Pages

Saturday, October 15, 2016

Bayam Merah Masak Bening

Sayur bayam ni favorite en.suami ... bayam merah terutamanya .. masak bening je ... amboiii licin kuah kena hirup ... lawankan ngan sambal belacan pulak tu .. menjadi le .. nasi panas-panas .. ikan kering bulu ayam pulak tu ... memang bertambah nasi ... alhamdulilah

Sayur bayam merah masak bening
Bahan-bahan:
1 ikat bayam merah
5 ekor udang kering - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 biji bawang besar - hiris
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Air secukupnya

Cara membuatnya :
  • Didihkan air dalam periuk (terpulang pada banyak mana kuah yang dikehendaki)
  • Masukkan semua bahan iaitu bawang putih, bawang merah dan udang kering
  • Masukkan sayur bayam merah sekali
  • Biarkan seketika
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Angkat dan hidangkan (jangan lama-lama nanti sayur ludoh)

Sambal belacan (versi cair)
Bahan-bahan:
1 inci belacan - dibakar seketika
4 biji lada cili api
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Air asam jawa (terpulang banyak mana)

Cara membuatnya:
  • Belacan, lada cili api, garam, gula dan serbuk perasa di tumbuk di dalam lesung batu hingga lumat
  • Masukkan air asam jawa
  • Gaul rata
  • Hidangkan

No comments:

Post a Comment