Arang And The Magistrate
Episod 16
Sinopsis oleh : aznanie
Sambungan Episod 15 ...
Arang teringakan yang tempat itu adalah di atas bukit di mana dirinya pernah di tinggalkan setelah ditikam oleh seseorang. Dia terkejut apabila mendapati orang yang membawa ibu Gim Eun Oh ke situ adalah Ju Wal.
Gim Eun Oh berdiri di luar bilik Arang. Dia teringat janjinya pada Arang untuk menceritakan segalanya kepadanya. Gim Eun Oh berasa bersalah kerana dia yakin yang kematian Arang pasti ada kaitan dengan ibunya. Sebab itu dia tidak sampai hati untuk memberitahu Arang cerita yang baru diketahuinya itu.
Arang tertanya-tanya kenapa Lee Seo Rim berada di pondok di atas bukit itu bersama Ju Wal. Arang berdiri di hadapan bilik Gim Eun Oh. Dia tahu yang Gim Eun Oh tidak berada di dalam bilik kerana kasutnya tidak ada di situ.
Gim Eun Oh terlihat Arang di hadapan biliknya. Dia mengajak Arang masuk ke dalam biliknya dan menceritakan semua tentang pertemuannya dengan ibunya. Arang terkejut apabila mendapat tahu tentang berita itu. Gim Eun Oh mahu mencari ibunya untuk mengetahui cerita sebenarnya. Gim Eun Oh juga terkejut apabila mendapat tahu yang guru yang mengajarnya berlawan dengan hantu itu sebenarnya adalah Jade Emperor.
Arang teringat segala kejadian antara mereka bagai dirancang oleh Jade Emperor. Segalanya bermula dengan cucuk sanggul itu. Jade Emperor menjadi guru Gim Eun Oh kemudian Arang di hantar semula ke dunia juga oleh Jade Emperor. Walaupun begitu mereka tidak tahu apakan sebenarnya yang dirancang oleh Jade Emperor dengan menggunakan mereka.
Arang meminta Gim Eun Oh menolongnya mencarikan pengasuh Lee Seo Rim yang telah mati dibunuh. Dan dia mahukan Gim Eun Oh memberikan keadilan kepada pengasuh Lee Seo Rim itu.
Gim Eun Oh mengarahkan Dol Soe dan para pengawalnya mencari mayat pengasuh Lee Seo Rim di dalam hutan. Gim Eun Oh menyuruh mereka mencari mayat itu sehingga berjumpa.
Dol Soe meminta semua para pengawal mencari mayat pengasuh Lee Seo Rim dengan bersungguh-sungguh kerana disebabkan baru lepas hujan pada malamnya. Banyak daun yang gugur dan menyukarkan mereka mencari mayat pengasuh itu.
Akhirnya, mayat pengasuh Lee Seo Rim di jumpai. Dol Soe segera memberitahu Magistrate Gim Eun Oh tentang penemuan mayat itu. Gim Eun Oh melihat mayat pengasuh Lee Seo Rim. Dia teringat kata-kata pengasuh itu yang mendoakan dirinya sihat sejahtera selalu dipertemuan mereka dahulu sewaktu urusan pengebumian mayat Lee Seo Rim.
Tanpa disedarinya, Arang mengekorinya. Arang mahu melihat mayat pengasuhnya itu. Gim Eun Oh menghalangnya. Dia tidak mahu Arang melihat mayat pengasuhnya. Dia tidak mahu Arang berasa sedih sebagaimana sewaktu Arang melihat mayat Lee Seo Rim dahulu.
Arang tetap mahu melihat mayat pengasuhnya dahulu. Dia berjalan ke arah mayat pengasuhnya. Dia duduk di sisinya dan membuang kotoran di kepala pengasuhnya itu. Dia menyelubungi mayat pengasuhnya agar dia tidak kesejukan. Magistrate Gim Eun Oh menghampirinya dan meminta Arang mencari tanda pengenalan diri orang yang membunuh pengasuhnya itu. Arang menjumpainya dan Gim Eun Oh menyuruh Dol Soe membersihkan mayat pengasuh itu dengan penuh penghormatan dan membawanya balik ke pejabatnya. Dol Soe mahu menangkap pembunuh pengasuh itu.
