Pages

Sunday, December 09, 2012

Sinopsis Cerekarama 'Cinta Dari Syurga'

Baru lepas tengok cerekarama kat tv3 ... cerita yang penuh dengan pengajaran ... kisah pergolakan rumahtangga .. delima seorang isteri yang tidak mampu memberikan apa yang diingini oleh suaminya ... tambahan pula suaminya tidak mencintai dirinya ... suaminya masih mengingati kekasih lamanya ... si isteri pasrah dan melakukan pengorbanan terbesar dalam hidupnya ... dia mengizinkan suaminya berkahwin dengan kekasih lamanya ... dia berharap suaminya akan dapat berlaku adil tetapi apa yang diharapkannya tidak berlaku ... dirinya tersisih dan dipinggirkan ... haaaa ... best tak intro ... hehe .. jom la layan sinopsis cerekarama Cinta Dari Syurga ni ....


Sinopsis oleh : aznanie

Zarul Aiman mencintai Hannan. Hannan juga begitu. Ibu Zarul mahukan Zarul memilih calon isteri yang menutup aurat dan lebih berpegang kuat pada agama. Zarul tidak bersetuju dengan pandangan ibunya. Padanya, tidak semestinya orang yang tidak menutup aurat itu buruk akhlaknya. Hannan seorang gadis yang baik dan pandai menjaga dirinya walau dari keluarga yang kaya, Hannan tidak menyombong dan masih mahu berkawan dengan dirinya yang dari keluarga yang sederhana.

Pertemuan pertama Zarul dengan Damia tidak membawa apa-apa kesan dalam diri Zarul. Tetapi tidak pada Damia. Dia selalu terbayangkan Zarul dan tanpa disedari perasaannya itu membuahkan rasa cinta kepada Zarul. Tetapi dia tidak meluahkannya kepada sesiapa walaupun dia agak rapat dengan ibu Zarul lantaran ibu Zarul mengikuti kelas agama anjuran ayah Damia.


Hannan menyambung pelajarannya ke luar negara. Zarul berasa bimbang dengan pemergian Hannan kerana Hannan pergi bersama Hazim, kawan rapatnya sejak kecil. Zarul berasa cemburu dengan kemesraan mereka. Hannan meyakinkan Zarul yang antara mereka memang tidak ada sebarang perhubungan. Tetapi akhirnya, hubungan cinta mereka retak jua angkara fitnah orang. Zarul yang sememangnya di lambung rasa cemburu terus mempercayai kata-kata Tini, bekas teman wanitanya dulu. Tini sememangnya berdendam dengan Zarul dan sengaja mengada-adakan cerita tentang Hannan yang kononnya berlaku curang pada Zarul. Kerana terlalu berang dengan sikap Zarul, Hannan mencabar Zarul supaya berkahwin dengan Damia yang merupakan calon pilihan ibunya.

5 tahun sudah berlalu. Sepanjang masa itu jualah, Zarul sentiasa mengikuti perkembangan diri Hannan melalui facebooknya. Perbuatannya itu diketahui oleh isterinya, Damia. Luluh hati isterinya apabila melihat suami kesayangannya masih menyayangi kekasih lama. Damia tahu yang Zarul tidak pernah mencintainya. Tambahan pula, Damia tidak dapat melahirkan anak untuknya.

Damia membuat keputusan untuk melakukan check up di hospital yang lain. Dia hanya mahukan kepastian. Zarul memarahinya kerana merasakan perbuatannya itu adalah satu perbuatan yang sia-sia. Dia yakin yang masalah adalah dari Damia. Damia yang mandul. Dia tidak mahu pergi ke hospital bersama Damia.

Damia pergi ke hospital seorang diri. Apabila melihat doktor yang merawatnya, dia yakin yang doktor itu adalah Hannan, kekasih lama suaminya. Damia meminta Hannan menerima kembali Zarul. Dia merancang untuk mempertemukan mereka. Pada awalnya, Hannan menolak hasrat Damia untuk menyatukannya dengan Zarul tetapi setelah bertemu kembali, hatinya mulai terbuka untuk menyambung semula percintaannya dengan Hannan.

