Seung Hui seorang pengarah filem yang panas baran. Hanya pentingkan diri sendiri. Tidak pernah memikirkan perasaan orang lain. Dek kerana sikapnya itulah ibu kekasihnya, Hye Su menentang perhubungan mereka. Hye Su yang dikenalinya di Australia. Masing-masing jatuh cinta pandang pertama. Penentangan ibu Hye Su dipandang remeh oleh Seung Hui. Pada pandangannya, orang lain tidak penting. Yang penting adalah dirinya dan Hye Su. Kematian Hye Su dalam kemalangan satu tamparan hebat buatnya. Kemalangan yang berpunca dari kelalaiannya memandu kereta. Ketika itu dia mahu mengambil cincin yang terjatuh di kakinya dan tidak di sangka di hadapannya sebuah lori. Keretanya terbalik dan Hye Su mati di tempat kejadian.
Bertahun dia merana kehilangan Hye Su. Dia pulang semua ke Korea dan berkerja di bawah syarikat Han Jeong Hoon. Dia bersetuju bekerja di situ kerana Jeong Hoon banyak berjasa kepadanya. Jeong Hoon lah yang memperkenalkan Hye Su padanya. Dan kerana mencari lokasi yang sesuai untuk pengambaran filemnya dia ke suatu tempat pendalaman.
Sedang dia melilau mencari lokasi yang sesuai, dia ternampak seorang gadis yang mirip dengan Hye Su. Dia memandang dengan perasaan tidak percaya dan tanpa disedarinya dia mengekori gadis itu hingga tiba ke suatu tempat yang tidak diketahuinya di mana. Seung Hui terus mengekori gadis itu hingga dia mulai sedar akan situasi dirinya yang berada di tempat yang begitu asing. Mahu tidak mahu dia terpaksa bertanya kepada gadis itu samada terdapat hotel atau rumah tumpangan di kawasan itu. Jawapan gadis itu menghampakannya. Sedang dia kebingungan mencari tempat untuk bermalam, gadis itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Kim Bok Sil menawarkan bermalam di rumahnya dengan mengatakan rumahnya adalah home stay bagi pelancong yang datang ke situ.
Ibunya terkejut melihat Bok Sil membawa seorang lelaki ke rumah mereka. Rumah yang sangat kecil dan kurang selesa itu di tambah dengan ketiadaan lauk pauk yang mencukupi untuk dijadikan hidangan orang lain. Tetapi dia terpaksa menurut kata-kata Bok Sil memandangkan hari sudah larut malam dan ketiadaan bas untuk keluar dari situ pada waktu malam begini. Seung Hui tidak dapat tidur lena kerana gangguan dari serangga dan keadaan bilik yang dipenuhi dengan herba dan segala macam makanan yang dikeringkan.
Apabila hari siang, dia bertanya Bok Sil di mana terdapat kawasan-kawasan yang cantik pemandangannya. Bok Sil membawa Seung Hui ke suatu kawasan air terjun yang sememangnya amat cantik pemandangannya pada Seung Hui tetapi biasa sahaja pada Bok Sil kerana dia memang penduduk di situ. Bok Sil tidak tahu apa pekerjaan Seung Hui dan menggangap Seung Hui adalah seorang yang tiada pekerjaan dan masih belajar.
Setelah beberapa minggu berlalu, Seung Hui membawa rombongan penggambaran ke kampung Bok Sil. Bok Sil yang teruja apabila mendengar berita itu bergegas untuk melihat penggambaran itu secara dekat. DI situ dia terlihat Seung Hui sedang mengarahkan anak buahnya bekerja. Fahamlah dia bahawa Seung Hui adalah seorang pengarah filem bukan seorang penggangur seperti sangkaannya. Seung Hui pura-pura tidak mengenalinya. Bok Sil mengambil kesempatan bekerja di situ sebagai penyedia makanan untuk krew-krew penggambaran memandangkan ketiadaan kedai makan atau restoran di perkampungan itu. Di situ juga dia bertemu dengan Han Jeong Hoon. Jeong Hoon terkejut melihat Bok Sil yang mempunyai rupa paras yang sama denga Hye Su. Dia mulai mengesyaki sesuatu. Bok Sil bertanya padanya samada dia mempunyai pekerjaan untuknya di bandar. Ini kerana dia mahu mengumpul wang untuk kos rawatan ibunya yang sering pengsan dan lemah itu. Jeong Hoon memberikan kad miliknya.
