Baru hari ni dapat tengok filem Aku, Kau Dan Dia ni ... best jugak jalan ceritanya walaupun agak lambat perjalanannya ceritanya ... kisah yang banyak flash back ... di awal cerita diceritakan tentang kesedihan Mia yang kematian tunangnya, Ilhan ... Mia terbelenggu dalam cinta Ilhan ... meratapi kehilangannya walaupun sudah setahun Ilhan pergi menyahut panggilan Ilahi ... Ilhan mati akibat kemalangan jalan raya ... kehadiran Izlan sedikit sebanyak melupakan kesedihan di hati Mia ... gituuu ler serba sedikit ringkasan ceritanya ... jadi ... jom layan sinopsis filem Aku, Kau Dan Dia ni ...
Sinopsis oleh : aznanie
Mia seorang gadis yang manja dan periang. Namun kematian tunangnya, Ilhan meragut segala kegembiraannya itu. Mia berubah menjadi gadis yang pendiam dan pemurung. Saban hari dihabiskan dengan bermain piano memainkan lagu yang ditujukan khas untuk Ilhan. Mia mencipta sebuah lagu untuk Ilhan. Sebagaimana Ilhan pernah mencipta lagu untuk Mia suatu waktu dahulu. Barangan pemberian Ilhan sentiasa di belek. Airmata tidak pernah kering bila mengenangkan saat manis mereka bersama walau sudah setahun Ilhan pergi menyahut panggilan Ilahi. Mia seakan tidak mahu melepaskan kenangan antaranya dengan Ilhan pergi dari hidupnya.
Mia memakai rantai pemberian Ilhan dan sewaktu Mia berjalan tiba-tiba dia dilanggar oleh seorang lelaki yang menyebabkan rantainya terpelanting ke tanah. Lama Mia berpandangan dengan lelaki itu. Apabila tersedar, Mia terus berlalu dari situ tanpa menghiraukan lelaki itu. Di saat lelaki itu mahu berlalu, dia terlihat rantai di kakinya. Dia mengambil rantai itu dan berpaling ke arah Mia. Mia yang baru tersedar akan kehilangan rantai itu, terus berpusing kembali ke arah tadi tetapi ketika itu dirinya berada di tengah jalan untuk melintas jalan dan sebuah kereta meluru ke arahnya. Mia di langgar dan nota-nota lagu untuk Ilhan itu berteraburan di tengah jalan. Sebelum matanya tertutup, dalam kekaburan, Mia terlihat lelaki tadi memegang rantainya dan memandang tepat ke arahnya.
Mia tersedar dari koma. Dia terpandang lelaki yang di lihatnya sebelum dia kemalangan dulu. Lelaki itu mahu memulangkan rantai Mia yang terjatuh dulu. Bermula dari situlah, lelaki yang bernama Izlan itu kerap menggangunya. Mia rimas dengan sikap Izlan itu. Di atas pertolongan ayahnya, Mia mendapat kerja di sebuah kedai menjual alatan muzik. Izlan tidak jemu-jemu menganggunya. Izlan meminta Mia memberikan dirinya peluang untuk membuktikan yang Mia akan gembira apabila menjadi kawannya. Akhirnya Mia bersetuju untuk memberikan Izlan peluang itu. Izlan membawanya ke sebuah taman dan ternyata Mia gembira di situ dan Izlan sememangnya pandai mengambil hatinya. Dan perhubungan mereka menjadi semakin rapat.
Semenjak mengenali Izlan, Mia menjadi seperti Mia yang dahulu. Yang periang dan manja. Ibu dan ayahnya mulai menyedari perubahan Mia dan bersyukur dengan apa yang terjadi. Ayahnya meminta Mia membawa Izlan ke rumahnya untuk diperkenalkan kepada mereka.
Semasa majlis makan malam di rumah Mia, Izlan hadir dan Mia memperkenalkan Izlan kepada keluarganya. Apabila di tanya hal kerja Izlan, seakan pekerjaan Izlan sebagai pemuzik jalanan itu tidak disenangi oleh ayah Mia. Tetapi ibu Mia berjaya mencerikan keadaan semula.
Suatu hari, Mia ke tempat Izlan berkerja. Sewaktu Izlan mahu membelikan air untuk Mia, Izlan nyaris di langgar sebuah kereta. Mia terkejut dengan kejadian itu. Dia teringatkan Ilhan yang meninggal akibat di langgar kereta. Izlan yang terkejut melihat Mia menangis terus menerpa ke arah Mia. Dalam esakan, Mia bercerita tentang Ilhan yang sudah tiada itu. Izlan jadi marah dengan sikap Mia yang tidak sudah-sudah mengenang orang yang dah tak ada itu. Mia kecewa dengan sikap Izlan. Padanya Izlan tidak memahami dirinya. Mia berlari meninggalkan Izlan sendirian.
