Pages

Monday, October 07, 2013

Sinopsis Cerekarama 'Demi'

 
Sinopsis oleh : aznanie


Khairi sudah berkeluarga dan agak berusia. Mempunyai seorang isteri bernama Ziela dan seorang anak perempuan bernama Zana. Ziela seorang isteri yang keras kepala dan tak mahu kalah. Khairi yang banyak mengalah dengannya. Sikapnya yang suka membebel merimaskan suami dan anaknya Zana.

Zana sudah dewasa. Bekerja sebagai guru di tadika. Ibunya selalu meleterinya kerana Zana belum berkahwin walaupun usianya sudah meningkat.

Permintaan Leman supaya Khairi menikahi bekas isteri anaknya, arwah Bahar dipersetujuinya walaupun dia tahu Ziela pasti mengamuk apabila dia mendapat tahu nanti. Khairi sanggup menerima segalanya demi cintanya pada Umi dan Syafiq.

Satu kejadian yang tak disangka berlaku. Seorang murid di tadika Zana nyaris diculik. Ini kerana ayahnya lambat menjemputnya kerana bekerja. Zana meminta kebenaran Hassan untuk membawa Afiqah pulang ke rumahnya sementara menunggu Hassan abis bekerja.

Ziela tidak sukakan Afiqah. Tetapi Afiqah pandai mengambil hati Ziela. Akhirnya Ziela berubah dan mulai menyenangi kehadiran Afiqah dirumahnya.

Akhirnya Khairi membuat keputusan untuk berterus terang dengan Ziela tentang perkahwinannya dengan Umi. Penerimaan Ziela sudah dijangkakan. Ziela menangis dan meminggirkan dirinya. Khairi tidak sampai hati melihat keadaan Ziela.

Khairi bertemu Umi. Umi redha jika Khairi ingin menceraikan dirinya. Tetapi Khairi tidak mahu. Dia meminta Umi berpakat dengannya. Mereka berpura-pura bercerai.

Orang paling gembira dengan berita penceraian itu ialah Budin. Budin adalah rakan baik arwah suami Umi, Bahar. Budin sememangnya sukakan Umi sejak dari dulu lagi. Dia sudah merancang untuk menghantar rombongan meminang Umi apabila Umi habis edah nanti.

2 bulan berlalu, Ziela masih merajuk dengan Khairi. Khairi buntu dengan sikap Ziela itu. Dia menyuruh Khairi mengadakan kenduri doa selamat dan memberitau penduduk kampung yang perkahwinan Khiri dengan Umi adalah disebabkan oleh hawa nafsu dan satu kesilapan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi.

Lamaran Hassan ditolak oleh Ziela walaupun Zana telah memberikan persetujuannya. Ziela tidak mahu Zana menerima nasib sepertinya. Ditipu oleh suami sendiri. Ziela berpendapat jika Zana tidak kahwin lagi bagus. Zana sedih dengan sikap ibunya itu.

Zana berasa kasihan pada ayahnya. Dia tahu yang ayahnya belum menceraikan Umi. Jadi dia bertekad menolong ayahnya berjumpa dengan Umi tanpa pengetahuan ibunya.

Akhirnya rahsia yang simpan oleh Khairi terbongkar jua. Budin terlihat Khairi di rumah Umi. Mereka kelihatan begitu mesra.

Budin memberitahu Ziela akan perkara itu. Mereka sepakat untuk menyerang Khairi dan Umi. Sangka mereka, Khairi dan Umi bersekedudukan memandangkan mereka dah bercerai.

Zana memberitahu ibunya yang ayahnya tidak menceraikan Umi. Ziela bengang apabila mendapati dirinya ditipu dan lebih bengang apabila mendapati Zana bersubahat dengan Khairi.

Setelah beberapa bulan berlalu, Umi mulai berasa sakit untuk bersalin. Zana dan Khairi menghantarnya ke hospital.

Ziela mulai mengenang kembali kata-kata suaminya. Dia mulai sedar dan ingin membetulkan keadaan.
Zana menyuruh ayahnya pulang dahulu memandangkan Umi belum bersalin lagi. Khairi akur dengan kata-kata Zana.

Di rumah, Khairi bersembahyang memohon kepada ALLAH SWT agar dipermudahkan Umi bersalin.
Ziela menyediakan barangan keperluan untuk dibawa ke hospital. Dia sudah sedar akan sikapnya yang keterlaluan itu.

Di hospital, setelah bertarung nyawa akhirnya Umi selamat melahirkan anaknya.

Ziela berasa hairan apabila mendapati suaminya belum keluar dari bilik. Dia segera melihat dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Khairi terbaring di atas sejadah. Ziela panik dan menjerit memanggil suaminya tetapi tiada jawapan. Tamat ...

Para pelakon :
Esma Daniel sebagai Khairi
Eira Shazira sebagai Zana
Aida Aris sebagai Ziela
Lisdawati sebagai Umi
Fauzi Nawawi sebagai Hassan
Fiz Fairuz sebagai Budin


* Best jugak jalan citenya ... cite sedih ... kisah rumah tangga khairi ... tapi yang kelakanya ibu nampak lebih muda dari anak .. haha ... tak sesuai la Aida Aris jadi maknya Eira Shazira ..... haha ....

No comments:

Post a Comment