Cerekarama datang lagi ... malam tadi turn cite sedih lagi ... sempena hari bapa .. highlight kisah kasih sayang seorang bapa ... pengorbanan seorang bapa .. penyesalan seorang bapa .. kesilapan dan keangkuhan seorang bapa ... semua la tentang bapa ... hehe .. cerekarama Embun Di Hati ni mengisahkan sepasang suami isteri, Imah dan Jasni yang dikurniakan seorang anak lelaki yang menghidap sejenis penyakit yang berkaitan dengan saraf ... doktor menjangkakan hayat anak mereka, Rizal tidak lama .. paling lama pun sehingga usianya menjejak remaja ... Jasni tidak dapat menerima hakikat dan pergi meninggalkan isteri dan anaknya ... Jasni menyalahkan Imah kerana anaknya tidak normal seperti anak orang lain ... dia marah dan malu dengan situasi itu .... hanya Imah yang bertungkus-lumus menjaga dan memastikan Rizal mendapat rawatan dan berusaha untuk memulihkan Rizal ... haaaaa ... itu intro ... jom layan sinopsis cerekarama Embun Di Hati ni ...
Sinopsis oleh : aznanie
Rizal dilahirkan normal tubuh badannya seperti kanak-kanak lain tetapi sebenarnya Rizal menghadapi penyakit saraf yang akan menganggu kehidupannya. Doktor menjangkakan hayat Rizal tidak lama. Paling lama cuma dapat bertahan sehingga usianya remaja sahaja. Ibunya, Imah tidak berputus asa. Ke mana sahaja ada peluang yang dirasakan dapat mengubati Rizal, dia akan pergi. Bomoh atau ustaz semuanya dia cuba tapi belum menampakkan hasilnya. Beribu ringgit habis dilaburkan ke arah itu.
Ayah Rizal, Jasni mulai putus asa. Hatinya memberontak dan tidak dapat menerima kenyataan yang anaknya berpenyakit. Dia menyalahkan Imah dan tidak mengaku Rizal dari keturunannya kerana keturunannya tidak ada yang berpenyakit sebegitu. Imah berasa sedih dengan tuduhan suaminya itu.
Jasni mulai serabut. Dia tidak boleh memandang Rizal. Perasaannya mudah marah dan menyalahkan takdir. Akhirnya, dia nekad meninggalkan rumah, isteri dan anaknya itu. Dia mahu mencari ketenangan. Imah tidak menyangka Jasni akan pergi meninggalkan dirinya dan Rizal. Sampai hati Jasni buat dia begitu. Ayah Imah lebih-lebih lagi. Marahnya pada Jasni tidak dapat dikatakan lagi.
Imah meneruskan rutin menjaga dan membawa Rizal mendapatkan rawatan di hospital. Namun begitu Imah tidak berputus asa mencari Jasni. Pada Shahadan iaitu adik Jasni di kirimkan pesan supaya menghubungi dirinya. Rizal merindui ayahnya sehingga masuk ke hospital.
Setelah 2 tahun berlalu, akhirnya Imah memohon fasakh dari Jasni. Dia tidak mahu digantung tak bertali seperti itu.
7 tahun sudah berlalu, Rizal sudah menjejak remaja. Doktor mengesahkan yang Rizal tidak dapat bertahan lebih lama kerana ada masalah pada jantungnya. Doktor meramalkan yang Rizal hanya ada setahun sahaja lagi untuk bertahan.
Imah sedih dengan hakikat itu tetapi menerimanya dengan redha. Dia berusaha lagi mencari Jasni. Shahadan orang yang dicarinya. Disampaikan berita yang diperolehi dari doktor. Perasaan kasihan Shahadan pada anak saudaranya, Rizal mendorong Shahadan bertemu dengan Jasni. Kehidupan Jasni sudah berubah menjadi mewah. Jasni menolak untuk bertemu dengan Rizal. Dia masih belum bersedia untuk bertemu dengan Rizal. Hatta dengan gambar Rizal sekalipun. Shahadan berang dengan sikap abangnya itu. Pertikaman lidah berlaku antara mereka. Akhirnya Shahadan pulang dengan rasa kecewa dengan penolakan abangnya itu.
Kepulangan Jasni bertemu Rizal di luar jangkaan Imah. Namun Imah menerimanya dengan hati terbuka. Kisah mereka sudah lama berlalu. Kini Rizal menjadi keutamaannya. Ayahnya yang pada mulanya tidak dapat menerima kedatangan Jasni akhirnya beralah demi cucunya Rizal.
