Turn tengok cerekarama ... haha ... tonton ngan anak-anak jek ... kali ni turn cite sedih .. lakonan mantap Rita Rudaini sebagai heroin ... memang jelas sedih la kannn ... hehe ... mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis lanjut usia atau andartu .... kesepian setelah kematian kedua ibubapa dia dalam kemalangan jalan raya ... dia selalu berdoa semoga dipertemukan jodoh untuk meneruskan kehidupan ... tetapi takdir tuhan mengatasi segalanya ... dia disahkan mengidap barah ... dia cuba menerima takdir hidupnya ... berusaha untuk merasai bahagia di saat-saat akhir hidupnya ... pertemuan dengan Shamsul membuka bahagia yang dicari selama ini ... tapi bahagia itu terlewat tiba ... apalah erti bahagia andai kematian sedang menanti dirinya ... nekad dia menolak bahagia yang ditunggunya ... tapi jodoh ... ajal dan maut bukan kita yang merancangnya ... haaaaa ... best tak introoo ... jom layan sinopsis cerekarama Takdir Cinta yang digarap oleh aku ...
Sinopsis oleh : aznanie
Zarina seorang gadis yatim piatu. Ibu dan ayahnya terkorban dalam nahas jalan raya. Zarina belum berumahtangga walaupun usianya sudah mencecah 40 an. Dia selalu menjadi mangsa kata umpatan rakan-rakan sekerjanya. Sudahlah andartu, tidak tahu berfesyen itu kata-kata yang sering dilemparkan kepadanya tetapi Zarina tidak pernah mengambil pusing akan perkara itu. Hanya Anis iaitu rakan serumahnya yang selalu membelanya.
Anis merupakan rakan sekerja dan serumah dengan Zarina. Anis agak sosial sedikit orangnya. Setiap malam suka melepak di kelab-kelab untuk berhibur. Pulang lewat malam. Zarina selalu menegur dan menasihati Anis supaya tidak terlalu liar dan menjaga kehormatan diri dan nama keluarga. Anis rimas dengan sikap Zarina yang selalu membebel padanya tetapi dia hanya mendiamkan diri kerana dia hormat dan sayangkan Zarina.
Zarina sering berasa pening kelapa dan batuk berdarah. Dia mendapatkan rawatan di hospital dan doktor mengesahkan yang dirinya menghidap barah dan dijangka hanya dapat bertahan selama 3 hingga 6 bulan sahaja. Zarina mulai menyalahkan takdir. Baginya takdir terlalu kejam pada dirinya. Dia tidak mahu mati kerana dia belum dapat merasa hidup berpasangan dan belum merasa indahkan jatuh cinta. Tetapi Mak Nab menasihatinya supaya menerima takdir tuhan itu dengan redha. Setiap kejadian ada hikmahnya. Sedikit sebanyak kata-kata Mak Nab itu meyakinkan Zarina dan dia mulai bangkit kembali.
Zarina nekad berhenti kerja. Dia mahu menikmati kehidupannya yang singkat itu. Dia merubah imej dirinya. Dia mulai menghias dirinya dan berpakaian anggun. Dia mengambil keputusan untuk bercuti di Cameron Highlands. Dia mengambil pakej berbulan madu. Hasratnya adalah ingin merasai suasana berbulan madu di kawasan peranginan.
Pertemuan dengan Syamsul di Cameron Highlands membenihkan perasaan cinta di hati Zarina. Dia akui berasa selesa bersama Syamsul walaupun baru berkenalan dengan jejaka itu. Dan tanpa diduga Syamsul juga berperasaan yang sama terhadapnya. Tetapi mengenangkan dirinya yang tidak dapat hidup lama, Zarina menolak hasrat Syamsul untuk mendekati dirinya dengan lebih rapat lagi. Zarina pulang ke Kuala Lumpur secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Syamsul.
Syamsul mencari Zarina. Kebetulan beg tangan Zarina tertinggal di hotel tempat dia menginap. Syamsul membuka barangan milik Zarina dan tanpa niat menbaca diari Zarina. Akhirnya, Syamsul berjaya bertemu dengan Zarina. Zarina marah apabila mengetahui yang Syamsul telah membaca diarinya.
Syamsul meminta pandangan rakan sepejabatnya. Dia mahu memiliki Zarina. Baginya Zarina adalah gadis yang dicarinya selama ini.
Syamsul memberanikan diri melamar Zarina tetapi ditolak oleh Zarina tanpa alasan yang kukuh. Syamsul terpinga-pinga dengan tindakan Zarina itu.
Akhirnya Anis menjadi mangsa teman lelakinya. Dia sangkakan Jeff serius mahu mengahwininya. Rupanya Jeff hanya mahu mengambil kesempatan pada dirinya. Jeff telah mengambil kesucian diri Anis sewaktu Anis mabuk dan membawanya ke hotel. Anis menyesal kerana tidak mendengar nasihat Zarina. Namun semua itu sudah terlewat. Nasi sudah menjadi bubur. Walau dia menangis air mata darah sekali pun, kesuciannya tidak akan kembali lagi. Anis membawa diri pulang ke kampung halamannya.
Zarina berpindah ke kampung datuknya. Dia mahu mengerjakan umrah bersama datuknya jika hayatnya masih ada. Syamsul berjaya menjejaki Zarina dengan bantuan Mak Nab. Syamsul memberitahu datuk Zarina tentang penyakit yang dideritai oleh Zarina. Datuknya terkejut dan bersedih dengan kenyataan itu.
Syamsul memarahi Zarina kerana merahsiakan perkara itu dari pengetahuannya. Zarina menegaskan yang dia tidak mahu menyusahkan sesiapa dan tidak mahu menerima cinta Syamsul sedangkan dirinya akan dipanggil Ilahi bila-bila masa sahaja. Syamsul tetap berkeras mahu mengambil Zarina sebagai isterinya. Akhirnya Zarina menerima lamaran Syamsul setelah diyakini oleh Syamsul. Tiada istilah terlewat seandainya jodoh sudah ditakdirkan untuk mereka. Tamat ...
Para pelakon :
Rita Rudaini sebagai Zarina
Azlee Khairi sebagai Syamsul
Dayana Roza sebagai Anis
Kismah Johar sebagai Mak Nab
Dato Aziz Satar sebagai datuk Zarina
Lagu Latar :
Bicara Hati - Joe Wings
Antara Aku Dan Dia - Dato Ahmad Nawab
Kau Yang Ku Tunggu - Dato Ahmad Nawab
* Cite sedih ... walaupun jalan cerita agak lemau sikit tapi masih buleh layan ... hehe ... cite ringan .. tak berat sangat ... bahagia di akhir hayat ... tapi bukan kita yang merancang jodoh dan kematian ... itu kerja ALLAH ... kita hanya merancang ... doktor hanya meramal ... tepat atau tidak itu urusan ALLAH .... itu intipati dalam cite ni ... jangan terlalu taksub dengan sesuatu perkara ... sebagai manusia kita kena berusaha .... bukan menyerah dan berputus asa ... gituuuuuu ... so sweet gandingan Rita Rudaini dengan Azlee Khairi ... sukeeee ... cam menjadi jek ... hehe ... layannnsss jek la yerrrr ...
No comments:
Post a Comment