Pages

Saturday, January 19, 2013

Sinopsis Cerekarama Nur Hidayah



Cerekarama Nur Hidayah ni dah tengok 2 minggu lepas .. tapi baru la ni baru berkesempatan nak buat sinopsis dia … huhu … busy la lately … wah .. gitu … cerekarama Nur Hidayah ni mengisahkan kehidupan seorang gadis yang bernama Nur Hidayah … watak Nur Hidayah ni dilakonkan oleh Faradiya … bergandingan dengan hero malaya Pierre Andre yang memegang watak Amril … Nur Hidayah mempunyai seorang adik perempuan bernama Nur Salihah … Nur Hidayah sangat sayangkan adiknya itu … dia sanggup melakukan apa sahaja demi adiknya … walau maruah diri menjadi cagarannya … perkahwinan yang disangka akan membawa bahagia rupanya hanya anganan … Nur Hidayah dibenci oleh ibu mertuanya (lakonan Dian P.Ramlee) … ibu mertuanya lebih sayangkan bekas menantunya dari Nur Hidayah … bekas isteri Amir (lakonan Lisdawati)  menghasut anak mereka, Sofi supaya membenci Nur Hidayah … kehidupan Nur Hidayah bertambah sengsara apabila Amril disahkan menghidap penyakit kelamin … kerana cara pergaulan bebas yang diamalkannya dahulu … Amril menyesal tapi nasi sudah menjadi bubur … keadaan diburukkan dengan tindakan ibu Amril yang membekukan semua akaun atas nama Amril … bagaimana kesudahan hidup Nur Hidayah dan Amir selepas itu??? … jeng .. jeng … jom layan jek la sinopsis cerekarama Nur Hidayah ni …


Sinopsis oleh : aznanie

Nur Hidayah adalah seorang gadis yatim piatu. Dia tinggal bersama adiknya, Nur Salihah. Adiknya masih menuntut di sebuah kolej. Nur Hidayah sanggup melakukan apa sahaja asalkan masa depan adiknya terbela. Dia bersusah payah mencari wang untuk memastikan adiknya itu meneruskan pelajarannya tetapi Nur Salihah tidak pernah menghargai usaha Nur Hidayah. Dia membenci Nur Hidayah. Padanya Nur Hidayah hanya berpura-pura baik di hadapanya.

Nur Salihah menjadi liar. Dia selalu ponteng kelas dan selalu lepak di kelab malam. Suatu hari, Nur Salihah bertemu dengan Amril. Amril adalah anak orang kaya yang tertekan hidupnya gara-gara kecewa dengan bekas isterinya yang lari meninggalkannya selepas melahirkan anak mereka. Sejak itu Amril berubah sikap. Dia mulai kenal kelab dan minuman keras. Sewaktu Amril mabuk, Nur Salihah membawa Amril balik ke rumah mereka. Nur Hidayah memarahi adiknya itu kerana membawa lelaki yang bukan muhrim ke rumah mereka. Dia takut sekiranya orang kampong tahu akan perbuatan Nur Salihah itu, namanya akan terlibat sama. Tetapi Nur Salihah tidak peduli akan kata-kata Nur Hidayah.

Nur Hidayah bermohan kepada ALLAH semoga dirinya dan adiknya dihindarkan dari malapetaka dan dia juga bermohon semoga Nur Salihah berubah dan tidak menjadi liar seperti sekarang. Sedang dia leka di dalam bilinya, tidak disedari yang Amril mengintainya dari luar bilik. Seperti ada suatu kuasa yang menarik Amril ke dalam bilik Nur Hidayah. Nur Hidayah yang terkejut dengan kehadiran Amril mulai keresahan dan ketakutan. Amril cuba menenangkan Nur Hidayah kerana dia tidak berniat jahat.

Tiba-tiba terdengar pintu rumah mereka diketuk orang. Nur Salihah yang terjaga dari tidurnya, membuka pintu dan di dapatinya orang kampung berkumpul di luar rumahnya sambil bertanyakan kereta yang terpakir di luar rumah mereka. Orang kampung masuk ke dalam rumah mereka dan ternampak Amril dan Nur Hidayah sedang berdua-duaan di dalam bilik. Nur Hidayah yang tidak menyangka akan kehadiran orang kampung berasa sangat terkejut dan panik.

