Pages

Tuesday, May 08, 2012

Sinopsis Novel 'Impian Kasih - Liza Zahira'

Hari ni nak buat sinopsis novel lagi ... hehe .. maklum le .. tengah mood membaca ... jangan jelos ... ok .. ari ni nak buat sinopsis novel Impian Kasih ... novel ni tentang percintaan seorang gadis yang bernama Hazita ... mencintai seorang jejaka tetapi hasratnya tidak kesampaian sebab jejaka itu sudah pun beristeri ... sedih kan ... musnah impian .. tapi tak pe .. sebab kumbang bukan seekor ... dalam diam ada jejaka yang memendam perasaan padanya ... akhirnya bahagia ... biasalah .. novel happy ending mesti bahagia di akhirnya .. macam mana bentuk bahagia tu yang berbeza ... jadi, jom layan sinopsis novel Impian Kasih karya Liza Zahira ni ...

" Ku tahu masih ada rasa cinta dari sinar mata mu "

Sinopsis oleh : aznanie

Hazita, gadis yang cukup menawan. Bentuk badan yang seakan-akan modal dan rupa paras jelita, dirinya bagai seorang ratu. Namun kecantikannya itu bukan pengukur untuknya berjaya dalam percintaan. Yazid jejaka yang dicintainya curang padanya. Sejak itu dia seakan serik untuk melangkah ke alam percintaan. Sehingga dibiarkan sahaja salam kasih Hairie terbiar tanpa sahutan.

Namun, kehadiran jejaka bernama Amer Hamzah telah membuka kembali tabir cinta untuknya. Hatinya berbunga riang bila di samping jejaka itu. Ternyata dirinya tidak bertepuk sebelah tangan. Indahnya dibuai perasaan.

Di sangka bahagia hingga ke akhirnya tapi tak siapa menduga begini jadinya. Seorang wanita dari Korea, Joo Eun mengaku Amer Hamzah itu suami yang dinikahi tanpa restu keluarga. Amer Hamzah pergi kerana terlalu terburu-buru membuat keputusan. Setianya Joo Eun menanti Amer Hamzah kembali ke pangkuannya, namun terlalu lama penantiannya. Amer Hamzah bagai melupakan dirinya. Joo Eun mahu bertemu dengan Amer Hamzah sebelum nafasnya terhenti.

Terkedu Hazita menerima berita itu. Sakitnya hati dipermainkan oleh orang yang dicintai, namun dia pasrah. Amer Hamzah harus kembali ke pangkuan Joo Eun. Walau apa alasan sekali pun, dirinya tidak mahu menjadi penghalang antara suami isteri itu.

Dalam mengharungi derita, terpaut kasih pada yang setia mengasihinya. Huluran kasih Hairie yang dibiar sepi di sambut kini. Terharu dengan sikap penyabar dan prihatin Hairie padanya. Hazita mulai sedar siapakah yang lebih menyayangi. Melihat Amer Hamzah dan Joo Eun bahagia, hatinya bahagia jua. Bersama Hairie, kehidupannya lebih bermakna apatah lagi dengan kehadiran cahayamata yang bakal lahir tidak lama lagi. Hazita bersyukur kerana memperoleh cinta yang luhur dari suaminya, Hairie. Tamat ...

Penulis : Liza Zahira
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5

* Jalan cerita yang sangat menarik ... gaya bahasa yang mudah difahami .. simple tak berbelit-belit ... tentang wanita yang mencari cinta abadi ... bila dirasakan dah jumpa rupanya cinta itu bukan miliknya ... sedih .. tapi rupanya cinta yang dicari ada di depan mata ... cinta yang mencarinya .. touching kannn ... hehe ... sukee sangat Hazita akhirnya kahwin dengan Hairie ... tak sukee Amer sebab dah ada isteri pun mengaku bujang .. tak sukeeee ... hehe .. emo pulak dahhh .. kalau nak best kena baca sendiri novel ni .. baru paham apa yang aku cakapkan ni .. huhu

No comments:

Post a Comment