Pages

Sunday, October 13, 2013

Sinopsis Cerekarama Kalung Kak Dara

Tengok cerekarama ngan si kecik Zara ... anak-anak bujang tak de ... ikut atuk diaorang gi KL .. umah adik aku ... tengok baby kecik anak adik aku ... bestt dapat gi jejalan ... mama ngan baby kena tinggal ... sedihh ... hehe ... tak pe .. layan cerekarama pun best  jugak .... turn cite kelaka ... kisah kak Dara yang mencari pasangan hidup ... citarasa tinggi ... nak kahwin dengan Dato ... orang biasa tak pandang ... kalah anak dara ... haha ... anak dia, Mimi bengang jek ngan cara hidup mak dia ... berbelanja mengalahkan orang kaya ... duit gaji habis dibelikan barang kemas ... pakai baju yang vouge ... alat make up lagi ... haaa tu la kisah kak dara ... jom layan sinopsis cerekarama Kalung Kak Dara ni ...


Sinopsis oleh : aznanie

Dara seorang ibu tunggal. Mempunyai seorang anak perempuan bernama Mimi. Dara mempunyai cita-cita untuk mencari suami seorang Dato. Dia mulai jatuh cinta dengan bos tempat dia bekerja bernama Dato Hasnol.

Perhatian yang diberikan oleh Dato Hasnol makin menguatkan andaiannya.

Mimi bercinta dengan budak pejabat di tempatnya bekerja. Dara tidak menyukai pilihan Mimi itu kerana dia tidak mahu Mimi menerima nasib sepertinya dahulu. Dia mahu Mimi memilih anak orang kaya supaya hidup mewah di hari tua nanti.

Mimi tetap dengan pendiriannya. Akhirnya mereka berdua disatukan. Dato Hasnol mengamuk.

Rupa-rupanya Dato Hasnol ada menaruh hati kepada Mimi bukan pada Dara. Dara merasa kecewa dan mengubah penampilan diri.

Dengan penampilannya yang baru, Dara telah berkenalan dengan Dato Hamdan. Baru mulai menganyam angan, Dato Hamdan ditangkap khalwat dengan artis.

Sewaktu Dara ke sebuah butik, dia terjumpa dengan seorang lelaki yang agak kaya sedang membeli sehelai baju untuk isteri dia. Dara mulai mengatur strategi. Dia harus dapatkan lelaki itu walaupun tahu lelaki itu sudah beristeri.

Memang mereka berdua ada jodoh. Dara berkahwin dengan lelaki itu dan mendapat bemacam-macam barang kemas dari suaminya itu.

Mimi selamat melahirkan anaknya. Dara yang perasan dirinya muda itu tidak mahu mengelarkan dirinya nenek pada cucunya itu.

Dara bertanyakan tentang rumah kondo yang dijanjikan oleh suaminya dulu. Suaminya memberikan alasan yang rumah itu belum buleh diduduki kerana ada masalah.

Anak Mimi jatuh sakit dan perlu dibedah. Mereka memerlukan wang sebanyak rm 10,000.00 untuk pembedahan itu. Puas Zainal mencari wang. Semua sedara mara dihubungi.semuanya tidak dapat membantu. Sehinggakan Zainal menghubungi rakannya yang bekerja di syarikat pinjaman berlesen.

Dara memperli Zainal yang pada pandangannya menumpang senang anaknya. Zainal terasa tetapi tidak mahu berkata apa-apa.

Zainal meminta tolong dari ayah achik iaitu suami Dara. Tetapi suami Dara telah pergi ke German tanpa dapat membantu Zainal terlebih dahulu.

Mimi memberitahu ibu dan suaminya yang anaknya mulai kritikal dan perlu dibedah dengan segera. Zainal buntu memikirkannya.

Akhirnya Dara bersetuju membantu. Dia ke pajak gadai untuk memajak rantai yang dihadiahkan oleh suaminya di hari pernikahannya.

Alangkah terkejutnya dia apabila diberitahu yang rantai itu adalah palsu bukannya emas seperti sangkaannya. Dara pengsan disitu jugak.

Sewaktu keluar dari pajak gadai itu, dia terserempak dengan suaminya bersama perempuan lain. Rupanya perempuan itu adalah isterinya yang ke 3. Dara berasa marah dan geram lalu memukul suaminya. Perempuan yang bersama suaminya terus memukul dah memanggilnya penipu.

Dara berasa sedih dan menyesal dengan sikapnya yang tamak dan pentingkan kebendaan. Mimi memujuknya. Dara berjanji akan berubah dan tidak mahu boros dan asik membeli barang kemas lagi.

Tiba-tiba Dara terpandang gelang yang dipakai oleh perempuan yang duduk disebelahnya. Dia terus menunjukkan minat dengan bertanya itu dan ini. Mimi bengang dengan sikap ibunya yang cakap tak serupa bikin itu. Tamat  ....

Para pelakon :
Rozita Che Wan sebagai Kak Dara
Syatilla Melvin sebagai Mimi
Syazwan Zulkifli sebagai Zainal
Eisma Daniel sebagai Ayah Achik
Riezman Khuzaimi sebagai Dato Hasnol
Norman Hakim sebagai Dato Hamdan

* Cite kelaka ... ringan-ringan punya cite ... tak yah pikir-pikir apa jadi akhirannya ... lawak betul la si Che Ta tu ... kata pengemar barang kemas ... tak kan tak leh kenal emas tulen dengan emas tiruan .. hari-hari dok belek ... haha .... bangga dapat kahwin dengan lelaki kaya ... last2 dapat tau laki dia pasang bini banyak ... penipu punya kaki ... tak de la kaya mana pun ... haha ... layannnn .... 



No comments:

Post a Comment