Kisah penangkapan Amril di rumah Nur Hidayah menjadi kes mahkamah. Nur Hidayah berasa bimbang sekiranya adiknya didapati bersalah, pihak kolej akan membuangnya dari kolej. Jadi, Nur Hidayah mengaku yang Amril itu adalah kekasihnya. Dan penangkapan itu tiada kena mengena dengan Nur Salihah.

Nur Salihah berasa bengang dengan perbuatan Nur Hidayah itu. Baginya, Nur Hidayah tidak layak mencampuri urusan kehidupannya. Nur Salihah memberitahu Nur Hidayah yang dia akan ke luar Negara bersama kekasihnya. Nur Hidayah tidak mahu Nur Salihah pergi ke luar negara kerana adiknya akan bertambah tersesat sekiranya berada di sana. Dia meminta bantuan Amril. Amril memberikan Nur Salihah sejumlah wang tetapi Nur Salihah tetap dengan keputusannya.

Amril berjanji akan membantu Nur Hidayah memujuk Nur Salihah dengan syarat Nur Hidayah sudi menjadi isterinya. Nur Hidayah tersentak tetapi akhirnya bersetuju dengan syarat Amril itu. Ibu Amril begitu menentang kemahuan Amril itu. Begitu juga dengan anak perempuan Amril, Sofi. Sofi tidak mahu ayahnya berkahwin denga perempuan lain kerana dia mahukan ayahnya bersama semula dengan ibunya.

Kemunculan bekas isteri Amril iaitu ibu Sofi lebih memburukkan suasana. Dia menghasut Sofi supaya membenci Nur Hidayah. Begitu juga dengan ibu Amril. Hasutan demi hasutan membuatkan perasaan benci pada Nur Hidayah semakin memuncak. 


Amril selalu demam. Nur Hidayah membawanya bertemu dengan doktor. Dan doktor mengesahkan yang Amril menghidap penyakit kelamin. Penyakitnya sudah ditahap serius dan sukar untuk di pulihkan kerana organ dalaman tubuhnya sudah di jangkiti virus itu. Amril menyesal dengan tindakannya bertukar-tukar pasangan dahulu. Kini dia menanggung akibat dari perbuatannya.

Ibu Amril mulai menjalankan rancangannya. Dia membekukan semua harta yang dibawah nama Amril. Dia berpendapat sekiranya Amril sudah tidak ada wang, dia akan kembali semula kepadanya dan akan meninggalkan Nur Hidayah. Tetapi sangkaannya meleset. Nur Hidayah membawa Amril pulang ke kampungnya. Ibu Amril meletakkan semua urusan perniagaannya di atas nama bekas menantunya. Dia amat percayakan bekas menantunya itu. Kata-kata nasihat dari suaminya langsung tidak diendahkan.

Nur Hidayah menjaga Amril yang semakin tenat dengan penuh sabar. Tubuh Amril sudah ditumbuhi dengan kudis-kudis yang bernanah dan berdarah. Pak Su dan Mak Su nya setia membantunya. Mereka menganggap Nur Hidayah seperti anak mereka sendiri. 


Suatu hari, tergerak hati Nur Hidayah untuk menziarahi ibu dan ayah mertuanya di Kuala Lumpur. Sesampainya di sana, Nur Hidayah terkejut apabila mendapati rumah mertuanya tidak terjaga. Dia masuk ke dalam rumah itu. Dia mencari-cari orang di dalam rumah itu dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat ibu mertuanya sedang duduk di hadapan bilik tidurnya dengan bau najis yang sungguh menyengat hidungnya. Nur Hidayah membantu membersihkan ibu mertuanya itu. Dia memberi ibu mertuanya itu makan. Ibu mertuanya sudah tidak mengenali dirinya dan seperti orang yang tidak siuman. Nur Hidayah terkejut apabila mendapati yang ibu mertuanya bercakap sendirian seolah-olah dihadapannya ada orang lain yang melayaninya bercakap. Dia melihat ibu mertuanya itu seperti meminta maaf dari ayah mertuanya. Nur Hidayah hairan kerana ayah mertuanya tiada di rumah itu.

Nur Hidayah membawa ibu mertuanya balik ke rumahnya di kampung. Ibu mertuanya ketakutan melihat Amril yang terbaring lesu di katilnya. Dia menyembunyikan dirinya di tepi katil sambil mengintai-intai Amril yang mengerang kesakitan itu.

