Aku memang minat mengumpul brooch. Ya la sebab aku bertudung kan. Pasti brooch menjadi kewajiban. Berbagai-bagai jenis brooch yang aku ada. Ada yang mengikut kala tudung dan jenis tudung. Kebanyakan brooch tu aku beli di pasar malam jek. Asal cantik dan berkenan di mata aku beli je .... lagi satu murah ... hehe...
Ada jugak di antara brooch-brooch itu hadiah yang diberikan sempena hari lahir ku. Tak hari lahir pun ada yang beri brooch pada aku ... hehe .. Terima kasih yer ...
Brooch sekarang bermacam-macam jenis. Kalau dahulu hanya ada yang kecil untuk dipinkan dibawah dagu dan yang besar dipinkan dibahu tetapi sekarang sudah ada yang berantai dan yang berjuntai. Yang diperbuat dari manik ada, dari kristal pun ada.
Sekarang ni orang jual brooch online jek. Senang dan mudah. Tapi ya la orang kampung macam aku ni ada sedikit susah ler kan nak beli ikut online ni. Lagipun pasar malam kat tempat aku ni seminggu sekali iaitu setiap malam jumaat. Aku ni pulak kaki pasar malam. Pantang dengo pasar malam nak pegi jek ... huhu ...
Lagi satu, brooch ni produk yang senang didapati di pasaran. Gi pasaraya ke, kedai sebanika ke, kat stesen minyak pun ada jual. Mungkin kerana harganya yang murah dan salah satu aksesori yang wajib ada bagi wanita.
Sekarang ni dah ada brooch yang diperbuat daripada emas dan batunya dari batu swiss. Wah ... cantik. Aku pernah tengok sekali kali di "Jumbo Emas" kat Kota Tinggi. Harganya macam beli sebentuk cincin emas... huhu ... Tengok jek laa ... manalah tau ada rezeki taun-taun depan ... haha ...
Antara koleksi brooch kepunyaanku:
Ni brooch berjuntai ... yang kala coklat tu hadiah dari kakak aku ... |
No comments:
Post a Comment