Lagi filem seram ... saje nak bagi seram-seramkan diri .. hahaha ... filem Rasuk ni dibintangi oleh Iqram Dinzly selaku hero dan Fouziah Gous heroinnya ... mengisahkan tentang dendam tentera jepun yang dipermainkan oleh seorang gadis yang bernama Melati di masa zaman penjajahan Jepun dahulu ... Melati berpura-pura mengoda tentera jepun itu ... sebenarnya Melati disuruh oleh orang-orang kampung berbuat demikian untuk menghapuskan tentera jepun yang kejam di kampung itu .... setelah orang kampung berjaya menangkap tentera jepun itu, dan mahu membunuhnya, tentera jepun itu bersumpah akan membinasakan keturunan Melati .... bermacam kejadian aneh dan menyeramkan terjadi di rumah pusaka itu ... penjaga rumah itu yang setia menjaga rumah itu tahu asal usul kejadian itu tetapi tidak mahu menceritakannya kepada pewaris rumah itu ... haaaaa ... meremang bulu roma ... tapi ni cerita seram bukan cerita hantu ... hehe .. kalau ada pun hantu jepun .. hehe ... oh tak lupa ... hantu rambut cantik (Fouziah Gous) ... hahaha ... jadi ... jom layan sinopsis filem Rasuk ni ...
Sinopsis oleh : aznanie
Sari Melati adalah pewaris keturunan Penghulu Badang. Setelah kematian ibu dan ayah Sari Melati segala harta pusaka milik mereka jatuh kepada Sari Melati termasuklah sebuah rumah pusaka lama yang cantik binaan dan ukirannya. Rumah pusaka itu di beri nama Teratak Cinta. Rumah itu dijaga dengan elok oleh tukang kebun yang bernama Pak Mail. Pak Mail sudah lama berkerja di situ. Sejak zaman datuk Sari Melati lagi. Pak Mail seorang lelaki yang bisu. Dengan keadaannya yang uzur membuatkan Sari Melati takut untuk menghampirinya.
Sejak dari itu, Sari Melati tinggal di rumah itu bersama suaminya, Arman. Mereka berdua baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk mendiami rumah itu kerana mereka sukakan suasana tenang dan nyaman di kampung itu. Arman adalah seorang pengarah fotografi.
Kedatangan ibu Arman, Zaiton benar-benar mengembirakan mereka. Tetapi Zaiton dapat merasakan sesuatu yang aneh dan menyeramkan di rumah itu. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku di situ tetapi nalurinya mengiyakan andaiannya sesuatu yang buruk akan berlaku. Zaiton selalu mengingati Arman dan Sari Melati supaya selalu membaca ayat-ayat suci al-quran supaya terhindar dari malapetaka dan anasir jahat yang mahu menganggu mereka.
Suatu hari, Sari Melati dan Zaiton mengemaskan pokok-pokok bunga yang terdapat di halaman rumah mereka. Memandangkan hari dah semakin tinggi, Zaiton mengambil keputusan untuk memasak makanan. Tinggallah Sari Melati meneruskan kerja-kerja pembersihan itu. Sewaktu Sari Melati mahu membuat lubang untuk menanam pokok bunga di suatu kawasan yang berdekatan dengan pokok kelapa tiba-tiba dia terjumpa sebilah pisau yang panjang. Dengan keinginan mengetahui apakah benda itu, Sari Melati membuka pisau itu dari sarungnya. Sewaktu berbagai bayangan datang kepadanya. Sari Melati terpelanting ke tepi pagar dan terjatuh di situ. Pak Mail yang melihat kejadian itu, sudah berusaha untuk menghalang perbuatan Sari Melati tetapi suaranya tidak didengari oleh Sari Melati.
Akibat dari kejadian itu Sari Melati telah pengsan. Arman membawa Sari Melati ke klinik yang berdekatan. Doktor yang merawatnya memberitahu yang Sari Melati hanya kepenatan dan menyuruhnya banyakkan berehat. Dia telah membekalkan Sari Melati dengan vitamin untuk mengembalikan tenaganya.
Sejak kejadian itu, Sari Melati bagai dirasuk sesuatu. Dia akan menjadi ketakutan apabila mendengar bacaan ayat suci al-quran. Matanya bertukar menjadi kemerahan dan amat menakutkan. Perubahan itu masih belum diketahui oleh Arman dan Zaiton.
Suatu Zaiton sedang membaca al-quran tiba-tiba dia terdengar suara aneh dan desiran yang kuat dari luar rumah. Zaiton memberanikan dirinya melihat di luar rumah. Apabila pintu rumah dibuka, tiba-tiba Zaiton ditolak oleh suatu kuasa yang datang bersama angin. Zaiton terpelanting dan jatuh tidak sedarkan diri. Dan akibat dari kejadian itu, Zaiton telah meninggal dunia.
