Lagi sebuah novel karya Aina Emir yang menjadi koleksi aku .. hari ni novel yang bertajuk Seharum Kasih yang menjadi pilihan aku untuk di buat sinopsis .. novel yang merangkumi semua elemen perasaan .. rasa suka, duka sedih, gembira, geram .. semua di adun dengan sempurna oleh penulisnya, Aina Emir menjadikan novel Seharum Kasih ini begitu meninggalkan kesan di hati ... kisah percintaan sepasang kekasih yang penuh dengan dugaan dan halangan .. even dan kahwin pun masih diduga hati si isteri ... hmm .. apa pun jom layan sinopsis novel Seharum Kasih ni yang digarap sinopsisnya oleh aku ...
" Cinta kita tak pernah layu kerna ia sentiasa dibaja angin rindu "
Sinopsis oleh : aznanie
Rasya Aleeya tidak menyangka dengan hanya bersms hatinya boleh berdetak. Senang melayani sms yang diterima dari jejaka yang tidak pernah dikenali itu. Hanya namanya yang diketahui. Reeza! Nama itu bagai melekat di hatinya. Kemudian mereka saling berbalas panggilan pula. Indahnya saat berbicara dengan jejaka itu walaupun tidak mengenal paras rupa.
Pertemuan yang dirancang mengetarkan jiwa. Dan bila melihat ketampanan jejaka itu, Rasya Aleeya bagai hilang keyakinan. Layakkah dia untuk bergandingan dengan jejaka itu. Keturunan Syed pulak tu. Namun semua itu luntur dengan kesungguhan Syed Reeza untuk memiliki dirinya.
Namun ketika bunga-bunga cinta baru mulai memekar, datang fitnah dan tomahan. Adri, bekas suami Tengku Maria memberitahunya yang Tengku Maria mengandungkan anak Reeza. Rasya Aleeya yang termakan fitnah itu terus mempercayai dan bertindak meninggalkan Reeza tanpa memberitahu apa puncanya.
Akibat mempercayai kata-kata Adri, Rasya Aleeya bertindak menerima pinangan sepupunya, Fahmi yang memang menaruh perasaan padanya sejak kecik lagi. Opahnya paling gembira kerana opahnya memang mahu melihat Rasya Aleeya bersatu dengan Fahmi.
Reeza yang tertekan dengan tindakan drastik Rasya Aleeya bertindak memaksanya memberitahu apa sebabnya Rasya Aleeya meninggalkannya. Akhrinya kebenaran terbongkar jua. Namun, semua sudah terjadi. Rasya Aleeya kini tunangan orang. Dia tidak tahu bagaimana caranya untuk memutuskan pertunangan dengan Fahmi.
Walaupun dia tunangan orang, namun perhubungannya dengan Reeza tetap berjalan seperti biasa. Bercuti bersamanya adalah saat paling indah dalam hidupnya. Pulau Redang menyaksikan bertapa dalamnya cinta mereka. Terlupa pada status dirinya. Lupa pada Fahmi yang ternanti-nanti khabar darinya.
Sekembalinya dari Pulau Redang, ibu Fahmi sakit tenat. Kanser pangkal rahim yang menyerangnya sudah sampai ke tahap kritikal. Ibunya mahu melihat Fahmi dan Rasya Aleeya di satukan sebelum dia menutup mata. Rasya Aleeya serba salah. Dia tidak mahu hidup bersama lelaki yang tidak di cintai itu. Dia mahukan Reeza, cinta hatinya. Namun pujukan Fahmi melemahkan dirinya. Fahmi memintanya menunaikan permintaan terakhir ibunya dan selepas itu sekiranya Rasya Aleeya masih tidak dapat menerima dirinya mereka akan berpisah dan Rasya Aleeya bersetuju dengan rancangan Fahmi.
Reeza yang tidak dapat menerima berita perkahwinan Rasya Aleeya telah jatuh sakit. Jiwanya tidak tenteram dan bayangan Rasya Aleeya terus menghantuinya. Ibubapanya menghantarnya ke Bandung untuk mengubati penyakit yang dideritainya. Reeza perlu dibawa jauh dari Kuala Lumpur untuk dipulihkan semangatnya. Berbulan-bulan Reeza terlantar di Bandung. Hanya Hilda, gadis manis anak teman ibunya yang setia di sisi. Namun kehadiran Hilda tidak sedikit pun memberi kesan pada hatinya.