Akhirnya, Zarul dan Hannan di satukan. Damia redha dengan apa yang terjadi walaupun perit baginya. Setelah berkahwin, Zarul terus mengabaikan Damia. Ada-ada sahaja alasan yang diberikan untuk tidak pulang ke rumah Damia. Dia lebih senang bersama Hannan. Isteri yang amat dicintainya itu. Setelah Hannan disahkan mengandung, Zarul tidak lagi memperdulikan Damia. Seluruh perhatiannya hanya untuk Hannan. Damia hanya dapat tengkingan dan herdikan dari Zarul jika dia pulang bertemunya.

Damia tidak mampu lagi menahan perasaannya. Dia tidak mahu Zarul terus-terusan di himpit dosa kerana tidak berlaku adil padanya. Dengan berat hati, dia meminta Zarul melepaskannya. Zarul yang sememangnya tidak mencintainya, terus bersetuju dengan cadangan Damia itu.

Hannan tidak bersetuju dengan Zarul yang begitu mudah mahu melepaskan Damia. Hannan menyalahkan Zarul yang tidak menghargai Damia. Zarul pelik dengan sikap Hannan yang mempertahankan Damia. Hannan memberitahunya yang Damialah yang bertanggungjawab menyatukan mereka dahulu. Zarul hanya terdiam mendengar kata-kata Hanan itu.

Hannan cuba memujuk Damia supaya berbaik semula dengan Zarul. Tetapi Damia tetap dengan keputusannya. Dia tidak mahu terluka dan terus terluka selamanya. Dia tidak mahu menagih cinta dari seorang lelaki sedangkan cintanya pada YANG ESA banyak kekurangannya. Lagipun, dia yakin yang Zarul memang tidak dapat berlaku adil padanya.

Zarul mulai terkenangkan saat-saat Damia masih bersamanya. Segala layanan Damia padanya sungguh menyentuh perasaannya. Dia kehilangan saat-saat manis itu. Hannan yang selalu sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor, sedikit sebanyak membuatkan Zarul sering ditinggalkan keseorangan di rumah.

Zarul cuba memujuk Damia supaya berbaik dengannya. Di sesi kaunseling, berlaku pertikaman lidah antara keduanya. Dan akhirnya, setelah gagal mencapai kata sepakat untuk berbaik semula, Zarul melafazkan talak satu ke atas Damia.

Setelah pemergian Damia, Zarul mulai merasakan yang dia mencintai Damia sebenarnya. Dia tidak merasakan sehinggalah Damia meninggalkan dirinya. Kini dia menanggung rasa bersalah itu di dalam hatinya. Dia selalu mengikuti perkembangan diri Damia melalui facebook seperti yang dilakukannya dahulu pada Hannan. Kini Hannan pula merasai apa yang dirasakan oleh Damia dahulu.

Para pelakon :
Azlee Khairi sebagai Zarul Aiman
Foziah Gaus sebagai Damia
Anzalna Nasir sebagai Hannan

* Sedih cite ni ... pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah dihargai oleh suami dia ... suami dia asik menyalahkan dia jek ... kesian kat Damia .... ingatkan lepas kahwin boleh berlaku adil ... rupanya tak ... Damia disisihkan ... Zarul asik berkepit jek dengan si Hannan tu .... kalau balik umah pun, kena marah .. kena tengking dengan Zarul jek ... lama-lama tak tahan juga si Damia ... dia mintak Zarul lepaskan dia .. selamba jek Zarul setuju ... geram betul aku .. hehe ... bila dah tak duduk sama barulah nampak segala kebaikan Damia ... kasih sayang Damia pada dia ... cara layanan Damia pada dia ... baru perasaan yang sebenarnya dia cintakan Damia ... tapi dah terlambat ... perasaan Damia dah tepu ... dah tak dapat nak bersama ngan Zarul semula walau Zarul merayu pada dia ... hahahha ... padan muka Zarul ... last-last .. jadi macam dulu balik ... sibuk tengok facebook Damia pulak ... dulu sibuk tengok facebook Hannan ... sekarang dah terbalik pulak ... Hannan pula yang cemburu dengan kelakuan Zarul tu .... kita tidak akan menyedari perasaan cinta pada seseorang sehinggalah saat kita kehilangannya ... gituuuuu ... layannnn .... 