Dol Soe berjumpa dengan orang suruhan Lord Choe, Geo Deol. Dia memberitahu Geo Deol yang Magistrate Gim Eun Oh menyuruhnya menangkap Geo Deol kerana telah melakukan pembunuhan ke atas pengasuh Lee Seo Rim. Geo Deol tidak mengaku tetapi setelah di tunjukkan papan tanda pengenalan dirinya ada pada pengasuh itu, Geo Deol mulai mengelabah. Dol Soe menumbuk Geo Deol dan menyuruh para pengawalnya menangkap dan membawa Geo Deol ke pejabat Magistrate.
Pembantu Ju Wal memberitahu Lord Choe tentang penangkapan Geo Deol yang disabitkan dengan pembunuhan pengasuh yang bekerja di pejabat Magistrate dahulu. Ada bukti juga menyatakan yang Geo Deol sebagai pembunuh dengan penemuan tanda pengenalan dirinya di badan mayat itu. Lord Choe memarahi Geo Deol kerana meninggalkan bukti dan tidak membuat kerja dengan sempurna. Lord Choe menyalahkan Magistrate Gim Eun Oh di atas penangkapan Geo Deol itu. Dia menyuruh Lee Bang datang bertemu dengannya.
Penduduk Miryang mulai mempercayai kehebatan Gim Eun Oh dalam menjalankan tugasnya sebagai Magistrate di Miryang itu. Dengan tertangkapnya Geo Deol membuktikan yang Magistrate Gim Eun Oh tidak takutkan Lord Choe dan berani menentang segala kezaliman dan kekejaman Lord Choe terhadap penduduk di Miryang itu.
Ju Wal bertemu dengan Lady. Dia bertanya adakah dia yang membunuh Lee Seo Rim. Lady mengiyakannya. Kerana Lee Seo Rim telah melihat apa yang mereka lakukan di malam itu dan sememangnya Lee Seo Rim harus mati. Lady memberitahunya yang dia telah memadamkan ingatan Ju Wal kerana hati Ju Wal yang terlalu lembut itu telah memaksanya bertindak begitu. Lagipun Ju Wal yang meminta dia memadamkan ingatannya setelah melakukan tugasan membunuh mangsanya pada setiap malam bulan mengambang. Hanya dengan cara itu Ju Wal dapat meneruskan kehidupannya. Dia bertanya kenapa Lee Seo Rim mengekorinya pada malam itu. Lady berkata dia tidak tahu dan sekiranya Ju Wal berpeluang bertemu lagi dengan Lee Seo Rim, dia menyuruh Ju Wal bertanyakan sendiri soalan itu kepada Lee Seo Rim.
Lady berpendapat yang belum masanya untuk memberitahu Ju Wal yang Arang itu sebenarnya adalah Lee Seo Rim. Dan dia merasakan sememangnya dia tidak akan memberitahu Ju Wal akan perkara itu.
King Yama membuat andaian yang Jade Emperor tidak menyangka yang kekuatan semangat ibu Gim Eun Oh apabila melihat Gim Eun Oh sebegitu sehinggakan membuatkan Mu Yeon kehilangan tenaga dan menjadi lemah sebegitu. King Yama juga mengandaikan yang Jade Emperor tahu yang Mu Yeon tidak akan dapat memiliki roh pada malam bulan mengambang yang lepas selepas Ju Wal menjadikan Arang sebagai mangsanya. Jade Emperor meniyakan semua andaian King Yama itu. King Yama memperlinya kerana sepatutnya Jade Emperor mengetahui apa yang akan berlaku kerana semuanya di dalam kawalannya. Jade Emperor berkata dia memang sukakan kejutan. Sebab itu dia percayakan manusia. Hati manusia mampu memberikan kekuatan yang tidak dijangka oleh apa pun. King Yama malas mahu berhujah lagi dengan Jade Emperor dan bertanya samada Mu Yeong masih dijadikan percubaan dalam rancangan Jade Emperor.
Mu Yeong tidak tahu cara bagaimana untuk menyelamatkan Mu Yeon. Dia berfikir lebih baik dia menghapuskan sahaja Mu Yeon dengan tangannya untuk mengakhiri semua kemelut itu. Dia teringat perbualan terakhirnya dengan Mu Yeon. Mu Yeon memberitahunya yang dia mahukan kehidupan di dunia manusia. Dia tidak mahu tinggal di syurga yang tidak mengizinkan mereka memiliki atau mempunyai apa-apa perasaan. Dia rindukan dunia manusia.
