Pages

Sunday, April 30, 2006

Kiroro - Mirai e

Sekarang ni lagu Jepun ni tengah top untuk bebudak remaja sekarang. Adik aku bukan main suka lagi dengar lagu ni. Anak saudara aku pun sama gak. Siap hafal lagi liriknya. Kalau dengar lagu ni kat cd, berulang-ulang kali. Sampai aku pun terikut-ikut suka pulak. Hehehe ...



Tajuk : mirai e
Artis : kiroro

hora ashimoto wo mite goran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mite goran
are ga anata no mirai

Saturday, April 29, 2006

Sinopsis Novel 'Kau Kekasihku'

Aku baru habis baca Novel Kau Kekasihku karya Anis Ayuni. Ni dah kali ke-10 aku ulang membacanya. Jalan ceritanya mudah difahami dan gaya bahasanya juga membuatkan pembaca tidak jemu membacanya.


Sinopsis oleh : aznanie

Kau Kekasihku mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nadhira yang baru 7 bulan menamatkan pengajiannya. Masih menunggu peluang pekerjaan. Namun hampa. Dalam berat hati dia menerima tawaran untuk menjadi guru gantian di sekolah tempat kakaknya mengajar. Ternyata bidang perguruan itu bukanlah bidangnya. Dia sering menjadi bahan usikan pelajar-pelajar nakal di kelas itu. Ternyata dia gagal mengawal mereka. Akhirnya, dia mengalah dan mencari perkerjaan yang bersesuaian dengan minat dan kursus yang diikuti semasa di kampus.

Cologne dan deodorant yang aku gunakan!!

Semalam hubby aku belikan cologne jenama Pucelle (Pretty Loli). Hmm ... baunya sungguh harum dan tahan lama bila di kenakan di kulit. Harganya pun lebih murah kalau nak dibandingkan dengan cologne lain yang terdapat di pasaran.

Selama ni aku gunakan cologne jenama Lovillea (Fresh Floral). Baunya pun boleh tahan. Tapi, tak tahan lama. Sekejap saja baunya dah hilang. Jadi, satu hari kena pakai dua kali kalau mahu harumannya kekal di badan.

Juga dibelikan stick deodorant jenama Enchanteur (Enticing). Baru lah bau kewanitaan kata hubby aku. Yalah, selama ini aku gunakan stick deodorant jenama Dashing (Active). Dia punya pulak tu. Hahaha. Berkongsi apa salahnya. Ya tak???

Tapi sekarang ni, hubby aku pun dah tak pakai lagi jenama Dashing tu lagi. Dia gunakan jenama Fa (Dynamic). Yang ini bukan stick deodorant tapi Roll-on deodorant. Baunya pun harum dan tahan 24 jam. Harganya dalam lingkungan Rm 8 lebih lah sebotol.

Friday, April 28, 2006

Handphone yang pernah aku miliki!!

Tadi aku menemani kak long ku pergi ke kedai handphone. Kawan kak long yang nak beli handphone. Kami pergilah tengok-tengok kalau ada yang berkenan.

Sebut pasal handphone ni, aku nak ceritakan lah pasal handphone yang pernah aku miliki. Handphone pertamaku jenama Ericsson GH688 yang ku miliki pada tahun 1998. Masa tu, harganya dalam Rm 900 lebih.

Pasar Malam dan Aku


Bila sebut pasar malam, aku memang teruja betul. Aku pun tak tahu kenapa. Pantang dengar, aku mesti nak pergi. Bukannya nak membeli sangat. Tapi, mungkin aku suka melihat-lihat samada melihat telatah orang mahupun barangan yang diniagakan.

Kebiasaannya, bila pergi pasar malam, aku selalu beli ayam goreng, kentang goreng, kepak ayam madu, jagung rebus, murtabak, burger dan kebab. Makananlah yang paling banyak diborong. Bukannya apa, bau masakan itu sebenarnya yang merangsangkan deria rasa dan selera. Lagi-lagi kalau perut tengah lapar. Alamatnya penuhlah tangan dengan pelbagai jenis makanan.

Kalau time nak raya, lain pulak corak pasar malamnya. Biasanya dipenuhi dengan peniaga baju, langsir, alas meja, kuih raya, bunga-bungaan dan sebagainya yang berkaitan dengan hari rayalah.

Lagi satu, kalau pasar malamnya jatuh pada hari gaji, wah! ramainya orang datang berbelanja. Sampai tak ada tempat parking. Punyalah meriahnya dengan orang.

