Pages

Sunday, April 08, 2012

Cerekarama TV3 'Nurin Najwa'

Cerekarama malam tadi kat Tv3 ... tak kemana-mana .. jadi, tengok ler cite ni sampai habis .. bertemankan anak kecik yang dah terlentok tidur .. hahaha .. apa daaaa .. cite best-best dia tido pulak .. cite Nurin Najwa ni ada unsur-unsur seram jugak .. hehe .. pengajaran pun banyak .. jadi .. jom layan sinopsis cite Nurin Najwa yang digarap oleh aku ..

Sinopsis oleh : aznanie

Sari Yanti sebagai   Nurin Najwa
Zahiril Adzim sebagai   Irfan
Zamarul Hisham sebagai   Cikgu Fikri
Nisha Dirr sebagai   Tika
Betty Benafe sebagai   Datin Zaharah

Cerekarama Nurin Najwa ... teraju utamanya .. Sari Yanti sebagai Nurin Najwa dan Zahiril Adzim sebagai Irfan ...

Mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang gadis bernama Nurin Najwa yang baru berpindah ke suatu kawasan pendalaman dari Kuala Lumpur. Di situ dia berkenalan dengan seorang jejaka bernama Irfan. Najwa dan Irfan adalah rakan sekelas. Mereka selalu mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Bersama-sama belajar di kelas tuisyen yang sama.

Keakraban mereka dicemburui oleh Tika yang menaruh hati kepada Ifran. Di ceritakan tentang sejarah keluarga Irfan kepada Datin Zaharah, ibu tiri Nurin Najwa. Datin Zaharah yang tidak senang dengan cerita itu telah melarang Najwa berkawan dengan Irfan. Dia memberhentikan pembelajaran Najwa di tuisyen dan mengupah tutor peribadi iaitu Cikgu Fikri mengajar Najwa di rumah.

Sejak itu hubungan Irfan dan Najwa menjadi renggang. Najwa yang terpikat dengan kekacakan Cikgu Fikri mulai hilang arah. Sehingga dia didapati hamil. Najwa takut rahsianya terbongkar. Dia tidak mahu ibu dan bapanya tahu akan hal itu. Irfan yang sememangnya mengambil berat akan dirinya telah bertindak membantunya.

Setelah tiba waktu untuk melahirkan dan ketika itu peperiksaan SPM sedang dijalankan. Najwa masih kesekolah seperti biasa. Namun pada hari terakhir peperiksaan, Najwa tidak hadir. Irfan yang tidak sedap hati telah pergi ke rumah Najwa. Memandangkan keadaan terdesak dia telah memecah masuk ke dalam rumah dan memanggil Najwa. Dia terdengar suara Najwa di tingkat atas. Apabila dia membuka pintu bilik air yang terdapat di dalam bilik Najwa, dia terlihat darah banyak di lantai dan melihat ada janin di atas lantai bersama tali pusat. Dia tidak sanggup untuk melihatnya. Najwa meminta pertolongan Ifran untuk mengebumikan janin itu supaya tiada siapa yang akan mengetahui akan hal itu.

Irfan membawa Najwa dan mayat anaknya itu ke suatu kawasan kampung yang agak terpencil untuk menanam mayat bayi itu. Dan tanpa disedarinya, Tika telah terlihat mereka dan merakam perbuatan mereka itu menggunakan handphone miliknya.

Di rumah, Najwa di ganggu oleh mahluk kecik yang memanggilnya mama. Dia selalu menjerit ketakutan dan rupanya Irfan juga di ganggu oleh mahluk yang sama. Keadaan mereka seperti dirasuk oleh ketakutan dengan bayang-bayang sendiri.

Rahsia terbongkar. Irfan di bawa ke balai polis untuk disoal siasat. Dia menceritakan segalanya. Dan pihak polis mempercayai ceritanya. Najwa juga dipanggil untuk siasatan. Apabila ditanya siapakah bapa kepada anak itu, Najwa menuduh Cikgu Fikri tetapi setelah di herdik oleh pihakk polis yang mengatakan mereka sudah memperolehi DNA bayi itu, barulah Najwa mengakui yang bapa anaknya adalah driver ayahnya iaitu En.Bakar. Mereka sudah mulai menjalinkan hubungan sejak dari dulu lagi iaitu sebelum mereka berpindah ke situ lagi.

Setelah di bicarakan, Irfan didapati bersalah dan dihantar ke pusat pemulihan bersama Najwa. Manakala, En.Bakar dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 6 kali sebatan kerana merogol gadis di bawah umur.

Setelah hukuman mereka berakhir, Irfan dan Najwa berkahwin dan mereka menyambung pelajaran ke luar negara. Tamat ...

Sari Yanti sebagai Nurin Najwa dalam cerekarama Nurin Najwa ...

* Best gak cite nya ... cerita ni adalah dari penceritaan semula watak utama semasa disoal siasat oleh pihak polis .. jadi cam flash back ler .. kena ikut dari mula baru paham jalan citenya ... nasib baik jalan cite tak bebelit-belit ... mudah nak paham .. seram jugak tengok ada budak kecik rambut panjang merangkak turun dari almari sambil panggil mama .. pastu duduk kat atas katil .. heeee .. seram beb ... tapi dari awal cite memang highlight Cikgu Fikri yang punya angkara ... rupanya bukan ... si tua driver punya angkara ... ala si Nurin Najwa pun gedik jugak .. yang nak jugak tu siapa suruh .. kan tak pasal-pasal si Irfan pun kena hukum jugak .. nak wat cam mana ... dah pengarah suruh wat cam tu kannn .. hehe

3 comments:

  1. kite pun tgk jugak cerita ni.. memang seram tang budak² yang macam badi ikut irfan dengan najwa lps dia org tanam baby tu.. seriuuss sy siap peluk bantal.. tutup mata...

    ReplyDelete
  2. salam masya ...
    same la ... naik bulu roma tengok antu kecik tu merangkak turun almari .. hehe ... nasib baik sikit jek babak antu nya .. kalau banyak dah gerenti amik selimut .. hehe

    ReplyDelete
  3. Sya pn ada blakon gak dlm drama tu..haha

    ReplyDelete