Arang pergi kembali ke bukit di mana dirinya ditinggalkan setelah ditikam. Tempat yang sama Lee Seo Rim pergi sebelum kehilangannya dahulu. Dia berharap dia akan mengingati kembali semua peristiwa yang terjadi pada Lee Seo Rim jika dia ke situ lagi.
Ju Wal baru keluar dari pondok tempat persembunyian Lady. Dia teringat kata-kata Arang, yang ada seorang wanita yang menyimpan perasaan cinta yang amat mendalam dalam hatinya terhadap dirinya. Dia mulai teringat dia pernah mengendong seorang perempuan yang dia yakin perempuan itu telah mati dan dia amat yakin yang gadis itu adalah Lee Seo Rim.
Arang terpandang Ju Wal. Dia terkejut apabila mendapati Ju Wal berada di situ. Dia menghampiri Ju Wal dan ternyata Ju Wal juga terkejut dengan kehadiran Arang di situ. Arang bertanya kenapa Ju Wal berada di tempat itu. Ju wal juga bertanyakan soalan yang serupa kepada dirinya. Arang memberitahu yang dia pernah berada di situ dahulu. Dia juga memberitahu ada pondok yang ditinggalkan di situ. Ju Wal terkejut dengan kata-kata Arang itu. Melihat keadaan Ju Wal itu, Arang mengandaikan yang Ju Wal juga mengetahui perkara itu. Tetapi Ju Wal menafikannya dan bergegas mahu pergi dari situ. Langkah Ju Wal terhenti apabila terdengar suara Arang yang bertanyakan di mana dirinya sewaktu Lee Seo Rim mati di tempat itu. Ju Wal hanya berlalu tanpa jawapan.
Arang berasa sangat sedih. Dia bagai dapat merasakan yang Ju Wal ada kaitan dengan kematian Lee Seo Rim tetapi dia tidak ada bukti dan tiada pengakuan dari Ju Wal sendiri. Tanpa disedari airmatanya mengalir tanpa henti.
Gim Eun Bul iaitu ayah Gim Eun Oh datang ke Miryang bertemu dengan Gim Eun Oh. Sebenarnya dia hanya perlu membalas sahaja pesanan Gim Eun Oh melalui surat tetapi hatinya mahu melihat sendiri keadaan anaknya, Gim Eun Oh. Kedatangannya meresahkan ketiga-tiga pegawai kerajaan di pejabat Magistrate itu. Mereka takut apabila Lord Choe tahu akan kedatangan Gim Eun Bul ke situ pasti akan timbul kekecohan kerana Lord Choe memang tidak menyukai Gim Eun Bul yang menyebabkan dia dibuang ke Miryang itu.
Gim Eun Oh memberitahu ayahnya yang ibunya datang ke Miryang semata-mata mahu mencari Lord Choe. Dia mahu ayahnya menceritakan apakah hubungan di antara Lord Choe dengan ibunya. Pada mulanya ayahnya berat mahu menceritakan tetapi setelah melihat kesungguhan Gim Eun Oh akhirnya dia memberitahu Gim Eun Oh cerita sebenarnya.
Menurut ayahnya, ayah ibu Gim Eun Oh dahulu adalah seorang pegawai kanan kerajaan. Lord Choe juga adalah pegawai kerajaan tetapi dia banyak melakukan salah laku di dalam tugasannya. Datuk Gim Eun Oh mahu menghukum Lord Choe di atas kesalahannya itu tetapi Lord Choe terlebih dahulu telah memerangkap datuk Gim Eun Oh dengan menunduhnya membuat cubaan memberontak. Hanya ibu Gim Eun Oh sahaja yang selamat manakala semua ahli keluarganya mati dibunuh dengan kejam.
Ayahnya mahu Gim Eun Oh dapat memahami apa yang terjadi kepada ibunya. Apa yang dirasai dalam hati ibunya dan menyelami perasaan ibunya. Ada sebabnya kenapa ibunya pergi meninggalkan Gim Eun Oh dahulu. Mungkin ibunya mahu menghapuskan beban penderitaan yang ditanggungnya dan tidak mahu Gim Eun Oh terbeban sama sepertinya.