Yang seronok, membeli di pasar malam ni, harganya boleh ditawar. Lagi pun terdapat bermacam-macam barangan. Daripada pakaian hinggalah ke barang elektrik. Semuanya ada. Tapi tak de lah barangan yang berjenama. Almaklumlah, nama pun pasar malam.

Thursday, April 27, 2006

Cara Membuat Air Oren Sunquick



Nak buat air minuman kat rumah sebenarnya bukannya susah tapi bukan mudah juga untuk mengekalkan rasa yang sama pada setiap kali bancuhan.

Kat sini aku berikan sukatan untuk membuat satu jag air oren Sunquick. Yang rasanya enak dinikmati.Tidaklah terlalu pekat, terlalu manis atau terlalu masam. Yang sedang-sedang saja.

Mulakan dengan sukatan gula sebanyak 9 sudu besar. Kemudian tuang oren Sunquick sebanyak 5 sudu besar. Kemudian, tuang air masak sejuk setengah jag. Digodak hingga gula hancur. Barulah di tuang air masak lagi hingga penuh jag tersebut. Masukkan dalam bekas yang sepatutnya dan simpan dalam peti ais. Barulah sedap nak minum.

Sukatan ini hanya untuk membuat air oren Sunquick saja. Bukannya air dari lain-lain ibu air.

Hujan Oh Hujan


Hari-hari hujan la sekarang ni. Bila petang je hujan. Kain baju melambak tak kering-kering. Nak pergi memana pun susah. Tak de mood nak jalan. Duk rumah je la. Pulak tu kalau hujan je takpe lah jugak ni siap dengan petir dan kilat sabung-menyabung. Huiii... seramla kalau duk rumah sorang-sorang. Nasib baiklah tak banjir. Kalau banjir menimba airlah jawabnya. Nak basuh rumah lagi satu hal.

Tapi tak pe. Hujan tu kan satu rahmat. Kalau tak hujan, kemarau lah pulak jadinya. Apa pun aku bersyukur dengan rahmat dari Tuhan ini.

Tragedi episod 'Tegur'


Slot tragedi yang ditayangkan di TV3 hari ini best la. Episod yang bertajuk 'Tegur'.

Sinopsis oleh : aznanie

Kisah tentang Seorang gadis kena mengurat kat depan seven-eleven dengan 2 orang mamat motor. Budak pompuan tu marah. Ngadu kat pakwe dia. Pakwe dia pun marah kat mamat tu. Mamat tu tak puas hati. Kejar kereta pakwe budak pompuan tu. Bila berhenti je, terus kena belasah pakwe dia. Budak pompuan tu kena rogol. Pakwe dia mati kena bunuh dengan kerambit.

Lakonan Lisdawati memang ok. Yang jadi polis tu Jamaluddin Hassan pun aku suka.Kiranya episod kali ini ramai pelakon handalan yang berlakon.Memang lah power.

Aku lebih suka slot Tragedi dari slot Kisah Benar. Mungkin kerana kisah benar macam mendatar sahaja jalan ceritanya. Tapi orait gak. Aku layan je.

Saturday, April 22, 2006

Nasi Ayam

Hari ini aku makan Nasi Ayam sebagai makanan tengah hari. Sebab kedai nasi campur yang aku selalu beli tu tutup pulak hari ni.

Sedap gak Nasi Ayam dia. Aku pun selalu gak buat Nasi Ayam. Tapi bab sambal selalu tak menjadik. Padahal aku ikut bebetul dalam resepi tu. Hairan gak aku.

Ni resepi Nasi Ayam yang selalu aku buat tu:

NASI AYAM
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam

Bahan A:
1 camt minyak
1 camt kicap cair
½ camt kicap manis

3 cawan beras panjang
4 cm halia, dihiris
3 ulas bawang putih, dicincang
1 camt garam
¼ camt serbuk lada sulah
minyak untuk menggoreng ayam

Sup:
500ml air rebusan ayam
1 bungkus Sup Bunjut
1 camb stok pekat ayam
bawang goreng
hirisan halus daun sup dan daun bawang

Sos cili (kisar hingga halus):
10 biji cili merah, dibuang biji
2 ulas bawang putih
5cm halia
1 camb minyak
½-1 camb jus limau nipis
1 camt gula halus
1 camb minyak rebusan ayam
garam secukupnya

Kicap:
3 camb sos tiram
1 camb kicap manis
½ camt serbuk lada sulah
½ camt gula halus
3 camb air rebusan ayam

Bahan sampingan:
hirisan daun bawang dan daun sup
hirisan tomato dan timun
daun salad

Jerang ayam dengan air (sama paras). Masak selama 15 minit kemudian ketepikan dari api. Biar ayam terendam selama 10 minit kemudian keluarkan, masukkan ke dalam bekas air biasa. Gantung ayam supaya agak kering. Lumurkan dengan bahan A. Ambil 400ml air rebusan, isikan ke dalam periuk kecil (untuk sup).

Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga keemasan. Masukkan beras, kacau 1-2 minit. Ubah beras ke dalam periuk nasi letrik. Masukkan baki air rebusan ayam (tambah air jika perlu), garam dan serbuk lada sulah. Masak seperti biasa.

Untuk membuat sup, jerang air rebusan dan sup bunjut hingga mendidih. Perlahankan api, renihkan selama 5 minit. Ketepikan sup bunjut. Masukkan stok pekat ayam, bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang. Angkat dan isikan ke dalam mangkuk.

Ayam dipotong 4. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan. Hidangkan dengan nasi, sup, cili dan kicap serta bahan sampingan lain.

Wednesday, April 19, 2006

Sinopsis Novel 'Mencari Cinta'

Hari ini aku nak buat sinopsis novel yang dah berulang-ulang kali aku baca. Jalan ceritanya best. Tak jemu-jemu walau dah berkali-kali membacanya.

Novel ini bertajuk MENCARI CINTA dan ianya adalah terbitan alaf21. Harganya hanya RM 15.00 sahaja.

Ikuti sinopsis nya:


MENCARI CINTA adalah sebuah novel cinta remaja hasil karya penulis muda berbakat iaitu LEEYA MYRA.

Sinopsis oleh : aznanie

Novel Mencari Cinta ini mengisahkan tentang kemelut cinta seorang gadis bernama Annessa yang terbelenggu dalam cinta remajanya. Sentiasa mengingati kenangan manis di zaman persekolahannya. Menjadi perindu menunggu kehadiraan lelaki bernama Ilham Hazami.

Saturday, April 15, 2006

Pengantin Remaja

Hari ini aku menghadiri satu majlis perkahwinan kenalan baik abah aku. Keluarganya memang rapat dengan keluarga aku.

Yang aku nak ceritakan ni mengenai pasangan pengantinnya. Pengantin lelaki berumur 19 tahun dan pengantin perempuannya berumur 18 tahun. Kira pengantin remaja la ni.

Majlis perkahwinannya berlangsung di perkarangan Masjid. Itu yang uniknya. Dari majlis nikah hinggalah makan beradab. Siap ada pelamin lagi depan Astaka Masjid.

Majlisnya sama aje macam majlis perkahwinan yang diadakan dirumah. Cuma kali ini diadakan di Masjid. Rombongan pengantin disambut dengan paluan kompang dan berarak menuju ke Masjid untuk majlis persandingan.

Para jemputan di tempatkan di dalam khemah yang disediakan bersebelahan dengan khemah pelamin. Dihidangkan dengan nasi minyak dan lauk-pauk.

Majlisnya nampak ringkas dan mudah. Pinggan dan cawan diperbuat dari kertas, jadi tak payahlah nak basuh.

Ramai juga kenalan dan sahabat handai yang datang. Yang bagusnya semuanya datang dengan pakaian yang sopan. Maklumlah majlis kat Masjid.

Buat pasangan pengantin, aku doakan semoga kalian dapat melayarkan bahtera rumah tangga dengan aman dan diberkati ALLAH. Walaupun mendirikan rumah tangga di usia muda, tapi jika pandai menyesuaikan diri dan saling memahami antara satu sama lain dan bersikap matang, insya-ALLAH, rumah tangga kalian akan sejahtera.Amin.

Friday, April 14, 2006

Penulis kegemaran ku

Ni aku nak cerita pasal hobi aku. Aku suka baca novel. Semestinya lah novel melayu. Yang jalan ceritanya agak ringan dan mudah untuk difahami.

Penulis yang paling aku minat sekali Anis Ayuni dan Aisya Sofea. Karya penulis lain pun ada juga yang aku suka.

Thursday, April 06, 2006

My First Blog

Inilah blogku yang pertama. Tak pernah aku tulis blog. Jadi tak tahulah nak taip apa..

Oh ye.. blog ni sebenarnya adalah mengenai hobi aku iaitu membaca novel Melayu, semestinya novel cintalah.. hmm hmm.. Jadi aku akan tuliskan sinopsis mengenai novel-novel yang telah aku baca, yang best dan yang tak best juga.

Hmm.. aku juga minat mengumpul resepi. Kumpul jer. Masak tak minat.. hehehehe. Eh.. minat jugalah.. Insya'allah aku akan letakkan resepi-resepi kegemaranku di sini.

Ok.. itu jer untuk blogku yang pertama ini..