Bok Sil memujuk ibunya supaya membenarkan dirinya ke bandar mencari pekerjaan. Pada mulanya, ibunya keberatan tetapi akhirnya membenarkannya. Di bandar, Bok Sil tinggal bersama kawannya, Seon Jeong. Dia ke syarikat milik Han Jeong Hoon tetapi malangnya lelaki itu tiada kerana berurusan di luar negara. Tetapi nasibnya baik apabila terjumpa Mi Hyeon yang turut berada di kampungnya semasa penggambaran filem itu. Mi Hyeon tidak sampai hati melihat wajah kecewa Bok Sil lalu dia menghantar Bok Sil bekerja sebagai pembantu di bawah arahan Seung Hui. Bok Sil yang tidak tahu apa-apa terkejut apabila melihat Seung Hui. Seung Hui jugak terkejut melihat Bok Sil tetapi pura-pura tidak terkesan dengan situasi itu.
Setelah habis waktu bekerja, Seung Hui pulang ke rumah tetapi Bok Sil tidak pulang ke rumah kerana hari sudah malam dan dia tidak tahu menaiki kenderaan di waktu malam. Jadi, dia mengambil keputusan untuk bermalam di pejabat sahaja. Seung Hui yang menyedari hpnya tertinggal, balik semula ke pejabat dan mendapati Bok Sil sedang menggunakan telefon bimbitnya. Dia pura-pura memarahi Bok Sil dan mengajak Bok Sil pergi makan sebagai denda kerana menggunakan telefon bimbitnya.
Di restoran, Seung Hui teringat pada Hye Su apabila berdepan dengan Bok Sil. Semasa memesan makanan, Seung Hui membuat pesanan seperti yang selalu di pesan oleh Hye Su tetapi Bok Sil tidak mahu makanan yang dipesan Seung Hui itu. Bok Sil jadi marah akan tindakan Seung Hui itu. Seung Hui tidak makan makanan yang di pesannya, hanya minum wine sampai mabuk. Ketika Seung Hui pergi ke tandas, Bok Sil menunggu sehingga pelayan restoran menghampirinya dan memberitahu mereka mahu menutup restoran. Terpaksalah Bok Sil membayar harga makanan. Di luar, dia melihat Seung Hui dalam keadaan mabuk. Seung Hui melihat Bok Sil sebagai Hye Su. Dia memegang wajah Bok Sil sambil menangis dan memeluk Bok Sil. Bok Sil yang tidak tahu apa-apa itu merasa takut dan bertindak menendang kaki Seung Hui dalam usaha melepaskan dirinya. Saat itu baru Seung Hui tersedar dari khayalannya. Bok Sil yang sedang marah, menuduh Seung Hui lelaki gatal yang suka mengambil kesempatan ke atas perempuan kampung sepertinya.