Sebelum pulang, Gim Eun Bul sempat menasihati Gim Eun Oh tentang tanggungjawabnya sebagai Magistrate. Dan sekiranya Gim Eun Oh memerlukan pertolongannya, beritahu padanya. Dia akan datang membantu Gim Eun Oh.
Gim Eun Oh teringat sewaktu dia kecil. Ibunya mahu membalas dendam pada orang yang menyebabkan semua ahli keluarganya dibunuh dengan kejam. Dia berasa sedih apabila mengenangkan keadaan ibunya itu.
Arang duduk bersendirian di bilik Lee Seo Rim. Dia bermonolog sendirian di hadapan cermin. Seolah-olah dia sedang berbicara dengan Lee Seo Rim. Dia mahu tahu kebenaran tentang kematiannya. Dia mahu menghukum pembunuh dirinya tetapi adakah itu yang dimahukan oleh Lee Seo Rim juga. Dia tidak tahu. Yang dia tahu semakin hampir dia kepada jawapan yang dicari, hatinya berasa sangat sedih.
Gim Eun Oh mencari Arang di situ. Dia bertanya apakah yang dibuat Arang duduk di situ dalam keadaan bergelap begitu. Gim Eun Oh menghampiri Arang dan duduk menghadap Arang di dalam bilik itu. Gim Eun Oh bertanya kenapa Arang nampak seperti sedang bersedih dan seperti ada masalah yang membebankan fikirannya. Arang hanya mendiamkan diri. Gim Eun Oh tidak memaksa Arang untuk bercerita masalahnya. Cuma dia mengingatkan Arang, sebelum Arang pergi ke syurga, dia sentiasa ada di sisi Arang. Arang terharu dengan kata-kata Gim Eun Oh itu.
Gim Eun Oh mendapat maklumat tentang seorang lelaki yang berkerja di rumah Lord Choe 3 tahun yang lepas. Serta merta dia pergi mencari lelaki itu. Lelaki itu memberitahunya memang ada seorang wanita datang ke rumah Lord Choe untuk mencari pekerjaan. Wanita itu sanggup melakukan apa-apa pekerjaan sekali pun asalkan di rumah Lord Choe. Gim Eun Oh terkejut dengan kata-kata lelaki itu. Dia mulai tertanya-tanya kenapa ibunya beriya-iya sangat mahu bekerja di rumah Lord Choe.
Menurut lelaki itu lagi, pembantu Ju Wal, Gim Seo Bang yang membenarkan wanita itu bekerja di situ walaupun wanita itu tidak biasa dengan kerja-kerja sebegitu. Suatu hari, wanita itu ditangkap setelah meletakkan racun di dalam makanan Lord Choe. Wanita itu ditangkap dan timbul kekecohan ekoran kejadian itu. Selepas itu, wanita itu hilang tanpa jejak. Kehilangannya menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka. Kerana mereka yakin yang Lord Choe bukanlah jenis orang boleh berkompromi dengan kesalahan orang lain. Gim Eun Oh faham apa yang terjadi.
Sewaktu Gim Eun OH mahu beredar dari situ, lelaki itu menahannya. Dia mahu membuat satu permintaan berkenaan dengan kegiatan Lord Choe yang memaksa penduduk kampung menjadi buruh paksaannya. Gim Eun Oh berjanji akan menyiasat perkara itu.
Dia menyuruh Dol Soe menyiasat perkara itu. Dol Soe cukup yakin tidak syak lagi semua itu adalah perbuatan salah laku Lord Choe. Gim Eun Oh mahu Dol Soe mencari bukti untuk di kaitkan dengan Lord Choe. Apabila sudah mendapat bukti dan saksi barulah mereka boleh menahan Lord Choe di atas perbuatannya itu.
Sewaktu Gim Eun Oh sedang berbincang dengan Dol Soe tentang masalah itu, tiba-tiba dia dipanggil oleh pegawainya yang mengatakan ada beberapa orang penduduk kampung yang mahu berjumpanya. Setelah Gim Eun Oh berjumpa dengan mereka, mereka seperti keberatan untuk berbicara kerana takutkan pegawai Magistrate yang juga merupakan orang-orang Lord Choe. Gim Eun Oh yang faham akan situasi itu telah mengarahkan pengawainya itu keluar dari bilik itu.