15 comments:

  1. wak pon dh lama X tengok drama tv jugakkk.. uhhuuU

    ReplyDelete
  2. terima kasih coz mencoret sipnosis cerita ni,sy xtgk coz nnt mula bersangka buruk pd hubby..huhuhu.. sy mudah terpengaruh dgn cerita (terlalu menghayati)..
    So, Damia memang mandul ke?? kesian dia..dia kawin lain x??

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Boleh tak senaraikan semua lagu dalam drama Cinta Dari Syurga? Banyak lagu-lagu tu yang sedap-sedap. Saya nak cari lagu-lagu tu semua untuk dibuat koleksi.

    Thanks.

    ReplyDelete
  4. salam Si Pencari Pelangi ...
    kesian kat Damia kan ... dia tak leh mengandung sebab masalah dalaman perut dia ... kan ada masa ayah dia tanya, sengugut dia teruk sangat ... kalau ikut penghabisan cerita tu, Damia tak kahwin ngan sesiapa ... dia sambung belajar kat Jordan dan berbakti pada anak-anak dan penduduk kat sana ... si Zarul pulak yang jadi gila bayang ... asik sekodong fb Damia jek ... apa pun cite ni memang banyak pengajarannya ... yg buruk jadikan sempadan... yg baik jadikan tauladan ... gituuuu ...

    Thanks yer sudi singgah blog akak n sudi memberi komen di sini ...:)

    ReplyDelete
  5. salam ...

    Lagu2 dlm cerekarama Cinta Dari Syurga ni banyak ... antaranya :
    1. Kau selalu di hati ku - Ernie Djohan
    2. Indah cinta ku - vaneesa Angel ft Nicky Tirta
    3. Cinta takkan salah - Derby Romero ft Gita Gutawa
    4. Butiran debu - Rumor
    5. Tak terpilih - Asbak Band
    6. Pelangi di malam hari - vidi Aldiano
    7. Mencintaimu sampai mati - Utopia
    8. Ambil jiwaku - Derby Romero
    9. Seluruh nafas ini - Last child ft Giselle
    10. Ketika semuanya harus berakhir - Naff

    Thanks yer sudi singgah blog akak n beri komen di sini .. harap info ni dpt membantu ... selamat mencari ... hehe

    ReplyDelete
  6. Ya Allah,

    Terima kasih sangat2 akak kerana bersusah payah membantu saya. Alhamdulillah. Banyak lagu2 dalam drama tu yang saya suka. Cerita tu pun sangat best jalan ceritanya.

    Semoga Allah memberi pertolongan kepada akak sekeluarga ketika akak benar2 memerlukan pertolongan. Insya Allah. :)

    ReplyDelete
  7. Salam Kak.. lagu yang last dalam credit tu lagu ape eh?

    ReplyDelete
  8. nama lagu yg ahkir nama apa

    ReplyDelete
  9. suka lagu butiran debu (by rumor). lagu ni meletop kat indon.. best.

    ReplyDelete
  10. Lagu Butiran Debu memang sangat populer di Indonesia, saya sangat suka.

    ReplyDelete
  11. saya baru liat film ini di youtube..
    terimaksih sudah berbagi sinopsisnya..

    ReplyDelete
  12. Salam , ni nak kongsi satu lagi lagu dalam cerita ni . Lagu yang akhir . Pasto- Jujur aku tak sanggup

    ReplyDelete
  13. Nak tanye sikit , director film ne siape ? Saye ade buat tugs sikit. Mohon bantu ye. Thank you

    ReplyDelete
  14. inspiratif sekali....bagus banget....;

    ReplyDelete