Ulang tahun kematian Hye Su tiba lagi. Seung Hui pergi ke pusara Hye Su tetapi di pertengahan jalan dia terserempak dengan keluarga Hye Su. Ibu Hye Su naik berang apabila ternampak kelibat Seung Hui. Dia bertindak memukul Seung Hui tetapi dibiarkan sahaja oleh Seung Hui. Keadaan di tenangkan oleh Jeong Hoon yang sememangnya mengikuti ibu Hye Su ke situ. Dia meminta Seung Hui beredar dari situ. Seung Hui pulang ke rumahnya dan mulai minum minuman keras. Di pejabat, Chan Ho telah meminta Bok Sil memberi telefon bimbit milik Seung Hui di rumahnya sedangkan Bok Sil tidak mengetahui di mana rumah Seung Hui. Setelah berjalan agak lama, dia menelifon Seung Hui bertanyakan kedudukan rumahnya. Seung Hui yang pada mulanya, seakan baran tetap juga memberi arahan dan keluar dari rumahnya mencari Bok Sil. Setelah berjumpa di seberang jalan, Bok Sil menunggu lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau, tetapi Seung Hui melihat sebuah lori yang menuju laju ke arah Bok Sil. Dia berlari ke arah Bok Sil dan menerpa Bok Sil. Pada ketika itu lampu isyarat pejalan kali sudah berwarna hijau. Lori itu berhenti di hadapan mereka. Bok Sil terjatuh di dalam dakapan Seung Hui. Telefon bimbit Seung Hui terbelah dua. Bok Sil terkejut dengan tindakan Seung Hui itu dan malu diperhatikan oleh orang ramai yang berada di situ. Seung Hui memarahinya kerana bertindak melulu dan tidak memperdulikan kenderaan yang sesak sedangkan Bok Sil mempertahankan dirinya bahawa keadaan selamat sewaktu dia mahu melintas jalan tadi.
Seung Hui ke kedai telefon bimbit untuk mengantikan telefon bimbitnya yang telah pecah itu. Bok Sil menunjukkan minat terhadap telefon bimbit yang diperagakan di situ. Setelah dipujuk oleh penjual hp, Seung Hui menyuruh Bok Sil memilih telefon bimbit. Bok Sil memilih hp couple. Lebih murah katanya kerana ada diskaun.
Jeong Hoon menyiasat latar belakang Bok Sil. Dia mahu tahu siapa Bok Sil yang sebenarnya kerana Hye Su mempunyai seorang adik perempuan yang terpisah kerana kebakaran di sebuah restoran semasa kecil dahulu. Dan hasilnya, memang terbukti yang Bok Sil adalah adik Hye Su iaitu Hye Rim. Bok Sil di bawa ke rumah ibunya. Dia terpegun melihat rumah yang besar dan mewah itu. Ibu kandungnya bersama sangat gembira bila mengetahui anaknya masih ada setelah dia kehilangan Hye Su. Ibunya tidak mengetahui yang Bok Sil atau nama sebenarnya Hye Rim bekerja di bawah Seung Hui, lelaki yang paling dibencinya itu. Mi Hyeon terpaksa meminta Bok Sil merahsiakan perkara itu dari pengetahuan ibu kandungnya itu. Mi Hyeon juga menceritakan perihal Hye Su kepada Bok Sil. Bok Sil melihat gambar Hye Su bersama Seung Hui. Dan fahamlah dia kini kenapa sikap Seung Hui begitu apabila melihat dirinya.
Dia tetap mahu bekerja dengan Seung Hui walaupun mengetahui akan cerita Hye Su. Dia tidak berterus terang pada Seung Hui siapa dirinya yang sebenar. Dia meminta Seung Hui menjaga pokok bunga yang diberikan Seung Hui dan memberitahu yang dia mahu berhenti kerja. Seung Hui yang tidak mengerti dengan tindakan Bok Sil itu meminta penjelasan tetapi Bok Sil hanya melarikan diri dari Seung Hui.
Syarikat milik datuk Hye Rim membuat parti memperkenalkan cucunya yang lama terpisah. Dan bila Hye Rim diperkenalkan, Seung Hui jadi terkejut dan kecewa. Hye Rim yang diperkenalkan itu adalah Bok Sil. Gadis yang baru menghuni hatinya. Kecewa kerana Bok Sil adalah Hye Rim, adik Hye Su. Dia tidak mahu terlibat dengan keluarga Hye Su lagi. Dia tahu ibu Hye Su membencinya. Jadi dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Hye Rim.
