Pages

Wednesday, November 09, 2016

Mee Hoon Goreng

Makan ni je untuk tengahari ni .. rasa tak selera nak makan nasi .. goreng jek la mee hoon .. janji kenyang kann ... anak-anak tak kisah sangat .. asal perut kenyang sudah la .. nasib baik la .. hehehe

Mee Hoon Goreng

Bahan-bahan:
1/2 bungkus mee hoon - di celur
3 keping isi ayam - potong dadu
5 sudu besar lada blend
3 sudu besar kicap manis 
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji bawang besar - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 genggam taughe - buang ekor
1 pokok sayur sawi - potong sedang
1 biji telur
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing
  • Masukkan lada blend
  • Kacau hingga garing
  • Masukkan sos tiram dan kicap manis dan kacau
  • Masukkan batang sawi dan kacau
  • Masukkan mee hoon dan gaul rata
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Masukkan telur dan kacau lagi
  • Masukkan daun sawi dan taughe
  • Kacau dan biarkan sebentar
  • Angkat dan hidangkan

No comments:

Post a Comment