Pages

Saturday, April 14, 2012

Sinopsis Novel 'Masih Setia - Aisya Sofea'

"Kau bilang sayang, Aku kata benci ..."

Sinopsis oleh : aznanie

Miera terpaksa menurut kemahuan moyangnya dari Tanah Tinggi untuk  menjodohkannya dengan Rudi. Hati yang tidak rela ingin menolak namun mengenangkan keadaan moyangnya yang telah uzur, dia tidak tega. Dibiarkan mereka merencanakan semuanya. Berharap hatinya akan terbuka untuk jejaka itu. Mungkinkah????

Rudi seorang jejaka dari Tanah Tinggi. Mempunyai pekerjaan yang baik. Sangat menghormati orang tua. Berbudi pekerti luhur. Juga mempunyai perwatakan yang menarik. Hatinya terpaut pada pandangan pertama. Dirasakan Miera adalah calon yang tepat untuk mengisi kekosongan hatinya. Namun tiada paksaan dari pihaknya untuk Miera menerima dirinya. Miera bebas membuat pilihan. Ketulusan hatinya terserlah bila dia merelakan apa pun jua keputusan yang dibuat Miera. Namun, semua itu sedikit pun tidak mendatangkan bekas di hati Miera. Dia pasrah.

Kehadiran Dr. Malik menarik hatinya. Perasaannya bagai di awangan bila bersama jejaka itu.  Tanpa sedar dia merapati jejaka itu meski pun dia tahu yang jejaka itu sudah ada kekasih hati. Niat untuk membantu di salah erti. Di tuduh dirinya ingin menghancur lumutkan perhubungan yang terjalin sekian lama. Miera kecewa. kecewa yang amat sangat.

Miera membawa diri. Menjauhkan diri dari si jejaka. Namun tanpa sedar si jejaka mengikuti jejaknya. Kata maaf yang terungkap langsung tidak mahu didengar. Dr.Malik tidak berputus asa. Dia yakin cintanya hanya untuk Miera. Gadis itu harus ditawan semula. Kelancangan mulutnya memusnahkan segala. Dia harus perbetulkan semuanya.

Pujukan demi pujukan. Campur tangan ibu dan kakak Miera akhirnya melembutkan hati batunya. Dikikis keegoan. Mentelah masih berbaki cintanya untuk jejaka nan satu itu. Menerima Dr.Malik kembali dalam hidupnya adalah suatu yang amat membahagiakan. Cinta mereka di simpulkan dalam ikatan perkahwinan yang menjanjikan kebahagiaan. Tamat ...

Penulis : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21
Point : 4/5
Aisya Sofea

* Baca novel ni macam-macam perasaan ada .. sedih .. suka.. geram .. marah .. menyampah .. hahaha .. emo pulak aku ni .. betul .. macam suka jek kalau Miera tu dengan Rudi .. digambarkan Rudi tu cam lelaki ideal jek .. hehe .. tapi penulis nakkan Miera ngan Malik .. mungkin sebab Miera jatuh hati pada pemain seruling di waktu malam kot .. pemain seruling tu si Malik la .. gituuuu citenya ... hehe .. nak lebih best kena baca novelnya .. baru faham apa yang aku maksudkan .. hehe

No comments:

Post a Comment