Pages

Tuesday, December 20, 2011

Sinopsis Novel 'Belaianmu'

"Begitu cepatkah hatinya berubah?"

Sekali-sekala ... tidak terfikirkah olehmu tentang hati seorang isteri? Tentang impian dan cintanya. Tentang kesetiaan dan harapan hari-hari mendatangnya. Seorang isteri, impiannya tidak banyak. Pengorbanannya juga bukan sedikit. Lalu payahkah untuk kau merealisasikannya? Sedang isterimu rela untuk meredah walau apa jua halangan ... lembah dan onak. Salahmu ... bila keegoan yang kau junjung, telah jatuh berderai tanpa ada sudi menyambutnya. Silapmu jua ... bila kasih yang kau semai, akhirnya berlalu sebelum hadirnya musim rindu. Dan kesilapan, ambillah iktibar untuk kau jadikan pengajaran. Semoga kau sedar sebelum kelukaan merebak menjadi parah ...

Sinopsis oleh : aznanie

Zahirul Irfan tak tau di mana silapnya. Hubungannya dengan insan bergelar perempuan tidak pernah sampai ke penghujungnya. Ada saja halangan dan rintangannya untuk dia mengecap bahagia.

Sehingga dia bertemu Nur Eisya. Kerana persahabatannya dengan Shahril Azman, Irfan mengenali Nur Eisya. Pada awalnya, dia menyangka Nur Eisya berhubungan dengan Shahril Azman namun disangkal oleh gadis itu. Sehingga Shahril Azman menghilangkan diri ke Kanada. Nur Eisya di landa kesedihan. Irfan hadir merawat lara. Huluran tangan Ifran di sambut Nur Eisya walau tanpa cinta. Sekadar penganti Shahril Azman yang telah menghilang tanpa jejak.

Bahagia yang diharap tak ke mana bila Shahril Azman muncul kembali menagih janji. Nur Eisya serba salah. Antara cinta dan janji untuk bahagia bersama suami yang tidak dicintainya. Akhirnya Nur Eisya tengelam dalam pujukan Shahril Azman. Sehingga dirinya hamil hasil hubungan terlarang antara mereka.

Shahril Azman berterus terang, namun Nur Eisya tidak mempersetujuinya. Dia tidak mahu mengecewakan Irfan. Kegembiraan Irfan untuk menimang cahayamata makin membuat Nur Eisya semakin diburu perasaan bersalah terhadap suaminya. Namun, segalanya terbongkar jua setelah Nur Eisya menghadapi kesukaran untuk melahirkan. Nur Eisya tahu dirinya berdosa. Itu hukuman yang diberi oleh Allah kepadanya.

Ifran terkaku mendengar pengakuan Nur Eisya. Dia merasakan dirinya dikhianati oleh isteri yang sangat di cintainya. Juga sahabat yang dipercayainya. Dirinya menjadi sakit sendiri. Jiwanya berkocakan. Di serang rasa kecewa, marah, benci, dendam. Semuanya menjadi satu. Ditinggalkan Nur Eisya yang terkapai-kapai memohon kemaafannya. Di tinggalkan segalanya kenangan manis bersama isterinya. Yang tinggal dalam dirinya hanya dendam pada kaum sejenis isterinya. Hatinya berubah menjadi sekeras batu. Dunianya hanya kerja.

Kehadiran Sofia di anggap musuh olehnya. Marah pada orang tuanya yang begitu mudah mempercayai orang lain. Perasaannya jengkel memandang Sofia. Padanya Sofia sengaja menceritakan kisah sedih hidupnya untuk meraih simpati ayah dan ibunya.

Amarah Irfan semakin memuncak apabila dipaksa mengahwini Sofia. Perempuan yang tak tahu malu itu. Irfan menuduh Sofia mengenakan ilmu guna-guna pada ayah dan ibunya sehingga tunduk pada wanita itu. Mahu tak mahu, Ifran terpaksa mengikut arahan ayahnya. Ugutan ayahnya menimbulkan kesan di hatinya. Dia tahu ayahnya tidak dapat dipujuk lagi. Maka, rasmilah Sofia menjadi isterinya. Bermula episod derita Sofia sebagai isteri kepada seorang lelaki yang penuh dengan perasaan dendam itu.

Sofia diperlakukan sebagai babu oleh Irfan. Tiada perasaan perikemanusiaan bila Sofia di malukan dihadapan kawan-kawannya. Sengaja mencari kesalahan untuk memarahi dan menyakiti hati Sofia. Sofia terpaksa berkompromi dengan situasi yang dihadapinya sekarang. Mujur sokongan dari ayah dan ibu mertuanya sentiasa menyebelahinya. Merekalah kekuatan Sofia dalam mengharungi kepayahan hidup bersama Irfan.

Razman menjadi musuh dalam selimut. Perasaan dengki pada Irfan sentiasa menyebabkan dirinya mencari peluang untuk mengenakan Irfan. Razman sengaja mencuri idea Irfan untuk mendapatkan pujian dari ketua mereka. Hatinya senang melihat Irfan dalam kesusahan. Dendamnya tak pernah padam selagi dia tidak mendapat apa yang dimahukannya.

