingan dengan Hanisah. Hanisah merupakan seorang ahli korporat yang berjaya sedangkan dirinya baru nak bertapak dalam kerjayanya. Kecewa kerana Hanisah merahsiakan siapa dirinya yang sebenar. Disebabkan itu hatinya mulai dingin pada Hanisah. Tanpa disedari kata perpisahan terlepas jua. Tinggallah Hanisah termangu mengenangkan cinta yang tak kesampaian.

Fauzi mempergunakan anak saudaranya, Famila untuk melaksanakan rancangannya. Dipinta Famila memujuk Hanisah menerima dirinya. Famila yang memang sukakan rancangan pak ngahnya itu bersetuju untuk membantu. Baginya pak ngahnya itu lebih layak bersama Hanisah kerana kedua-duanya adalah ibu dan bapa saudaranya. Tiadalah istilah bapa atau ibu tiri kerana sememangnya mereka mempunyai hubungan persaudaraan dengan mereka adik beradik. Rancangan itu jugak mendapat sokongan dari adik beradiknya yang lain.

Fauzi mulai menjalankan misinya. Diyakinkan  Hanisah yang kononya dia mahu membela nasib anak saudaranya. Hanisah yang keliru dengan keyataan Fauzi itu meminta waktu untuk memikirkan perkara tersebut. Hatinya serik bila mengenangkan keluarga Fauzi yang nyata tidak menyukai dirinya dan anak-anak. Tapi Fauzi bersungguh-sungguh meyakinkannya yang dia sudah berjaya memujuk ibu dan adiknya untuk menerima Hanisah dan anak-anak. Tapi akhirnya, rahsia Fauzi terbongkar jua. Hanisah bersyukur kerana kebenaran terbuka sebelum dia bersetuju untuk mengahwini Fauzi.

Hazman terpaku bila mendengar penjelasan Azmi tentang status sebenar Hanisah. Di sangka janda rupanya masih dara. Hazman terharu dengan kecekalan Hanisah. Sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri demi anak-anak saudaranya. Dalam diam, Hazman menyanjungi keperibadian Hanisah. Perasaannya kembali membara terhadap wanita itu. Dengan pertolongan Azmi, Hazman kembali menyulam kasih bersama Hanisah. Mentelah ibunya, Hajah Khadijah mulai menyetujui hubungan mereka.

Tak disangka tentangan datang dari ahli keluarga sendiri. Famila mulai memberontak bila diberitahu yang Hazman dan Hanisah sedang menjalinkan hubungan. Baginya Hazman tidak layak untuk mamanya. Dia tak dapat menerima kenyataan yang Hanisah mencintai Hazman kerana Famila sendiri mempunyai perasaan terhadap Hazman. Hanisah bingung memikirkan penerimaan Famila. Mujur rakan karibnya, Kamil dan Syasya memujuk dan menenangkan perasaannya. Sedikit sebanyak kata-kata Kamil dan Syasya diakui kebenarannya. Dan dengan redha dan ikhlas dia menerima percintaan Hanisah dengan Hazman. Hanisah bersyukur sangat dengan perubahan Famila itu. Akhirnya, mereka bersatu dan bahagia menyulam kasih bersama. Tamat ...

Penulis : Durrah Fatiha
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5
Penulis novel Suratan Kasih .. Durrah Fatiha ...

* Novel yang sangat best .. jalan cerita yang simple .. berbeza sedikit dengan novel yang lain yang kebanyakkannya mengutarakan permasalahan cinta remaja .. novel ni mengisahkan pengorbanan seorang wanita .. ketabahan hati seorang wanita dalam mengharungi kehidupan dalam membesarkan anak-anak seorang diri walaupun anak-anak itu bukan keluar dari rahimnya sendiri ... delima seorang wanita bila perasaan cinta mulai terbit di sanubari .. menelan kata nista dan cacian yang tak ada penghujungnya ... pendek kata novel ni sarat dengan bermacam emosi .. geram .. sedih .. gembira .. marah .. semua ada lah .. kalau tak caya .. baca novel ni sendiri .. hehe




No comments:

Post a Comment