Setelah pengawainya itu keluar, barulah mereka berani bersuara. Mereka berkata yang mereka mendapat tahu yang Magistrate Gim Eun Oh mahu menyiasat tentang salah laku dan penindasan Lord Choe terhadap penduduk Miryang. Gim Eun Oh mengiyakan kata-kata mereka itu. Salah seorang penduduk kampung itu memberitahu Gim Eun Oh yang dia ada mempunyai sebidang tanah yang kecik. Dengan hasil bercucuk tanam di tanah itulah dia menyara 9 orang ahli keluarganya tetapi sekarang tanah itu sudah diambil oleh Lord Choe sehingga menyebabkan ayahnya membunuh diri dan ibunya juga turut mati akibat perbuatan Lord Choe itu. Anak lelakinya mabuk dan bercakap yang bukan-bukan mengenai Lord Choe. Akibat dari perbuatannya itu, anak lelakinya di pukul semalaman sehingga lumpuh dan menjadi tidak siuman.
Seorang lagi penduduk kampung itu memberitahunya yang kerana mereka gagal membayar bunga dari pinjaman mereka secara penuh kepada Lord Choe, mereka dipaksa menjualkan anak perempuan mereka yang berumur 12 tahun kepada Lord Choe. Mereka merayu supaya Magistrate Gim Eun Oh dapat menegakkan keadilan dan dapat menghapuskan perbuatan kejam Lord Choe terhadap mereka.
Lord Choe berang apabila mendapat tahu yang bekalan makanan mereka semakin berkurangan. Apa yang dilakukan di pejabat Magistrate sehinggakan terpaksa mengambil makanan dari stor simpanan makanannya. Lee Bang memberitahu yang mereka mengupah pengawal di pejabat Magistrate. Magistrate Gim Eun Oh menyuruh Dol Soe melatih mereka semua. Kemarahan Lord Choe semakin memuncak apabila diberitahu yang penduduk kampung semakin berani keluar masuk berjumpa dengan Magistrate Gim Eun Oh. Lord Choe menyuruh Lee Bang pulang ke pejabat Magistrate dan menyampaikan pesanan kepada Geo Deol.
Lee Bang berjumpa dengan Geo Deol di dalam kurungan di pejabat Magistrate. Geo Deol berasa gembira kerana sangkanya mereka menyampaikan pesanan dari Lord Choe untuk membebaskan dirinya tetapi rupa-rupanya Lord Choe hanya mahukan dia menutup mulutnya. Supaya dia tidak membocorkan segala perbuatan jahat Lord Choe kepada sesiapa terutama Magistrate Gim Eun Oh.
Lord Choe berang apabila mendapat tahu yang orang kampung sudah mulai berani menentangnya dan menyokong Magistrate Gim Eun Oh. Dia mesti melakukan sesuatu sebelum Magistrate Gim Eun Oh mendapat bukti tentang perbuatannya di Miryang itu. Dia harus menyingkirkan Gim Eun Oh dari Miryang secepat mungkin. Dia menyuruh Lee Seo Bang menghantar surat kepada Gabenor di wilayah Gyeongsang untuk meminta bantuan dari Gabenor itu.
Bang Ool kecewa kerana dia tidak dapat mendengar percakapan hantu mendiang ibunya. Dia menyediakan makanan yang diminta oleh ibunya pada hari memperingati ulang tahun kematiannya. Bang Ool dapat melihat kelakuan ibunya bersama kawan-kawannya tetapi tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka. Tetapi apa yang dia tahu ibunya pasti tahu peristiwa antara dirinya dengan Dol Soe kerana nama makanan yang diminta oleh ibunya itu adalah hasil ciptaannya sendiri. Tiba-tiba dia berasa malu dan mukanya bertukar merah kerana menahan malu yang amat sangat.
Gim Eun Oh menceritakan tentang ibunya kepada Arang. Arang terkejut apabila mendengar cerita itu. Gim Eun Oh memberitahu yang ibunya mahu membalas dendam pada Lord Choe. Tetapi dia tidak tahu kenapa dan bagaimana monster jahat itu boleh mengambil alih tubuh ibunya dan tinggal di rumah Lord Choe. Arang bertanya apakah identiti sebenar monster itu agaknya. Adakah Gim Eun Oh yakin dapat menyelamatkan ibunya dari monster itu. Gim Eun Oh yakin dia boleh menyelamatkan ibunya. Arang tertanya-tanya apakah hubungan di antara monster itu dengan Lord Choe agaknya. Gim Eun Oh teringat kata-kata Ju Wal dan pegawainya yang mengatakan bomoh itu sudah tinggal lama di situ dan kebanyakkan orang-orang kaya dan berpengaruh adalah datang dari rumah itu. Gim Eun Oh yakin monster itu sudah berada di situ sebelum Lord Choe tinggal di situ lagi. Gim Eun Oh percaya yang Lord Choe lah orang yang bertanggungjawab melindungi monster itu sekarang. Gim Eun Oh mahu mencari tempat persembunyian monster itu. Arang bertanya bagaimana caranya.
