Telur Gulung (Egg Roll)
Bahan-bahan :
- 4 biji telur
- 1/2 biji lobak merah
- 2 helai daun bawang
- Garam dan serbuk perasa (terpulang pada citarasa anda)
Cara Membuat :
- Pecahkan telur dalam mangkuk
- Kacau telur hingga kuning telur sebati dengan putih telur
- Cincang lobak merah dan daun bawang hingga lumat (terpulang pada citarasa nak lumat macam mana)
- Masukkan lobak dan daun bawang yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk yang berisi telur
- Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
- Kacau sebati semua bahan
- Beginilah rupa bancuhan telur setelah di kacau tadi
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali non-stick
- Bila minyak sudah panas, masukkan bancuhan telur tadi ke dalam kuali
- Biarkan hingga bahagian bawah telur masak
- Hendaklah menggunakan api yang kecil sahaja
- Setelah bahagian bawah telur masak, gulung sedikit bahagian tepi untuk tapak gulungan
- Teruskan menggulung telur sehingga selesai
- Pastikan bahagian atas telur belum kering supaya dapat melekatkan gulungan telur
- Biarkan telur yang telah siap digulung di dalam kuali kira-kira seminit supaya bahagian dalam telur masak
- Potong mengikut lebar satu jari ibu
- Dah pun siap telur gulung (egg roll) .. yummyyy ...
saya suka penerangan bergambar...especially macam sy yang baru terkial-kial belajar memasak.. TQ
ReplyDeletenmpak sgt sedap..terima kasih sbb share..bleh sy cuba resepi ni?
ReplyDeletewah, terima kasih kerana memberi penerangan yg sangat details. senang aje rupanyer. hehehe boleh la balik ni saye buat :) terima kasih tuan tanah :)
ReplyDeletecara masak mcm simple jer tp mesti sedap...
ReplyDeletepenerangan yg details... TQ
Terima kasih untuk rsepi trsebut..sye first time ingin mencuba..harap2 jadi :')
ReplyDeleteThanks , ia menjadi
ReplyDelete