Sepanjang jalan Mia menangis. Sesampai di rumahnya, Mia terdengar petikan piano di rumahnya. Di situ dia terlihat Ilhan sedang memainkan lagu yang dituju kan kepadanya. Ilhan memujuk Mia dengan kata-kata semangat. Akhirnya, Mia terlena di dalam dakapan Ilhan.
Ibu Mia terkejut melihat Mia tertidur di luar rumah. Mia yang tersedar terus berlalu dan mencari Izlan. Dia terlihat Izlan di seberang jalan. Mia meneriak memanggil Izlan. Izlan terus meluru ke arahnya dan di langgar sebuah kereta. Mia terpaku melihat Izlan yang terbaring di tengah jalan. Di dalam ambulan menuju ke hospital, Mia menangis dan merayu Izlan supaya tidak meninggalkan dirinya.
Mia kembali ke tempat kerjanya. Dia duduk di hadapan piano yang pernah di mainkan oleh Izlan. Dia menutup mata dan bayangan kenangan manisnya bersama Izlan datang fikirannya. Dan tiba-tiba, Mia bingkas bangun dan berlari menuju ke hospital semula. Pak Man menelifon ayah Mia untuk memberitahu hal tersebut.
Di hospital, Mia melihat Izlan terbaring dari dinding kaca bilik itu.Tubuh Izlan di selirati wayar-wayar dan alat-alat bantuan pernafasan. Mia menangis melihat keadaan Izlan itu. Tiba-tiba seorang lelaki menegurnya. Mia memberitahu dia mahu melihat kawannya, Izlan tetapi apabila lelaki itu memberitahunya lelaki yang sedang terlantar di dalam bilik itu adalah adiknya, Harris bukan Izlan. Mia terpinga-pinga di buatnya. Di saat itulah, ibu dan ayahnya sampai ke situ. Ibu Mia memberitahu yang Izlan sebenarnya tidak wujud. Izlan adalah imaginasi yang dicipta oleh Mia untuk melupakan kesedihan pada kehilangan Ilhan. Mia terduduk dan menangis setelah mendengar penerangan ibunya.
Mia mulai merindui Izlan. Biarpun Izlan hadir dalam imaginasinya tetapi padanya Izlan tetap wujud di alam nyata. Dia pergi ke suatu tempat yang pernah dibawa Izlan suatu waktu dahulu. Dan di situ dia menemui Harris. Harris memulangkan rantai kepunyaan Mia yang terjatuh apabila mereka bertembung dahulu. Ternyata Harris adalah lelaki yang berlanggar dengan Mia sebelum Mia di timpa kemalangan dahulu.
Mia melihat ke arah Harris. Perlakuan Harris sama dengan perlakuan Izlan. Dan tidak semena-mena, Mia berlari ke arah Harris dan memeluknya. Harris yang kehairanan dan terkejut dengan perlakuan Mia itu. Mia berterima kasih kepada Harris kerana telah menyelamatkannya dari terus hanyut dalam kesedihan yang berpanjangan. Harris juga mengakui yang dirinya terasa dekat dengan Mia walau tidak pernah mengenali sebelum ini. Rupanya Mia meminjam wajah Harris iaitu wajah terakhir yang dilihatnya sebelum dia menutup mata sewaktu dirinya ditimpa kemalangan dahulu untuk di bawa ke dalam watak Izlan imaginasinya. Tamattt ...
Para pelakon:
Zarina Jamalulail sebagai Mia
Remy Ishak sebagai Izlan / Harris
Pekin sebagai Ilhan
* Best jugak jalan ceritanya ... mudah dan ringkas ... tak berbelit-belit dan ringan jek .. tak perlu beratkan kepala masa menonton ceritanya ... cuba kena tengok .. dont skip-skip ... baru faham betul ... rasa seram jugak masa tau yang watak Izlan tu cuba bayangan Mia jek ... sebenarnya Izlan tu tak wujud pun .. agaknya masa Mia bawak Izlan jumpa ibu ngan ayah dia kat rumah tu .. mesti diaorang tak nampak sesiapa pun ngan Mia tapi pandai pulak diaorang berlakon seolah-olah Izlan tu ada semata-mata tak nak Mia bersedih semula ... tapi masa jumpa Harris tu .. Mia dah blurr .. dia masih teringatkan Izlan yang tak ujud kat alam nyata tapi Harris tu cam sama jek ngan watak Izlan tu ... hmm ... tapi jalan cerita nih best ler ... sesuai ler di tonton untuk menghilangkan bosan tak de nak buat apa-apa ... hehe
Jom tengok filem Aku, Kau Dan Dia ... layannnzzzz ...
memang best jalan ceritanya..kena tengok berkali2 baru faham..semuanya deja vu..imbasan2 yg benar menyayat hati.boleh nangis wehhh..
ReplyDelete