Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur |
Setelah 3 bulan anakku buang air besar melalui stoma, akhirnya pada bulan 8 2004 anakku selamat dibedah. Selepas 6 jam berada di dalam dewan bedah, anakku disorong keluar oleh jururawat diiringi doktor bedah. Ketua pakar bedah iaitu Dato' Dr. Zakaria memberitahu bahawa ketumbuhan itu telah dikeluarkan tetapi masih ada 5% yang tidak dapat dibuang. Jadi, anakku masih memerlukan rawatan kemotrapi dan radiotrapi bagi memastikan sisa baki ketumbuhan itu bisa mati.
Semasa anakku dibawa keluar dari dewan bedah, dia tidak sedarkan diri. Ini kerana dia diberikan ubat tidur dan morfin untuk mengelakkan dia rasa sakit akibat pembedahan itu. Anakku terus ditempatkan di Wad ICU untuk pemantauan lanjut.
Selepas 2 hari, anakku dibawa keluar dari Wad ICU dan ditempatkan di KK4 iaitu wad pembedahan. Anakku mula merenggek-renggek kesakitan kerana morfin yang diberikan semasa pembedahan itu telah dihentikan. Aku berasa kasihan pada anakku. Untuk mengurangkan rasa sakitnya, aku selalu mengurut-ngurut lembut anggota tubuhnya.
Badan anakku semakin kembang, perutnya membuncit. Seorang pakar bedah memberitahuku bahawa anakku mempunyai lebihan air di dalam badan akibat dari kemasukkan air yang banyak semasa pembedahan tempohari. Aku jadi takut. Suami ku pula sudah balik ke Johor.
Petang itu jugak, anakku dimasukkan ke Wad ICU kembali. Di wad ICU anakku diberikan ubat kencing atau istilah perubatan "lasix" yang dimasukkan melalui tiub CVL. Semalaman anakku berasa di wad ICU ditemani jururawat kerana aku tidak dibenarkan berasa di Wad ICU sepanjang masa. Jadi, aku hanya menunggu di Wad KK4 sahaja. Sepanjang malam itu, hatiku tidak tenteram. Asik melihat ke pintu Wad sahaja, manalah tau kalau-kalau jururawat memanggil aku tetapi sampai ke pagi tiada pun apa-apa yang terjadi. Aku bersyukur.
Pagi itu, aku dibenarkan melihat anakku. Aku terperanjat melihat anakku kembali kurus seperti asal. Aku diberitahu semalaman itu air yang keluar dari badan anakku sebanyak 1000 ml. Syukurla tiada kejadian buruk yang terjadi.
Pagi itu juga, anakku dibawa ke bilik "ECHOCARDIOGRAPHY" untuk scan jantung. Setelah pemeriksaan, Doktor Azam iaitu pakar jantung di situ memberitahu ku bahawa jantung anakku membengkak akibat dari asakan air yang memasuki jantung. Aku tergamam. Tak tahu nak beri respon apa. Rasa menggigil seluruh badan. Tapi Doktor memberitahu keadaan anakku tidaklah kritikal sangat. Boleh sembuh dengan pengambilan ubat. Jadi anakku kena ambil ubat lasix itu sehingga keadaan jantungnya kembali normal.
Setelah seminggu berada di Wad KK4, anakku kembali dipindahkan ke Wad KK3. Masa itu tinggal beberapa hari sahaja untuk umat islam menyambut hari raya aidilfitri. Aku pasrah dan redha seandainya aku tidak dapat menyambut hari raya bersama keluarga. Ini kerana anakku lebih penting dari segalanya.
Sesungguhnya Allah itu maha mengasihani dan maha penyayang, apabila aku diberitahu bahawa anakku diberi cuti selama 9 hari untuk pulang beraya di Johor. Aku berasa sangat bersyukur. Inilah pertama kalinya aku dapat balik ke rumah ku setelah 6 bulan berumah di hospital.
Setelah, 9 hari bercuti anakku kembali ke HKL untuk meneruskkan kemotrapinya. Begitulah aku dan anakku berulang-ulang dari Johor ke Institut Pediatrik HKL. Sehingga habis sesi kemotrapi anakku iaitu sebanyak 9 dos.
Ini lah rupa anakku, Ayen semasa menjalani rawatan kemoterapi di Institut Pediatrik HKL (24 April 2004) |
Dari Kota Tinggi ke HKL, berhenti rehat di Hentian Sebelah Pedas Linggi. Masa ni dia baru jer boleh berdiri. (24 Januari 2005) |
Akhir bulan 4 tahun 2005, selesai lah sudah rawatan kemoterapi ke atas anakku. Aku berasa sungguh lega dan berharap agar anakku akan sembuh sepenuhnya.
Selepas itu anakku diberikan tarikh untuk menerima rawatan Radioterapi. Jadi pada tanggal, 16 May 2005 anakku dimasukkan kembali ke Institut Pediatrik HKL, tetapi anakku ditempatkan di Wad KK7 iaitu di sebuah bilik khas untuk pesakit Radioterapi. Setiap pagi anakku dan aku menaiki van yang dipanggil 'Shuttle' iaitu kenderaan khas membawa pesakit ke setiap bangunan yang terdapat di dalam kawasan HKL.