Bok Sil/ Hye Rim tidak mahu kehilangan Seung Hui. Dia mencintai Seung Hui dalam diam. Dia juga tahu yang Seung Hui mencintai dirinya bukan bayangan kakaknya, Hye Su. Tapi sikap Seung Hui amat menekan dirinya. Seung Hui tidak lagi melayan dirinya seperti dulu. Sikap dingin Seung Hui mendera hatinya. Bok Sil pulang ke kampungnya untuk membantu ibunya bertanam kentang. Tetapi sebenar itu adalah satu alasan atau protes kerana ibu kandungnya mahu menghantarnya ke luar negara untuk menyambung pelajaranya. Ibu kandung dan datuknya datang ke kampungnya untuk mengajak dia balik tetapi Bok Sil beralasan untuk tinggal di kampung sehingga selesai kerja-kerja menanam kentang di lakukan. Terpaksalah datuknya meminta Seung Hui menjemput Bok Sil pulang semula ke Seoul dan berjanji akan membenarkan Bok Sil bekerja di bawah Seung Hui. Seung Hui tidak memperdulikan pada mulanya, tetapi pergi jugak ke kampung Bok Sil untuk menjemputnya balik ke Seoul. Bok Sil yang terkejut dengan kehadiran Seung Hui akhirnya, mengikut Seung Hui pulang ke Seoul setelah mendengar persetujuan datuknya membenarkan dia bekerja semula di situ.
Bok Sil belajar menulis skrip di bawah seliaan Sang Woo, seorang penulis terkenal. Dia bekerjasama dengan Seung Hui untuk filem yang bakal di terbitkan tidak lama lagi. Seung Hui meminta Sang Woo mengajar Bok Sil cara-cara menjadi penulis skrip.
Ibu Bok Sil di kampung terasa hati dengan sikap ibu kandung Bok Sil. Ibu kandung Bok Sil menyalahkannya kerana terlalu rapat dengan Bok Sil sehingga Bok Sil tidak mahu rapat dan mesra dengannya. Ibu Bok Sil berusaha untuk menjauhkan diri dari Bok Sil. Panggilan dari Bok Sil di biarkan tidak bersambut. Kalau di sambut pun, sekejapan cuma. Bok Sil hairan dengan sikap ibunya itu.
Ibu kandung Bok Sil ingin mengadakan majlis hari lahirnya. Bok Sil yang teruja kerana tidak pernah meraikan hari jadi dengan suasana meriah berasa begitu gembira. Ibu kandung Bok Sil menjemput Seung Hui hadir ke majlis itu dengan harapan Seung Hui sedar yang Hye Rim adalah adik kandung Hye Su. Jikalau Hye Su masih ada tentunya Hye Rim adalah adik iparnya. Jadi, ibu kandung Bok Sil mengharapkan Seung Hui tidak lagi menaruh perasaan pada Bok Sil.
Seung Hui berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku padanya, sedangkan hatinya bercelaru dengan pelbagai rasa. Perasaannya pada Bok Sil bukan mainan. Cinta terlalu mendalam. Di saat Bok Sil berterus terang tentang perasaannya, di keraskan hatinya menolak cinta gadis itu. Terlalu banyak yang difikirkannya. Penerimaan ibu kandung Bok Sil terutamanya. Dia tidak mahu menyakiti hati ibu itu lagi. Lebih-lebih lagi hati Bok Sil sendiri. Dia tahu sekiranya mereka bersama pasti akan membuatkan gadis itu lebih menderita. Biarlah dia menderita sendiri. Dia tidak kisah.
Bok Sil kecewa dengan sikap Seung Hui terhadapnya. Akhirnya dia bersetuju mengikut ibu kandungnya pergi ke Amerika kerana merasakan Seung Hui tidak mahu menerima dirinya. Namun, perasaan terlalu menyayangi tidak tertanggung lagi oleh Seung Hui. Dia nekad untuk bersama Bok Sil walau apa yang terjadi. Di nyatakan perasaannya pada Bok Sil. Dinyatakan jugak akan situasi yang bakal ditempuhi mereka nanti dan sekiranya Bok Sil masih mahu bersamanya, Bok Sil haruslah bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal.