Nur Hidayah terpaksa berkerja sebagai guru mengaji Al-Quran di kampung sebelah untuk menampung kehidupan mereka. Dia terpaksa meminta bantuan Pak Su dan Mak Su nya untuk menjaga suaminya, Amril dan ibu mertuanya sewaktu ketiadaannya. 


Malam itu, Nur Hidayah bermimpi yang Amril sudah meninggal dunia. Nur Hidayah tersentak dan berpaling kearah Amril  di sebelahnya. Dia mengerakkan tubuh Amril dan ternyata Amril sudah tiada. Nur Hidayah menangis. Dia kehilangan suami yang sangat di cintainya tetapi dia bersyukur kerana segala kesakitan dan penderitaan yang ditanggung Amril sudah berakhir.

Sofi mendapat alamat rumah Nur Hidayah di kampung. Dia menuju ke sana kerana dia sudah tiada sesiapa lagi di Bandar. Sesampai di rumah Nu Hidayah, dia diberitahu yang ayahnya sudah tiada. Sofi meraung dan menyesal kerana tidak sempat meminta ampun dari ayahnya. Nur Hidayah menenangkannya dan memberitahu yang ayahnya sudah lama memaafkan dan mengampunkan semua kesalahan Sofi. Sofi menceritakan apa yang terjadi setelah Nur Hidayah dan Amril pulang kekampung. Neneknya memindahkan semua harta bendanya ke atas nama ibunya dan datuknya meninggalkan dunia kerana serangan jantung akibat dari pertengkaran bersama ibunya itu. Kemudian, ibunya membawanya ke luar negara dengan semua harta benda milik neneknya. Selama 2 tahun dia di sana, akhirnya ibunya di tangkap oleh pihak polis kerana cubaan mengedar dadah. Setelah ibunya ditangkap, Sofi pulang ke Malaysia dan mencari neneknya tetapi dia terjumpa alamat Nur Hidayah yang ditinggalkan di rumah itu.

Sofi mahu pergi dari situ kerana menganggap dirinya sudah tiada siapa-siapa lagi di situ. Neneknya sudah tidak mengenali dirinya dan ayahnya juga sudah tiada. Nur Hidayah menghalangnya dan mahukan dia tinggal bersamanya. Nur Hidayah meyakinkan Sofi yang mereka berdua sama-sama tiada sesiapa lagi. Dan dia mahu Sofi menerimanya sebagai ibunya. Sofi menangis dan memeluk Nur Hidayah. Tamat …

Para pelakon :
Faradhiya sebagai Nur Hidayah
Pierre Andre sebagai Amril
Dian P. Ramlee sebagai Ibu Amril
Lisdawati sebagai Ibu Sofie
Eliza Loy sebagai Sofie

* Jalan cerita yang cukup menyayat hati … muka Faradhiya ni kalau bawak watak sedih asik nak mencebik jek … hehe … tapi menjadi jugak lakonan dia … watak orang kampung yang miskin … kena pakai tudung labuh lagi .. tak nampak dah rambut dia yang kerley2 tu … haha … apapun gandingan dengan Pierre tu tak menjadi sangat … tapi buleh la … ending sad … Amril mati .. tu memang dah jangka la … mak mertua dia … mengalami gangguan mental akibat tertekan dengan perbuatan bekas menantu dia ngan dosa dia kat suami dia .. tak sempat mintak ampun … suami dia dah meninggal … isteri derhaka dia ni … asyik nak melawan kata suami dia jek … tak de rasa hormat kat suami … balasan ALLAH kat dunia dah rasa …. Yang si Sofi baru tau perangai sebenar mak dia … dia ingat mak dia tu baik sangat la … rupanya kaki belit … kaki songlap … last2 kena tangkap mengedar dadah … baru Sofi tau yang Nur Hidayah tu tak jahat seperti yang dicanang oleh mak ngan nenek dia … tapi dia kesal kerana tak sempat nak jumpa ayah dia … dia nak mintak maaf dan ampun sebab kurang ajar dengan ayah dia … huhu … banyak pengajaran cite ni … buat jahat di balas jahat … buat baik akan dapat ganjaran akhirnya … setiap yang berlaku ada hikmahnya … sabar buahnya manis sekali … ok … layannnn

No comments:

Post a Comment