Seminggu lepas kematian ibu Fahmi, Fahmi dan Rasya Aleeya berbincang tentang hubungan mereka. Rasya Aleeya tetap dengan keputusannya dan Fahmi juga tidak mahu terus menjadi suami yang dayus untuk terus memaksa Rasya Aleeya kekal bersamanya sedangkan hati Rasya Aleeya masih pada lelaki lain. Fahmi yang biasa dengan urusan di mahkamah telah menguruskan supaya perkahwinan mereka ditamatkan. Ini kerana mereka tidak pernah bersama dan status Rasya Aleeya adalah janda berhias. Walau apa pun gelarannya, dirinya tetap seorang janda. Dan kerana malu dia tidak menghubungi atau berjumpa dengan Reeza. Malu kerana berkali-kali dia meninggalkan Reeza. Dia berdoa semoga Reeza bertemu dengan gadis yang lebih baik dari dirinya. Walau dia menderita tetapi dia redha kerana ini adalah kesilapannya.
Pertemua kembali antara Reeza dan Rasya Aleeya membangkitkan kenangan lama. Rasya Aleeya tidak menceritakan siapa dirinya kini. Dia tidak mahu Reeza kembali padanya dan terluka lagi. Namun tidak bagi Reeza. Dia bersungguh-sungguh ingin mendampingi Rasya Aleeya dan apabila dia mengetahui yang Rasya Aleeya sudah bersendirian makin kuat perasaan itu. Rasya Aleeya serba salah kerana di ketahuinya yang Reeza adalah tunangan Hilda.
Namun jodoh dan pertemuan adalah ketentuan tuhan. Sudah di takdirkan Rasya Aleeya akan menjadi milik Syed Reeza. Perkahwinan bersyarat itu amat memeritkannya. Walang hatinya kerana terlanjur berjanji untuk membenarkan suami tercinta mengahwini Hilda kerana tidak mahu persahabatan antara kedua ibu bapa Reeza tergugat bersama kedua orang tua Hilda. Sakitnya hati melihat Reeza bermesra dengan Hilda walaupun hanya di telefon.
Reeza membawa Rasya Aleeya berbulan madu di Bali. Berat hati Rasya Aleeya mengikut suaminya kerana dia tahu Reeza mahu ke Bandung bertemu Hilda. Namun dia tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana dirinya yang beria-ia menyuruh Reeza mengambil Hilda sebagai isteri keduanya.
Pertemuan dengan Hilda merobek-robek hatinya. Di akui Hilda seorang gadis yang baik. Malah lebih baik dari dirinya. Namun untuk menerima Hilda sebagai madunya amat memeritkan tambahan pula sayang dan cintanya pada Reeza seluas lautan.
Pada Reeza di luahkan perasaannya. Apa yang terpendam di hatinya di luahkan pada Reeza agar suaminya ini mengerti perasaannya. Ketidaksanggupannya berkongsi kasih suami. Namun hatinya bertambah walang apabila Reeza hanya menyuruh dia bersabar kerana apa yang berlaku adalah kemahuan Rasya Aleeya sendiri.
Sekali lagi bertemu Hilda, bagai belati yang menusuk hatinya, namun penjelasan Hilda membuatkan dirinya terpana. Sebenarnya ini semua adalah rancangan Reeza untuk memberi pengajaran kepada Rasya Aleeya supaya lebih memahami perasaannya. Sakit yang dirasakan Rasya Aleeya adalah sama sakitnya dengan apa yang ditanggung Reeza apabila Rasya Aleeya membuat keputusan meninggalkannya tanpa kata-kata dahulu. Bukanlah tujuannya untuk membalas dendam tapi untuk menyedarkan Rasya Aleeya supaya lebih prihatin dan berfikir sebelum membuat sebarang keputusan. Rasya Aleeya bersyukur kerana dikurniakan suami sebaik Syed Reeza. Dia berdoa semoga rumahtangga yang dibina ini akan berkekalan dan bahagia hingga ke akhirnya. Tamat ...
Penulis : Aina Emir
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5
* Best .. best .. best .. novel yang best sekali ... seronok baca bab percintaan hero ngan heroin ... usik mengusik .. membuatkan tersenyum sendiri sambil membaca .. haha .. kelaka masa Rasya geram sebab Reeza melayan Hilda dengan mesra kat hp ... kata tak nak kahwin dua tapi reaksi tak macam tak suka jek .. haha .. gelak baca ... sedih bila Rasya ingat Reeza memang betul-betul nak kahwin dengan Hilda .. aku paham perasaan Rasya sebab aku juga seorang isteri .. walahhhh ... emosi lagi ... hehe .. kalau nak lagi best kena lah baca sendiri novelnya ya ...
No comments:
Post a Comment