Ibu kandung Bok Sil mulai keresahan apabila mengetahui yang hubungan di antara Bok Sil dan Seung Hui semakin rapat. Dia mengambil keputusan untuk membawa Bok Sil ke luar negara dengan segera. Bok Sil tidak mahu. Dan apabila kereta yang dinaikinya berhenti di lampu isyarat, Bok Sil membuka pintu kereta dan melarikan diri. Kebetulan pula, Seung Hui tiba di situ, dia membantu Bok Sil melarikan diri dari ibu kandungnya itu. Mereka pergi ke Pulau Jeju untuk mententeramkan suasana. Di sana Seung Hui meminta Hye Su merestui hubungan mereka berdua.
Sekembalinya Bok Sil di rumah ibu kandungnya, dia melihat ibu kandungnya terlantar sakit. Sikap ibunya berubah. Dia tidak mahu menerima Bok Sil. Dia menyuruh Bok Sil kembali kepada kehidupan lamanya sebelum dia mengenali gadis itu dulu. Dia tidak mahu menganggap Bok Sil sebagai anaknya lagi. Bok Sil berasa sedih tetapi dia tetap berbuat baik terhadap ibunya. Mi Hyeon menuduhnya pentingkan diri sendiri apabila tergamak melihat ibunya berkeadaan begitu. Bok Sil hanya mendiamkan diri.
Hasrat ibu Seung Hui supaya Bok Sil dapat meraikan hari lahir anaknya itu kerana dia tidak sempat berbuat demikian kerana harus kembali ke Australia. Bok Sil mengotakan janji itu. Terharu Seung Hui apabila Bok Sil membuat suprise party untuknya. Selepas meraikan hari lahirnya, mereka bermain bola bersama. Setelah itu baru dinyatakan hasratnya untuk berpisah dengan Seung Hui. Dan Seung Hui tidak mahu mendera perasaan Bok Sil bersetuju dengan cadangan Bok Sil itu. Dia mendoakan Bok Sil akan bahagia dan dapat mencapai apa yang diinginkan dalam hidup gadis itu.
Bok Sil pulang ke kampungnya. Dia tidak mahu lagi pergi ke Seoul. Dia berharap ibu kandungnya akan sihat kembali setelah ketiadaannya. Tidak di sangka olehnya, ibu kandungnya datang mencarinya di kampung. Ibunya mahu dia kembali ke Seoul. Bok Sil bersetuju mengikut ibunya pulang ke bandar itu dengan syarat ibunya bermalam di rumah yang dihuninya semenjak kecil itu.
Setelah sekian lama berpisah, pertemuan dengan Bok Sil dirasakan begitu janggal sekali. Bila di lihat Bok Sil di samping Jeong Hoon, hatinya mengharapkan Bok Sil akan bahagia di samping lelaki itu. Selepas pertemuan itu, Bok Sil menangis tak henti-henti di hadapan Jeong Hoon sehingga tidak sanggup Jeong Hoon melihat kesedihan yang ditanggung Bok Sil. Dan di atas rasa simpati kepada pasangan itu, Jeong Hoon bertemu dengan ibu kandung Bok Sil. Memujuk agar ibu itu dapat menerima Seung Hui sebagai kekasih Bok Sil. Diyakini bahawa Seung Hui sudah banyak berubah dan perasaan cinta antara keduanya terlalu mendalam sehingga sukar di halang oleh sesiapa pun dan dia tidak sanggup menjadi perosak hubungan mereka.
Bapa Seung Hui merasakan anaknya perlu dibantu untuk melupakan cintanya pada Bok Sil. Jadi, dia mengaturkan pertemuan dengan seorang gadis yang begitu meminati Seung Hui. Tetapi Seung Hui tidak bersetuju dengan cara ayahnya itu. Walau bagaimanapun dia terpaksa melayan gadis itu kerana terperangkap dengan helah yang diatur ayahnya. Perkara itu sampai jua ke pengetahuan Bok Sil. Dia berasa sedih kerana baru sekejapan mereka berpisah, Seung Hui sudah mencari calon kekasih yang lain. Dia merasakan cinta Seung Hui terhadapnya tidak lah sekuat mana. Setelah di terangkan pada Seung Hui akan perasaannya itu, Seung Hui berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi.
