Pages
▼
Friday, April 28, 2006
Pasar Malam dan Aku
Bila sebut pasar malam, aku memang teruja betul. Aku pun tak tahu kenapa. Pantang dengar, aku mesti nak pergi. Bukannya nak membeli sangat. Tapi, mungkin aku suka melihat-lihat samada melihat telatah orang mahupun barangan yang diniagakan.
Kebiasaannya, bila pergi pasar malam, aku selalu beli ayam goreng, kentang goreng, kepak ayam madu, jagung rebus, murtabak, burger dan kebab. Makananlah yang paling banyak diborong. Bukannya apa, bau masakan itu sebenarnya yang merangsangkan deria rasa dan selera. Lagi-lagi kalau perut tengah lapar. Alamatnya penuhlah tangan dengan pelbagai jenis makanan.
Kalau time nak raya, lain pulak corak pasar malamnya. Biasanya dipenuhi dengan peniaga baju, langsir, alas meja, kuih raya, bunga-bungaan dan sebagainya yang berkaitan dengan hari rayalah.
Lagi satu, kalau pasar malamnya jatuh pada hari gaji, wah! ramainya orang datang berbelanja. Sampai tak ada tempat parking. Punyalah meriahnya dengan orang.
Yang seronok, membeli di pasar malam ni, harganya boleh ditawar. Lagi pun terdapat bermacam-macam barangan. Daripada pakaian hinggalah ke barang elektrik. Semuanya ada. Tapi tak de lah barangan yang berjenama. Almaklumlah, nama pun pasar malam.
No comments:
Post a Comment