Pages

Sunday, July 21, 2013

Sinopsis Cerekarama Korban Kasih

Malam minggu datang lagi .. seperti biasa tengok cerekarama kat tv3 ... lepas teman bujang kecik aku main bunga api ... cerekarama pun start ... terus duduk depan tv .. hehe ... layan cerekarama yang bertajuk korban kasih .. lakonan Intan Ladyana ngan Aiman Hakim ... mengisahkan tentang kemelut rumahtangga yang dibayangi oleh ibu yang tidak sukakan menantunya ... ibu yang mementingkan kedudukan dan kekayaan keluarga ... tetapi terpaksa menurut permintaan si anak kerana takut kehilangan si anak ... berpura baik dengan menantu di depan anaknya ... kemudian menghasut si anak menceraikan isterinya .. si anak yang tidak dapat menghidu taktik licik si ibu termasuk dalam perangkap dan terjadilah perpisahan .. setelah perpisahan barulah disedari bertapa dalamnya cintanya pada sang isteri ... hati bertambah parah bila mengetahui segala yang terjadi sebenarnya adalah rancangan si ibu ... haaaaa ... itu intro ... jom layan sinopsis cerekarama Korban Kasih yang di garap oleh aku berdasarkan pemahaman aku selepas menonton cerekarama korban kasih ni ... layannnnnn ...


Sinopsis oleh : aznanie

Engku Azimah terpaksa menurut kemahuan anak sulungnya, Azlan untuk mengahwini Shahanim meskipun dia tidak menyenangi gadis itu. Shahanim bukanlah menantu pilihan Engku Azimah. Engku Azimah tidak menyukai Shahanim yang dirasakan tidak setaraf dengan kedudukan dan kekayaan keluarganya. Tetapi dia terpaksa bersetuju untuk mengambil hati Azlan. Untuk memastikan Azlan terus berada di bawah kawalannya. Dia merancang sesuatu bersama Hakim, anak bungsunya.

Perkahwinan Azlan dan Shahanim dilakukan di hotel dan Azlan membawa Shahanim berbulan madu di sebuah tempat peranginan yang sungguh cantik pada pandangan Shahanim. Baginya, Azlan adalah seorang lelaki yang romantik dan cukup menyayangi dirinya. Percintaan dari zaman kolej di akhiri dengan ikatan perkawinan. Itu yang cukup membahagiankan Shahanim.

Shahanim tidak berapa bersetuju apabila Azlan memaklumkan yang mereka akan tinggal di rumah ibunya, Engku Azimah. Ini kerana Azlan telah berjanji dengan Engku Azimah sekiranya ibunya membenarkan dirinya berkahwin dengan Shahanim sebagai balasannya mereka berdua akan tinggal di rumah itu.

Engku Azimah mengambil orang gaji baru. Seorang gadis muda bernama Milah. Hakim begitu teruja dengan kecantikan rupa paras dan tubuh Milah. Dia selalu memerhatikan Milah dan sering mencari peluang untuk menjadikan Milah mangsanya.

Rupa-rupanya Milah adalah kawan baik Shahanim. Perkara itu makin menambahkan rasa kurang senang Engku Azimah. Keakraban Shahanim dan Milah dipandang jelek oleh Engku Azimah.

Akhirnya, Milah menjadi mangsa nafsu serakah Hakim yang dalam keadaan mabuk. Milah mengadu kepada Shahanim tentang perbuatan Hakim itu. Shahanim bersemuka dengan ibu mertuanya dan meminta Hakim bertanggungjawab akan perbuatannya itu tetapi Engku Azimah tidak mahu mempercayai tuduhan Shahanim dan memarahi Milah. Malah Milah dituduh sengaja memerangkap Hakim kerana mahu mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan anak orang kaya. Shahanim mahu melaporkan pada pihak polis tetapi dihalang oleh suaminya, Azlan.

Milah dihalau dari rumah. Hakim jugak sudah melarikan diri dari rumah itu. Dia takut kalau-kalau Shahanim memaksanya berkahwin dengan Milah dan membawa perkara itu kepada pihak polis. Engku Azimah mula menghasut Azlan. Dia menyuruh Azlan bertegas dengan Shahanim supaya tidak menolong Milah. Azlan yang termakan dengan kata-kata ibunya telah memberi kata dua berupa ugutan kepada Shahanim. Sekiranya Shahanim berjumpa dengan Milah lagi maka jatuhlah talak tiga ke atasnya. Shahanim betul-betul terkejut dengan kata-kata Azlan dan tahu bahawa itu adalah rancangan ibu mertuanya. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Milah menghubungi Shahanim memandangkan dirinya tiada tempat untuk mengadu selain dengan Shahanim. Dia memberitahu yang dirinya mengandung hasil dari perbuatan terkutuk Hakim itu. Shahanim tiada pilihan lain. Dia berjumpa juga dengan Milah walaupun tahu apa yang bakal berlaku pada rumahtangganya. Setelah berjanji akan membantu Milah menyelesaikan masalahnya, Shahanim pulang ke rumahnya dan Azlan sudah menunggunya di rumah bersama beg pakaiannya. Shahanim terpaksa menerima apa yang terjadi tanpa sedikit pun rasa menyesal.