Sesampai di rumahnya, Bok Sil menangis tak henti-henti. Apabila ibu kandungnya bertanya dia berterus terang berjumpa dengan Seung Hui secara tidak sengaja. Dia tidak tahu kenapa air matanya tidak berhenti-henti mengalir. Bok Sil meminta maaf pada ibunya itu dan berjanji tidak akan menangis lagi di lain hari dan meminta ibunya memberi keizinan untuknya menangis hari ini sahaja. Ibu kandungnya meninggalkannya menangis semahu-mahunya di dalam bilik itu. Di luar bilik, ibunya turut menangis sama melihat kesedihan yang ditanggung Bok Sil itu.
Keesokkan hari, ibu kandung Bok Sil berjumpa dengan Seung Hui. Dia memberitahu perihal Bok Sil yang menangis tidak henti-henti setelah bertemu dengan Seung Hui semalam. Seung Hui berasa bersalah dan meminta maaf dan berjanji tidak akan bertemu dengan Bok Sil lagi. Tetapi ibu kandung Bok Sil menyatakan persetujuannya membenarkan mereka bercinta. Dan mahu Seung Hui berjanji akan membahagiakan anaknya itu. Seung Hui berasa gembira dengan kata-kata ibu kandung Bok Sil itu.
Seung Hui berjumpa dengan Bok Sil. Dinyatakan persetujuan ibu kandung Bok Sil menerima dirinya dan mereka buleh kembali bercinta. Bok Sil bagai tidak percaya tetapi berasa gembira dengan perkara itu. Ibu kandungnya meminta mereka bertunang dan kerana perkara itu mereka bertengkar. Bok Sil merajuk dan memulangkan cincin pemberian Seung Hui. Tetapi setelah lama menyepi, barulah dia sedar akan kesilapan dirinya. Dia memujuk Seung Hui dan akhirnya mereka berdamai kembali.
Majlis pertunangan yang di adakan di restoran ginseng chicken tidak berjalan selancarnya apabila ayah Seung Hui mula membuat onar. Dia seakan mahu mengoda ibu Bok Sil. Tetapi tindakannya menyebabkan pergaduhan di antara cikgu Bok Sil dan ayah Seung Hui. Akibatnya, semua orang beredar meninggalkan mereka berdua.Seung Hui memarahi Bok Sil kerana mahu mengadakan majlis pertunangan mereka di restoran itu. Bok Sil pula menyalahkan ayah Seung Hui yang gatal mahu mengoda ibunya.
Percintaan mereka berjalan seperti biasanya. Sekejap bertengkar dan sekejap baik semula. Namun cinta mereka tetap ada dan mekar walau banyak cabaran yang mendatang.Tamat ...
Para pelakon :
Kim Rae Won sebagai Choi Seung Hui
Jeong Ryeo Won sebagai Bok Sil / Hye Su

* Best sesangat drama ni ... kelaka ada .. romantik ada .. sedih ada .. semua ada .. kisah percintaan yang penuh dengan rintangan .. memula kekasih dia mati .. pastu jumpa gadis yang serupa kekasih dia tu .. kasih mulai bercambah .. tapi rupanya gadis itu adalah adik kekasih dia yang dah mati tu .. halangan dari ibu kekasih dia pulak .. memang dari awal ibu dia menentang hubungan diaorang .. dari kakak sampai ke adik .. ibu dia tak suka hero ni .. kononnya hero ni perangai tak bagus .. baran dan tak hormat orang lain .. tapi sejak kematian kekasih dia dan sejak berkasih dengan adik kekasih dia, perangai dia dah berubah .. dah tak baran dan sanggup berkorban perasaan sendiri demi orang lain .. tapi cinta sejati akan bersatu akhirnya .. gituuuuu .. best sangat .. lagu-lagu dalam cerita ni pun best .. nanti tepek kat sini lirik lagu dalam cite ni ...
😍😍😍
ReplyDelete