Pages

Thursday, September 06, 2012

Sinopsis 'Bedah Tong Gas Nak Raya' .. Slot Raya Kita Punya Di TV9


Tadi rasa bosan tengok Buletin Utama kat TV3 .. so .. alih kat TV9 .. kebetulan ada cite Bedah Tong Gas Nak Raya .. slot Raya Kita Punya ... best ... kelaka ... lakonan Noor Khiriah, Jalil Hamid, Nasrizal Ngasri, Rozita Che Wan, Shanie dan ramai lagi pelakon yang hebat-hebat ... cite tentang Bedah (Noor Khiriah) si penjual tong gas ... kat kampung tu cuma Bedah jek yang jual tong gas ... tiba-tiba muncul Che Ta (Rozita Che Wan) ... dia jual tong gas jugak .. tapi Che Ta ni jual tong gas tipu ... Che Ta ni guna kecantikan dia untuk pikat pelanggan beli tong gas dia .. siap bagi free kuih raya ngan stokin lagi kalau beli tong gas dia ... sejak Che Ta muncul peniagaan Bedah semakin merosot .. bermacam-macam cara digunakan Che Ta untuk memastikan perniagaan Bedah bangkrap ... haaaaa ... kelaka kannn cite nyer ... jom layan sinopsis cite Bedah Tong Gas Nak Raya nih ...


Sinopsis oleh : aznanie


Mengisahkan tentang Bedah si penjual Tong Gas. Hanya dia yang berniaga tong gas di kampung nya itu. Tiada saingan dari peniaga lain. Bedah berkahwin dengan Kulup yang merupakan duda. Kulop mempunyai seorang anak lelaki bernama Zamri. Bedah baru lepas bersalin dan tinggal bersama ibunya, Mak Senah yang merupakan seorang bidan di kampungnya. Jadi, Bedah mengamanahkan suaminya, Kulop menjaga kedai tong gasnya sambil dibantu oleh Zamri. Zamri mempunyai seorang kawan yang bernam Ucop yang kerjanya menangkap tikus tetapi kerana kesukaran mendapatkan haiwan itu, Ucop beralih arah menangkap lipas pula. Kononnya untuk pasaran di Kanada. Zamri mengajak Ucop berkerja bersamanya di kedai Bedah Tong Gas tetapi di tolak oleh Zamri. Kononnya pekerjaan itu tidak menjanjikan gaji yang lumayan.

Kemunculan Che Ta menggugat perjalanan perniagaan Bedah. Che Ta adalah anak orang kampung itu juga yang pulang ke kampung setelah gagal dalam pelajarannya di luar negara. Che Ta juga menjual tong gas di kampung itu. Semenjak Che Ta memulakan perniagaannya, perniagaan Bedah semakin merosot. Semua orang kampung lebih memilih untuk membeli tong gas dengan Che Ta kerana Che Ta menjual tong gas dengan harga yang murah. Siap diberi free gift iaitu kuih raya dan stokin. Kecantikan dan kepetahan Che Ta membuatkan semua penduduk kampung mempercayainya.

Mak Senah mulai menyesaki sesuatu pada Che Ta. Dia berprasangka yang Che Ta menjalankan perniagaan tong gas yang tidak di iktiraf oleh kerajaan. Mak Senah menjalanakan penyiasatan secara senyap-senyap. Bedah tidak mahu campur tangan dan tidak mahu berprasangka pada Che Ta kerana dia percaya yang rezeki adalah ketentuan Tuhan. Dan semenjak berkahwin dengan Lebai Kulop, Bedah sudah menjadi semakin sopan berbanding semasa zaman anak dara dulu.

Che Ta mengoda Zamri. Zamri yang termakan dengan godaan Che Ta itu rela berhenti kerja dan mahu bekerja dengan Che Ta. Tetapi kegembiraannya terhenti apabila dia terdengar perbualan antara Che Ta dengan ibunya yang Che Ta hanya mempergunakan Zamri untuk mengetahui keadaan kedai Bedah sahaja. Sikit pun tak de perasaan pada Zamri. Dengan hati yang walang, Zamri kembali semula bekerja di kedai Bedah yang merupakan ibu tirinya.

Pekerja Che Ta memujuk Ucop yang bekerja di kedai Bedah supaya bekerja dengan Che Ta. Dia dijanjikan gaji sebanyak Rm 1 ribu sehingga hari raya. Ucop yang termakan dengan pujukan itu telah berhenti kerja dengan Bedah. Dia sengaja lalu lalang di hadapan Zamri dengan niat untuk menunjuk-nunjuk bertapa majunya tong gas Che Ta. Zamri berasa bengang dengan keadaan itu tetapi disabarkan oleh ayahnya.

Lebai Kulop memberitahu keluarganya yang hasil jualan tong gas mereka hanya sedikit sahaja. Mak Senah memarahi Che Ta kerana menyebabkan mereka tidak dapat beraya dengan meriah tetapi Bedah telah menyabarkan Mak Senah dan bersyukur dengan rezeki yang mereka dapat.

Sehari sebelum hari raya, ibu Che Ta memarahi Che Ta kerana terlalu asyik menjual tong gas sampaikan di rumah sendiri tak de gas nak memasak. Che Ta pergi ke kedai Bedah untuk membeli tong gas tetapi tidak dihiraukan oleh Zamri. Segala pujukan Che Ta tidak berjaya melembutkan hati Zamri.

Di laman facebook sibuk pelanggan Che Ta bertanya tentang tong gas Che Ta yang sedikit isi kandungannya. Pakai 12 hari dah abis gas. Berbanding gas yang dijual oleh Bedah yang buleh tahan selama 1 bulan lebih.

Di pagi hari raya, semua pelanggan Che Ta datang menyerang Che Ta. Mereka mahukan ganti rugi kerana kehabisan gas untuk memasak juadah hari raya. Che Ta lari ke rumah pekerjanya yang bertanggungjawab menghantar tong gas kepadanya. Akhirnya mereka berdua di tangkap pihak polis kerana menjual tong gas tipu yang bukan kelulusan dari pihak yang bertanggungjawab. Bedah dan Mak Senah yang membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Para pelakon :
Noor Khiriah sebagai Bedah
Rozita Che Wan sebagai Che Ta
Jalil Hamid sebagai Lebai Kulop
Bell Ngasri sebagai Zamri
Syanie sebagai Mak Senah
Joey Daud sebagai Ucop

* Kelaka gile ngan lawak Bell Ngasri ... sampai senak perut aku ketawa ... gelagat si Joey pun tak kurang kelakanya ... ni sambungan dari cite Bedah Tong Gas ... aku tak tengok lagi cite nya ... semalam pun kebetulan terbukak tv 9 ... klu tak tak tengok jugak lerr .. hehe

No comments:

Post a Comment