Tomyam campur, mee hoon, ikan kerachi 3 rasa, sayur campur dan sardin roll ...
Ikan kerachi 3 rasa ...
First masak ikan ni dulu, semua orang cakap sedap .. rupanya ikan kerachi pun sedap masak 3 rasa .. tak pernah .. biasa guna ikan siakap jek masak 3 rasa ni ... jadi ... Tam cakap pakai ikan kerachi jek la .. murah dan sedap .. haha .. Nua beli ikan kerachi kat pasar Tanjung Gemok, Pahang ... kat situ memang banyak ikan yang besar-besar dan yang penting segar-segar lagi ... untuk resepi ikan kerachi 3 rasa ni, sila klik di sini ... sebenarnya sama cara memasaknya samada guna ikan siakap ker ikan kerachi ker .. yang membezakan cuma rasa daging ikannya jek ..
Sayur campur ...
Menu tambahan adalah sayur campur ... bukan apa mesti ada sayur kan kalau nak makan nasi ... sayur campur ni mengandungi kobis bunga, baby corn, lada bengala dan udang sebagai rencahnya ... sayur campur ni terpulang kepada kita apa sayur yang kita nak letak .. kalau nak letak lobak buleh .. nak letak brokoli pun buleh .. nak letak tempe ker tauhu ker .. semua buleh ... disebabkan bahan-bahan yang disediakan cuma ini .. maka ini aje lah yang terdapat dalam sayur campur masakan ku kali ini .. hehe .. klik sini untuk resepi sayur campur ...
Tomyam campur ...
Sebenarnya tujuan asal adalah nak buat tomyam putih ... tapi disebabkan mak cakap mak suka kalau letak pes tomyam .. maka, menu bertukar kepada tomyam pes .. hehe .. cara membuat tak de lah berlainan .. cara yang sama dengan wat tomyam putih cuma letakkan pes tomyam jek dalam kuahnya setelah kuah mengelegak ... senang jek ... dalam tomyam ni terdapat ayam yang telah dipotong kecik, udang dan sotong ... sebab itu ianya diberi nama tomyam campur ... gituuuu ... klik sini untuk resepi tomyam ...
Sardin Roll ...
Menu last adalah sardin roll .. yang ni Tam ngan Nua yang buat ... daripada proses mengstim roti hinggalah kepada pengorengan sardin roll .. semua diaorang yang buat .. aku makan aje .. hehe .. klik sini untuk resepi sardin roll ..
Siap makanan dihidang .. doa selamat dibaca .. dan kami pun mula makan .. perut dah keroncong ... hehe ... kepada Tam dan suaminya, Nua .. kami ucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama .. semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat ... tabah dan sabar dalam mengharungi bahtera rumahtangga ... semoga rumahtangga kalian diberkati dan dilimpahi rahmat oleh yang ESA .. amin ..
No comments:
Post a Comment