Jasni membawa Rizal pulang ke bandar. Dia mahu menjaga dan menemani Rizal ke hospital. Walaupun berat hati Imah dan ayahnya untuk melepaskan Rizal tetapi melihat kesungguhan dan kegembiraan Rizal bertemu dengan ayahnya, mereka berdua akhirnya membenarkan Rizal mengikut ayahnya pulang ke rumah Jasni.
Di bandar, Jasni membawa Rizal berjalan-jalan. Apa sahaja yang Rizal mahukan semua di penuhi. Terjadi suatu kejadian di mana Rizal tidak bertemu ayahnya sewaktu keluar dari tandas. Rizal berjalan-jalan di luar shoping complex mencari bantuan. Dia ternampak balai polis bergerak dan meminta pertolongan dari mereka. Nasib baik Rizal memakai tanda nama yang memaparkan nama dan nombor telefon ibunya dan memudahkan pihak polis menghubungi keluarganya.
Jasni menghantar Rizal pulang ke rumah ibunya. Sewaktu dalam perjalanan pulang, Jasni diserang sakit perut. Sudah kerap benar dia diserang sakit perut tetapi dia tiak mahu pergi ke hospital. Dia hanya minum air milo panas dan berehat sehingga sakit perutnya reda. Dia hanya menyangkakan sakit perut yang dialaminya itu hanya gastrik biasa sahaja.
Di rumah Imah, Jasni meminta kebenaran untuk membawa Rizal pulang ke rumahnya pada setiap hujung minggu. Tujuannya hanya satu iaitu mahu mengeratkan lagi hubungannya dengan Rizal. Imah dan ayahnya hanya mengikut sahaja. Mereka berdua mahu Rizal gembira.
Sewaktu Jasni mahu pulang ke bandar, tiba-tiba dia rebah di muka pintu. Sebelum itu dia sudah diserang sakit perutnya tetapi ditahannya. Ayah Imah dan Imah kelam kabut mencari bantuan. Ayah Imah menyuruh Imah menelifon ambulan dan membawa Jasni ke hsopital.
Tiada siapa yang menduga. Jasni pergi dulu dari Rizal yang dijangka pendek hayatnya. Rupanya sakit perut yang dialami Jasni bukanlah sakit yang biasa dan itulah penyebab Jasni menghembuskan nafas terakhirnya. Nisa, isteri Jasni menyerahkan wasiat Jasni kepada Rizal dan Imah. Rupanya Jasni sudah menyiapkan bahagian yang sepatutnya diberi kepada Rizal dan Imah. Jasni mahu Rizal memperolehi kehidupan yang lebih baik dan selesa dari kehidupannya sekarang.
Dengan wang peninggalan Jasni itu, Imah gunakan untuk membeli kenderaan dan rumah yang berdekatan dengan hospital bagi memudahkan urusan membawa Rizal ke hospital dan mendapatkan Rizal rawatan yang lebih baik dari sebelumnya. Pada Rizal di sampaikan pesan supaya berusaha melawan penyakit yang dihadapinya dan tidak mudah menyerah kalah pada penyakitnya itu. Rizal berasa puas hati dan gembira kerana sempat bersama ayahnya. Tamat ...
Para pelakon :
Noor Khiriah sebagai Imah
Zamarul Hisham sebagai Jasni
Muhamad Fhazrill sebagai Rizal
Lagu tema :
Jangan menyerah - D'Masiv
Terbang - The Fly
Rapuh - Agnes Monica
Hingga akhir waktu - Nina Ball
Ayah - Seventeen
Terbang - Then Adly's
* Cite sedih ... penuh pengajaran dan pedoman .... mengalir air mata tengok cerekarama ni ... teringat anak aku pun sakit jugak ... dan alhamdulilah ... en.suami ku cukup tabah dan tak macam si Jasni ni yang melarikan diri dari keadaan ... tinggalkan anak tu ngan wife dia ... dah la wife dia cuma keja pasaraya jek ... tunggang langgang hidup dibuat si ayah tadi ... lepas dan kaya raya pun masih tak mahu amik pedulik kat anak yang sakit tu ... padan muka dia bila anak kedua dia pun kena sakit jugak ... pandai jek cakap keturunan dia tak de yang berpenyakit .. padahal memang gen dia yang bawak penyakit ... hiiissshhh geram aku ... tapi ye la kannn ... semua manusia melakukan kesilapan ... untung si Jasni ni ... Imah tu baik .. tak berdendam .. masih buleh terima penjelasan Jasni ... demi Rizal dia sanggup lakukan apa sahaja ... kalau aku ... aku pijak dulu si Jasni tu ... then baru leh terima penjelasan dia ... hahahaha ... brutal tak aku .... layan jekkk la yerrrrr ....
No comments:
Post a Comment