Antara sedar dengan tidak, terbit perasaan indah dalam diri Irfan. Dia tidak menyangka dia mempunyai perasaan itu terhadap Sofia. Dia akui Sofia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Walau tidak secantik wanita yang pernah dia kenali dulu, Sofia tak kurang cantiknya. Dengan alis bibir yang merah tanpa secalit gincu dibibir membuat Irfan tak lena tidur. Segala-gala tentang Sofia begitu indah dan mengasyikkan, namun dia tidak berani menyatakan perasaannya. Dia takut kecewa lagi. Dia takut dikhianati lagi. Di biarkan ego mematahkan keinginan hatinya.

Cemburu hatinya semakin menjadi-jadi. Pantang dia melihat Sofia berbual dengan lelaki lain. Hisyam teman sekampung Sofia yang ditemuinya dijalanan, membuat Irfan penasaran dan amukannya menjadi igauan ngeri buat Sofia. Juga tentang Zamani yang melukis potret dirinya, membuatkan Sofia ditengking dan diherdik semahunya oleh Irfan. Sofia tidak faham akan kemahuan Irfan. Cemburu kah Irfan? Tapi untuk apa? Bukan kah Irfan tidak menyayanginya, lalu untuk apa cemburu itu. Sofia kebingungan.

Pertemuan dengan Ustaz Sufian membuka lembaran baru dalam hidupnya. Curahan hati Ustaz Sufian pada arwah isterinya menyedarkan Irfan bertapa perlunya dia berubah. Dia tidak mahu menjadi seperti Ustaz Sufian yang terlambat menyatakan perasaannya pada orang yang disayanginya. Dia tidak mahu penyesalan datang sebelum masanya. Dia mulai sedar kehadiran Sofia bagaikan suatu anugerah dalam hidupnya. Anugerah yang tidak ternilai dalam hidupnya.

Kehidupannya mulai berubah. Perubahan Irfan amat membahagiakan dirinya. Mereka menjadi pasangan paling romantis. Sofia bersyukur di atas penerimaan Irfan. Kini mereka bahagia mengulam cinta dalam bahtera rumahtangga.

Namun bahagia yang diharap berpanjangan mulai pudar. Kemunculan Kudin bersama fitnah menyemarakkan kemarahan Irfan. Kenangan lama dikhianati mulai berlegar-legar di benaknya. Jadilah dia seorang lelaki pemarah dan baran semula. Semua itu merungsingkan Sofia. Dia tidak tahu kenapa Irfan berubah laku. Di mana silapnya? Sofia buntu.

Sofia diculik Kudin untuk wang tebusan. Irfan yang tidak mahu mempercayai akibat terlalu mengikut kata hati. Asri meyakinkan Irfan bahawa Sofia tiada hubungan bersama Zamani. Zamani bakal bertunang bersama Rosmila, kawan sekolejnya. Irfan terpaku. Menyesal namun buntu dengan keadaan.

Shahril Azwan mahu menyelesaikan masalah antaranya dengan Irfan. Sesampai di hadapan rumah Irfan, dia melihat Sofia di culik seorang lelaki. Dia bertindak mengekori lelaki itu. Shahril Azwan menanti peluang untuk melepaskan Sofia dari ikatan namun Kudin lebih awal bertindak. Kepala Shahril Azwan dihentak dengan papan. Sofia cuba menghalang. Sofia di tolak dan kepalanya terhentak ke dinding. Tak cukup dengan itu, perutnya dipijak-pijak. Sofia teringatkan dirinya mengandung. Dia jadi sebak mengenangkan anak dalam kandungannya. Terasa darah mengalir dari celah kelengkangnya. Shahril Azwan menghalang Kudin dari terus memijak Sofia. Namun Kudin bertindak menikam perutnya. Darah merah tersembur keluar. Shahril Azwan terjerit kesakitan. Pihak polis sampai menyelamatkan keadaan. Kudin di tangkap dan dibawa ke balai polis. Sofia dan Shahril Azwan di bawa ke hospital.

Di atas pujukan Sofia, Irfan bersetuju memaafkan Nur Eisya dan Shahril Azwan. Di tambah rasa terhutang budi pada Shahril Azwan yang telah bertindak menyelamatkan Sofia dulu. Hatinya lega setelah dendam dalam dirinya di ungkaikan. Dia berjanji akan menjadi suami yang terbaik dan insan yang lebih memahami.

Penulis    : Suhaniza Sulaiman
Terbitan  : Creative Enterprise SDN. BHD
Point      : 4/5

* Jalan cerita yang mudah difahami .. tak berbelit-belit ... dapat rasai perasaan dendam, marah watak utamanya si Irfan tu ... juga dapat rasakan perasaan sedih si Sofia ... membelai jiwa .. haha .. best la novel ni .. macam-macam perasaan yang ada ... suka duka .. kelaka .. sedih .. romantis .. huhu .. best ..

2 comments:

  1. cam best je novel ni...nak cari gak la

    ReplyDelete
  2. salam intan ...
    memang best novel ni ..baca sampai habis baru berenti .. hehe ..

    ReplyDelete