Sari Melati mulai berubah. Dia banyak termenung dan berkhayal. Dia sebenarnya telah di rasuk oleh suatu roh jahat yang tanpa sedar dibangkitkan olehnya.Sari Melati hanya diganggu apabila Arman tiada di rumah. Sari Melati telah di cabul oleh roh jahat tanpa diketahuinya. Tubuhnya terdapat kesan-kesan lebam. Sari Melati menjadi lemah dan tidak bermaya.
Doktor yang merawat Sari Melati memberitahu Arman yang Sari Melati mengalami split personality. Di mana seorang pesakit itu mampu mencederakan dirinya sendiri untuk kepuasan sendiri tanpa disedarinya. Sari Melati menyangkal dakwaan doktor itu.
Malam itu, Arman mahu ke tempat kerjanya juga walaupun tahu Sari Melati masih belum sihat. Sewaktu Arman ke dapur untuk mengambil air tiba-tiba dia melihat Sari Melati berjalan keluar dari rumah. Arman memanggil nama nya tetapi tidak dihiraukannya. Sebenarnya Sari Melati ada di rumah sedang tidur. Arman mengikut lembaga yang menyerupi Sari Melati hingga ke kawasan hutan di belakang rumahnya. Tiba-tiba bayangan Sari Melati hilang dari pandangannya. Di tempat Arman berdiri itu terdapat banyak akar-akar kayu yang seakan-akan hidup dan membelit tubuh Arman hingga Arman tidak dapat bernafas. Nasib Arman baik apabila beberapa orang asli menjumpainya. Dengan bantuan orang asli itu Arman dapat menyelamatkan dirinya.
Arman di hantar ke rumahnya oleh orang asli itu. Di rumah itu, mereka dapat merasakan ada sesuatu kuasa jahat yang menganggu mereka berdua. Orang asli itu memberitahu yang dia akan cuba membantu Arman dan Sari Melati kerana mereka mempunyai seorang pawang yang hebat.
Roh jahat itu marah dengan orang asli itu yang mahu membantu Arman dan Sari Melati. Di pertengahan jalan pulang, orang asli itu di hempap dahan pokok yang jatuh dari atas pokok yang besar dan tinggi. Ketiga-tiga mereka mati di situ. Roh jahat ketawa kerana berjaya menghapuskan mereka.
Sari Melati di rasuk lagi sehingga pengsan. Arman membawanya ke dalam bilik dan dibaringkan disitu. Pak Mail nampak kejadian yang menimpa Sari Melati itu. Dia masuk ke dalam rumah dengan niat untuk menbantu. Sedang Pak Mail menghulurkan tangannya ke muka Sari Melati tiba-tiba Sari Melati menangkap tangan Pak Mail dan membaling Pak Mail ke tepi dinding. Arman yang melihat kejadian itu berasa terkejut dengan perubahan Sari Melati. Wajah Sari Melati menjadi buruk dan matanya berubah kemerahan. Arman ketakutan melihat Sari Melati yang ketawa bagai dirasuk itu. Dia tahu yang berada di hadapannya itu bukan isterinya, Sari Melati tetapi benda lain yang tidak diketahuinya.
Arman memanggil Doktor datang merawat Sari Melati. Doktor memberitahu yang Sari Melati mengalami tekanan perasaan. Doktor itu menyangkal dakwaan Arman yang Sari Melati di rasuk hantu kerana doktor itu tidak mempercayai kewujudan hantu di zaman moden ini. Sehingga apabila doktor itu bercakap besar untuk melihat hantu di depan matanya, di kala itu tubuh Sari Melati terangkat dan terapung di udara. Terkejut doktor itu melihat kejadian itu. Sari Melati memberitahu semua perlakuan buruk doktor itu. Doktor itu cuba menyangkal dakwaan Sari Melati yang kerasukkan itu. Dia menuduh Sari Melati sakit jiwa.
Doktor melarikan diri dari rumah itu. Di dalam kereta, doktor itu masih lagi mentertawakan Sari Melati yang dianggapnya sudah gila. Tiba-tiba lock di pintu keretanya terturun dengan sendiri. Pedal minyaknya tertekan dengan sendirinya. Keretanya di pandu laju tanpa dapat dikawal olehnya. Tiba-tiba keluar api dalam keretanya dan doktor itu terbabas jatuh ke dalam gaung. Keretanya meletup dan terbakar akibat dari kejadian itu.