Rawatannya sekejap je. Anakku akan dibaringkan di atas katil dan tempat yang mahu dipancarkan dengan sinar Radio itu akan ditanda. Setelah semua persiapan dilakukan, semua petugas dan aku di arah keluar. Dan tinggallah anakku seorang diri di situ. Pada hari pertama dan kedua, anakku diberkan ubat tidur. Tetapi masuk hari ketiga anakku tidak diberikan ubat tidur. Jadi aku diarahkan bercakap dengannya sambil melihat monitor. Dan sesungguhnya anakku memang berani. Dia tidak takut dan kelihatan sungguh ceria. Selera makan pun bertambah baik. Setiap petang anakku pasti akan mengajak aku pergi ke kantin untuk makan. Makanan yang pihak hospital bagi pun habis dimakannya.
Rawatan Radioterapi itu berlangsung kira-kira sebulan. Pada bulan 6 tahun 2005, berakhirlah sejarah anakku dan aku menjadi penghuni Institut Pediatrik HKL. Sehingga sekarang anakku masih menjalani rawatan susulan penyakitnya itu sebanyak 6 bulan sekali. Setiap kali pergi HKL pasti ambil darah, scan tempat ketumbuhan, jumpa doktor, dan buat echo untuk jantung. Kadang-kala garam dalam darah anakku kurang maka doktor akan memberi air garam atau "mist.potasium" untuk dimakan. Dan buat masa ini, anakku masih diberkan suntikan imunisasi Hepetitis B kerana kemoterapi telah menyebabkan sel anakku semua mati. Jadi dia perlukan imunisasi itu semula.
"Ya Allah, kau sembuhkanlah anakku ini... berilah dia kesihatan yang baik, untuk dia menikmati kehidupan ini, ya Allah... sesungguhnya padamu lah tempat ku bermohon... Ya Allah ... amin ...amin ... Ya Rabbalalamin ... amin ..."
*Terima kasih kepada mereka-mereka yang setia mengikuti kisah anakku dan aku dari awal lagi ... doakanlah semoga anakku terus diberikan kesihatan yang baik... dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ... dan dilimpahkan kebaikan dunia dan akhirat ....
*Kepada ibu-ibu yang mengalami nasib yang sama seperti aku ... banyakkan lah bersabar ... kuatkan iman ... jangan putus harapan, redha dan pasrah atas ketentuan Tuhan ... jangan sesekali menangis dihadapan anak kita ... kerana tangisan kita akan membuat anak kita lebih menderita ... pamerkan kecekalan kita ... insyallah... anak kita akan kuat kerana dia meminjam semangat kita ... dan aku doakan semoga anak-anak kita diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur ... amin ...
Inilah anakku ... gambar terbaru .... MUHAMMAD NAZRIN HAKIMI BIN RAZALI (2011) |
salam..saya pun ada ank mengidap kanser..kanser hati semasa umur 4 bulan..skrg dah umur 7 bulan masih lagi dlm rawatan chemotherapy ade lg 6x di ins.pediatrik hkl..bukan senang mengharungi segalanya..tahniah buat akk dan syukur alhamdulillah ank akk dah sihat..semoga ank saya pun akn kemnali sihat dan membesar mcm kanak2 lain..
ReplyDeletesalam shera ...
ReplyDeleteTerima kasih kerana mendoakan anak akak ya ..
Akak jugak mendoakan semoga anak Shera sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain .. semoga Shera tabah menghadapi ujian dan dugaan Allah ini .. amin
anak saya Hafiy Iffat pernah menerima rawatan di sana selama 6 bulan. Namun Allah lbh menyayanginya. Tanggal 9hb jan 2912 anak kami telah kembali ke rahmatullah di bilik 9.serangan sawan yg pertama telah merubah keadaan normal dr blh bercakap dan tidak sedar. walaupun sedih tp kami perlu fedha mungkin itu yg terbaik untuknya dr melihat dia menanggung sakit dan derita...Adik ibu sayang adik selamanya...
ReplyDeleteanak saya Hafiy Iffat pernah menerima rawatan di sana selama 6 bulan. Namun Allah lbh menyayanginya. Tanggal 9hb jan 2912 anak kami telah kembali ke rahmatullah di bilik 9.serangan sawan yg pertama telah merubah keadaan normal dr blh bercakap dan tidak sedar. walaupun sedih tp kami perlu fedha mungkin itu yg terbaik untuknya dr melihat dia menanggung sakit dan derita...Adik ibu sayang adik selamanya...
ReplyDeletesalam Iarniza ...
ReplyDeleteTakziah dari akak sekeluarga .. semoga Iarniza tabah menghadapi dugaan dari Allah ini ... sesungguhnya Allah lebih menyayangi dia ... relakan pemergiannya dengan hati yang tabah ... semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman ... Al-Fatihah untuk Arwah Adik Hafiy Iffat ...
ye kak..kita insan terpilih olehNya...
ReplyDelete