Gim Eun Oh memarahi keempat-empat hantu yang dilantiknya sebagai pengintipnya dahulu kerana menghilangkan diri darinya. Mereka semua takut pada kuasa yang dimiliki oleh monster di rumah Lord Choe itu. Sekarang mereka sudah berani keluar kerana mereka percaya yang Gim Eun Oh sudah menghapuskan monster itu. Gim Eun Oh hanya mengiyakannya sahaja. Gim Eun Oh mahu mereka mengawasi rumah Lord Choe dan segera memberitahunya jika ada sebarang kejadian yang mencurigakan di rumah itu.
Hantu pengintip Gim Eun Oh mengekori Gim Seo Bang sehingga tiba di suatu tempat di atas bukit. Di atas bukit itu ada sebuah pondok. Hantu pengintip itu dapat merasakan kuasa yang kuat dari pondok itu. Mereka ketakutan kerana mereka ingatkan kuasa itu sudah tiada. Mereka berdua melarikan diri dari situ.
Hantu pengintip itu memberitahu tentang perkara itu kepada Gim Eun Oh. Mereka memarahi Gim Eun Oh kerana memperdayakan mereka. Nasib baik mereka cepat melarikan diri dari situ jikalau tidak mereka pasti dimusnahkan dengan kuasa yang sangat menakutkan itu. Gim Eun Oh tahu mereka sudah menjumpai monster di dalam badan ibunya itu. Gim Eun Oh mahu ke tempat itu tetapi Arang mahu mengikutnya. Pada mulanya Gim Eun Oh tidak membenarkannya, tetapi Arang berkeras untuk mengikutnya. Dia mahu mereka pergi bersama kerana mereka sudah tidak banyak masa untuk bersama. Lagipun berdua lebih baik dari seorang diri. Akhirnya Gim Eun Oh mengalah dan membenarkan Arang mengikutinya berjumpa dengan ibunya.
Hantu-hantu itu membawa Gim Eun Oh dan Arang ke tempat itu semula. Setibanya mereka di kawasan berhampiran, hantu-hantu itu meminta diri untuk pergi dari situ. Mereka takut sekiranya mereka diapa-apakan oleh kuasa jahat itu. Gim Eun Oh faham dan mengizinkan mereka berdua pergi dari situ.
Gim Eun Oh menghampiri pondok itu. Arang mengikutnya dari belakang. Mu Yeon dapat menghidu bau Arang dan mengetahui yang Arang ada berhampiran dengan kawasannya. Mereka berdua semakin menghampiri pondok itu. Gim Eun Oh meminta Arang berdiri di belakangnya supaya Mu Yeon tidak dapat mengapa-apakan Arang.
Mu Yeon keluar dari pondoknya. Dia melihat Gim Eun Oh dan Arang di situ. Dia menghampiri keduanya. Ini kali pertama Arang berdepan dengan ibu Gim Eun Oh. Tiba-tiba dia teringat yang dia pernah berjumpa dengan wanita itu di hadapan rumah Ju Wal. Dia diperkenalkan sebagai mak cik Ju Wal. Mereka berdua terkejut apabila mendengar kata-kata ibu Gim Eun Oh yang dikuasai oleh Mu Yeon itu. Sepertinya dia begitu berminat dengan Arang.
Mu Yeon menghampiri mereka berdua. Gim Eun Oh bersedia untuk sebarang kemungkinan. Dia tahu yang dihadapanya itu bukanlah ibunya. Hanya jasad sahaja kepunyaan ibunya. Apabila Mu Yeon semakin menghampiri mereka, tiba-tiba Arang teringat sesuatu. Dia mengingati detik di mana ibu Gim Eun Oh dan Ju Wal berada di pondok di atas bukit dahulu. Dia seperti melihat Lee Seo Rim bersembunyi di belakang pintu pondok sedang memerhatikan Ju Wal dan ibu Gim Eun Oh berjumpa dengan seorang wanita lain. Ingatannya terhenti tatkala Mu Yeon betul-betul berdiri di hadapannya. Mu Yeon hanya memandang Arang dan tidak menghiraukan Gim Eun Oh di sebelah Arang itu.
