" Salam kasih siapakah yang singgah mengusik ke sanubari ini? "
Sinopsis oleh : aznanie
Cinta pertamanya tidak kesampaian. Percintaan Iddya bersama Baein terputus di tengah jalan apabila Baein mengalih cintanya kepada gadis lain. Benar andaian Iddya, cinta anak-anak sekolah tidak akan ke mana.
Cintanya berputik lagi bila bertemu Lutfi. Kali ini dirasakan berlainan dari cintanya pada Baein. Bersama Lutfi dirinya menjadi matang. Lutfi pandai mengambil hatinya. Lutfi bisa menggegarkan naluri kewanitaannya. Baginya cinta Lutfi adalah sesuatu yang paling indah. Namun, takdir tak siapa menduga. Rupanya Lutfi adalah anak susuan ibunya. Maka, hubungan antara mereka adalah adik beradik sesusuan. Iddya kecewa. Lutfi juga. Namun, hidup harus diteruskan. Yang menambah kekecewaannya Lutfi memilih teman sekerjanya sebagai penganti dirinya. Sejak itu, dia mendendami Hilda yang dirasakan perampas haknya. Meskipun tahu antara dirinya dengan Lutfi tidak mungkin boleh bersatu.
Perasaan kecewanya di curahkan pada Umar Aisy. Lelaki yang dikenali sejak zaman persekolahan dahulu. Lelaki yang setia menemaninya di saat suka dan duka. Yang selalu menitipkan kata-kata semangat apabila dia dilanda kekecewaan. Yang sedia menjadi pendengar setia dikala dia mencurahkan rasa hatinya. Dalam diam, ada getar menyelinap di sanubari. Iddya tertanya-tanya adakah dirinya seorang yang merasakan begitu? Untuk bertanya, dia tidak ada kekuatan. Malu seandainya dirinya bertepuk sebelah tangan.
Sedang impian mulai dilakar, kehadiran Baein mengusutkan keadaan. Menagih cinta yang telah tiada. Mana mungkin Iddya menerima Baein kembali dalam hidupnya sedangkan lelaki itu sudah mempunyai anak dan isteri. Dirinya bukan perampas kebahagiaan rumah tangga orang lain. Tak cukup dengan itu, dirinya menjadi mangsa serangan isteri Baein, Ivy Syahirah. Di nyatakan pendiriannya. Alangkah sukarnya mempertahankan diri di saat ketidakpercayaan masih kuat bersarang di hati.
Pengakuan Umar Aisy amat di nanti Iddya. Sekian lama memendam rasa akhirnya terluah jua. Huluran kasih Umar Aisy disambut dengan rasa syukur. Sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. Kini, Iddya dan Umar Aisy bahagia menyulam cinta hingga ke akhirnya. Tamat ...
Penulis : Anis Ayuni
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5
Anis Ayuni
* Best gile novel ni .. jalan ceritanya menarik ... simple dan mudah difahami .. yang lebih menarik ada diselitkan watak-watak utama dalam novel-novel Anis Ayuni yang lepas-lepas .. seperti Zahari dan Elly Farhana dalam novel Yang Terindah ... Sufian dan Raihana dalam novel Gemersik Kalbu ... Zairi dan Dhira dalam novel Kau Kekasihku ... watak-watak ni ada hubungan dengan watak utama novel Bayangan Rindu ni ... gituuu .. pandai penulis mengamit memori pembaca untuk mengingati kembali novel-novelnya yang lepas-lepas .. jadi kalau baca novel Bayangan Rindu ni tapi tak baca novel yang lepas-lepas .. pasti nak tahu cerita tentang watak utama novel yang lepas-lepas .. jadi kena baca la novel Yang Terindah, Gemersik Kalbu dan Kau Kekasihku ... tak rugi baca .. besttttt wooooo ...
Telemovie Bayangan Rindu akan disiarkan di Astro Box Office 952/953 pada 1 julai (bhgian1) & 8 julai (bhgian2) pada jam 10pm. Diangkat ke layar kaca oleh Erma Fatima, lakonan Nad Zainal (Iddya), Beto Kusyairy (UmarAisy), Zahiril Adzim (Baein) & Shera Aiyob (Ivy Syahirah).
ReplyDeletesy da tgk telefilem nie dlm ABO..mmg sedih sgt cter nie smpi sy nges teresak mengenangkan lutfi dan iddya xdpt bsma..
ReplyDelete