Shahanim dan Milah menyewa sebuah rumah. Shahanim nekad membantu Milah walau apa cara sekalipun. Baginya Milah adalah kawan baiknya dan seharusnyalah dia berada di sisi Milah di saat Milah memerlukan sokongan darinya.

Akhirnya Azlan mengetahui segala rancangan jahat ibunya itu termasuk rancangan untuk memisahkan dirinya dengan Shahanim. Hatinya sakit apabila mengetahui rahsia itu. Barulah dia tahu sikap sebenar ibunya itu. Dia mulai menyesali apa yang terjadi. Dia berjumpa dengan Shahanim dan meminta Shahanim memberinya peluang kedua. Memandangkan mereka bercerai talak 3, maka Azlan terpaksa meminta bantuan kawan baiknya Zahim untuk membantunya.

Perhubungan Shahanim dengan Zahim mulai rapat. Dalam diam Zahim juga menaruh hati pada Shahanim tetapi tidak mengatakannya secara terangan. Dia tahu yang Shahanim masih mencintai Azlan begitu jugak sebaliknya. Zahim hanya mahukan mereka berdua bersatu semula dan hidup bahagia seperti dulu.

Hakim terpandang Milah dan Shahanim sedang membeli barangan baby. Dia terlihat perut Milah yang memboyot. Dia terkejut dan beredar dari situ. Pada malam itu, Hakim memecah masuk rumah Milah dan mahu membunuhnya. Mujur Shahanim terdengar jeritan Milah dan memukul Hakim sehingga Hakim melarikan diri dari rumah itu. Keadaan bertambah kelam kabut apabila Milah mengadu sakit dan Shahanim membawanya ke hospital.

Hakim mabuk lagi dan meracau menyebut tentang dirinya yang akan menjadi seorang ayah. Akhirnya dia dilanggar kenderaan dan cedera parah. Azlan yang kebetulan melalui kawasan itu ternampak kejadian itu dan meluru mendapatkan adiknya. Hakim sempat berpesan kepada abangnya, Azlan supaya menjaga anaknya.

Hakim meninggal dunia akibat dari kemalangan itu. Engku Azimah berasa sangat sedih dan mulai menginsafi segala perlakuan jahatnya dulu. Milah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Azlan membawa ibunya berjumpa dengan Milah dan anaknya. Engku Azimah menangis sambil memohon kemaafan dari Shahanim dan Milah. Dia menyesal dengan keangkuhan dan kesombongan dirinya dahulu.

Shahanim dan Azlan membuka lembaran baru dalam hidup mereka. Mereka menjadi kawan baik dan Zahim telah berkahwin dengan gadis lain yang sama taraf dengan dirinya. Mereka pergi lagi ke tempat peranginan yang pernah mereka pergi dahulu sewaktu berbulan madu tetapi kali ini hanya sebagai kawan baik sahaja. Tamat ....

Para pelakon :
Aiman Hakim sebagai Azlan
Intan Ladyana sebagai Shahanim
Puteri Chichi sebagai Milah
Normah Damanhuri sebagai Engku Azimah
Omar Mokhtar sebagai Zahim

 * Jalan cite yang menarik ... simple jek .. mudah difahami ... tak de la berbelit-belit ... bahasa yang digunakan pun biasa-biasa aje .. masih ada insan yang lebih mengutamakan sahabat baik lebih dari suami sendiri ... sanggup berkorban cinta dan rumahtangga demi sebuah persahabatan ... cayalah ... tak ramai yang sanggup kehilangan suami tercinta demi kawan baik yang dalam masalah ... tul tak???? hmmm ... tapi kalau dah tersurat begitu apa nak dikata ... si Azlan tu mama boy .. ikut  jek arahan ibunya .. bukan cakap salah ikut kata ibu .. tapi tengok la jugak ... tapi kan aku sebagai ibu suka kalau anak aku lebih kan aku .. hehe .. aku kan ibu diaorang ... isteri pulak kena la hormat ibu mertua dan menerima jika suami dia nak berkhidmat untuk ibu dia ... selagi si ibu tidak melampau batas kongkongan terhadap anaknya yang sudah beristeri itu ... gituuuuu .... hehe ... itu pandangan aku sebagai seorang ibu dan seorang menantu ... cewahhhh ....




No comments:

Post a Comment