Arman mengetahui yang Pak Mail tahu tentang kejadian yang menimpa keluarganya. Dia memaksa Pak Mail memberitahunya. Pada awalnya, Pak Mail tidak mahu memberitahunya tetapi akhirnya Pak Mail mengalah dan memceritakan apa yang terjadi di rumah itu.
Menurut cerita Pak Mail, dahulu ayahnya bekerja sebagai tukang kebun dan ibunya sebagai tukang masak di rumah itu. Rumah itu dimiliki oleh seorang yang kaya bernama Penghulu Badang. Penghulu Badang mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cantik bernama Melati. Pada zaman itu adalah zaman penjajahan Jepun. Tentera jepun itu sangat kejam dan zalim. Dia berbuat apa sahaja yang disukainya pada anak-anak gadis di kampung itu. Tentera jepun itu tertarik dengan kecantikan yang dimiliki Melati. Dia cuba mengoda Melati. Godaannya disambut oleh Melati. Setelah tentera jepun itu mulai leka, tiba-tiba Melati menolaknya dan dibelakang pintu terdapat beberapa orang suruhan Penghulu Badang sudah menanti. Tentera jepun itu ditangkap. Tentera jepun itu sangat marah dengan Melati kerana menipunya. Melati mahu menikam tentera jepun itu dengan kerisnya tetapi dihalang oleh Penghulu Badang. Penghulu Badang menikam tentera jepun itu dengan menggunakan parang beberapa kali. Sebelum mati, tentera jepun itu bersumpah tidak akan melepaskan Melati. Mayat tentera jepun itu ditanam di suatu kawasan yang berdekatan dengan rumahnya. Penghulu Badang meletakkan seketul batu sebagai tanda tempat mayat tentera jepun itu ditanam. Dan ditempat itu jugalah Sari Melati telah pengsan setelah mengalihkan batu tanda dan menjumpai sengaja milik tentera jepun itu.
Keadaan Sari Melati semakin parah. Roh jahat di dalam badannya merasuknya supaya membunuh diri. Mujur Arman datang tepat pada masanya. Arman sempat menahan tangan Sari Melati yang mahu menusuk serpihan kaca botol ke perutnya. Dengan bantuan Pak Mail, Arman berjaya mengikat Sari Melati. Pak Mail ditugaskan menjaga Sari Melati sementara Arman pergi mencari seorang ustaz untuk membantunya memulihkan Sari Melati.
Arman pergi ke sebuah masjid. Di situ dia bertemu dengan Ustaz Ghazali. Arman menceritakan segala yang terjadi kepada isterinya, Sari Melati. Ustaz Ghazali sedia membantu menyelesaikan masalah Arman. Mereka berdua kembali ke rumah Arman. Ustaz Ghazali memulakan dengan beristifar tanpa henti. Sari Melati yang kerasukan itu meronta-ronta mahu melepaskan diri dari ikatan di tubuhnya. Ustaz Ghazali melihat seorang tentera jepun di dalam badan Sari Melati. Ustaz Ghazali bertanya apa yang dimahukan oleh roh jahat itu. Roh jahat itu memberitahu yang dia mahu membalas dendam. Ustaz Ghazali menyuruh roh jahat itu keluar dari badan Sari Melati. Ustaz Ghazali sedar masanya untuk berlembut dengan roh jahat itu sudah tamat. Ustaz Ghazali mesti memaksa roh jahat itu keluar dari tubuh Sari Melati. Arman di suruh membaca surah Kursi sambil menangkap tubuh isterinya. Baru separuh bacaannya, Arman dapat mencapai Sari Melati tetapi dapat di tolak oleh Sari Melati. Tubuh Sari Melati terangkat di udara. Terdengar rintihan Sari Melati diselang seli dengan ketawa jahat dari roh jahat itu. Apabila tubuh Sari Melati kembali berpijak di lantai rumahnya, Arman bertindak memeluk tubuh Sari Melati erat dan membaca surah kursi diiringi oleh Ustaz Ghazali di belakang Sari Melati. Arman dan Ustaz Ghazali berhempas pulas untuk mengeluarkan roh jahat dari badan Sari Melati. Akhirnya, roh jahat yang merasuk Sari Melati dapat dikeluarkan dari tubuhnya. Sebaik sahaja roh jahat itu keluar dari rumah itu, kedengaran letupan yang telah melenyapkan roh jahat itu. Segalanya sudah kembali pulih di atas bantuan Ustaz Ghazali dengan izin ALLAH. Tamat ...
Para pelakon :
Iqram Dinzly sebagai Arman
Fouziah Gous sebagai Sari Melati
Sidek Hussin sebagai Pak Mail
Fauziah Nawi sebagai Zaiton (Ibu Arman)
No comments:
Post a Comment