Arang teringat kembali yang dia melihat asap kehitaman keluar dari tubuh wanita itu dan masuk ke dalam tubuh ibu Gim Eun Oh. Setelah kesemua asap hitam itu masuk ke dalam tubuh ibu Gim Eun Oh, wanita itu rebah tidak bergerak lagi. Setelah keadaan menjadi reda, ibu Gim Eun Oh yang telah dirasuk Mu Yeon mahu meninggalkan tempat itu tetapi dengan tiba-tiba roh ibu Gim Eun Oh sedar dan tidak mahu dirinya diperlakukan begitu. Dia mengambil pisau di pinggang Ju Wal dan mahu menikam dirinya untuk mengeluarkan Mu Yeon dari dalam dirinya. Tetapi Ju Wal sempat menahannya dan pisau itu terjatuh ke tanah. Ibu Gim Eun Oh mengambil kembali pisau dan mengacukannya pada Ju Wal.
Penolakan ibu Gim Eun Oh membuatkan roh Mu Yeon tidak dapat menguasai sepenuhnya tubuh ibu Gim Eun Oh. Ju Wal mendekatinya dan ibu Gim Eun Oh mengacukan pisau itu ke arahnya. Kedegilan Ju Wal untuk mendekati ibu Gim Eun Oh telah memaksanya menikam Ju Wal. Mereka terkejut apabila mendapati Lee Seo Rim menerpa ke arah Ju Wal dan pisau itu tertusuk di badan Lee Seo Rim. Akhirnya Lee Seo Rim rebah di sisi Ju Wal. Ju Wal yang terkejut dengan kejadian itu hanya memandang pada Lee Seo Rim.
Pada ketika itu, Mu Yeon sudah dapat mengusai sepenuhnya tubuh ibu Gim Eun Oh. Ju Wal meletakkan mayat Lee Seo Rim di dalam pondok dan Mu Yeon bertanya siapakah gadis itu bagaimanakah gadis itu boleh berada di situ. Ju Wal tidak tahu bagaimana dan siapakah gadis itu. Mu Yeon tidak boleh membiarkan sahaja perkara itu. Dia tidak mahu kewujudannya diketahui oleh orang lain walaupun orang itu sudah mati kerana dia yakin ingatan gadis itu akan menyebabkan Jade Emperor mengetahui tentangnya. Jadi, Mu Yeong menghilangkan ingatan Lee Seo Rim sebelum menyuruh Ju Wal menghapuskan mayat Lee Seo Rim. Ketika mengangkat mayat Lee Seo Rim, cucuk sanggul yang ditarik dari rambut ibu Gim Eun Oh yang dipegang oleh Lee Seo Rim terjatuh ke lantai dan terselit di tepi dinding pondok itu.
Arang terkejut dan terpaku dengan kemunculan ingatan di benaknya itu. Dia sudah tahu siapa pembunuhnya dan bagaimana dia mati dahulu. Barulah dia tahu kenapa dia tidak dapat mengingati apa-apa selepas kematiannya. Ini kerana Mu Yeon yang di dalam badan ibu Gim Eun Oh telah memadam ingatannya. Airmatanya mengalir tanpa disedarinya.
Mu Yeon menghulurkan tangannya ke muka Arang tetapi dapat dipegang oleh Gim Eun Oh. Mu Yeon memandang Gim Eun Oh dengan perasaan marah. Bersambung ....
Para
pelakon :
Lee
Joon Ki sebagai Magistrate Gim Eun Oh
Sin
Min Ah sebagai Arang / Lee Seo Rim
Yeon
Woo Jin sebagai Joo Wal
Kwon
O Joong sebagai Dol Soe
Hwang
Bo Ra sebagai Bang Ool
Han
Jeong Soo sebagai Mu Yeong
Yoo
Seung Ho sebagai Jade Emperor
Park
Joon Gyoo sebagai King Yama
No comments:
Post a Comment