Tauhu Sumbat
Bahan-bahan:
Tauhu - goreng sebiji-sebiji gitu (garing boleh .. tak nak garing pun boleh ... terpulang pada citarasa anda)
Timun - diracik memanjang
Lobak merah - dicelur dan diracik memanjang
Sengkuang - diracik memanjang
Taughe - dicelur
Bahan Utk Kuah :
Kacang tanah - digoreng dan ditumbuk
Bawang merah-ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Cili kering - diblend dan ditumbuk
Sedikit belacan - dibakar dan ditumbuk
Garam, gula dan ajinomoto - secukup rasa
Air asam jawa
Cara membuat kuah kacang :
Bahan tumbuk di tumis hingga garing
Masukkan kacang tanah dan air asam jawa
Tambahkan sedikit air lagi supaya kuah kacang berkuah
Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto
Biarkan seketika sehingga kuah mulai mengering sebentar
Tutup api
Cara membuat tauhu sumbat :
Tauhu yang telah digoreng tadi, di potong menyerong
Buat lubang ditengah tauhu tadi
Sumbatkan hirisan timun, lobak, taughe dan sengkuang ke dalam tauhu tadi
Tuangkan kuah kacang pada tauhu yang telah siap disumbat tadi
Dah pun siap ... boleh di ngap dengan selamatnya .. hehe
Makan tauhu sumbat dengan air tauhu ... semua produk tauhu .. haha .. gebussss la baby ... haha .. perasannn ... jemput makan semua ... tak sabo nak ngap ni .. hehe ...
No comments:
Post a Comment