"Mengapa ku teringat bila cuba melupa, ku menangis bila cuba tertawa"
Sinopsis oleh : aznanie
Nur Qazrina atau panggilan manjanya Abby menuntut di Universitas Andalas yang terletak di dataran tinggi Limau Manis, iaitu kira-kira 12 kilometer dari Padang, ibu kota Sumatera Barat. Menuntut dalam bidang doktor pergigian. Hidupnya ceria dikelilingi rakan-rakan sekampusnya, Rieyka dan Melina.
Sejenak jiwa remajanya di sapa lembut dengan sentuhan cinta Ghazali namun sedar akan kecenderungan Ghazali terarah kepada Rieyka, dipendamkan apa yang mengebu di dalam hati. Biarkan Rieyka dan Melina bersaing merebut cinta Ghazali.
Perkenalan pertamanya dengan Syed Nadjmil Faiz atau mesra dipanggil Abang Faiz tidak mendatangkan apa-apa reaksi padanya. Dia beranggapan Abang Faiz adalah calon yang terbaik untuk kakaknya, Lisa. Sikap Faiz yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa Faiz adalah teman lelaki Kak Lisanya.
Kedatangan Abang Faiz ke Tanah Tinggi bersama keluarganya dengan tujuan melancong di sambut baik Abby tanpa prasangka. Dia tidak menyangka kedatangan mereka adalah untuk berkenalan dengan keluarga Abang Faiz. Layanan yang diberikan oleh orang tua Faiz amat mengharukan dirinya dan menggangap Kak Lisa sungguh bertuah mendapat bakal mertua yang baik.
Hasrat meminang yang di suarakan Faiz disambut baik oleh keluarga Abby. Di sangka peminangan itu adalah untuk Kak Lisa tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Faiz meminang dirinya untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya kelak. Abby tak tahu apa yang harus dilakukan. Meminta penangguhan untuk berfikir sebelum memberi jawapan adalah jalan yang paling tepat buat dirinya mentelah Faiz memberinya waktu untuk berfikir semasaknya sebelum memberi jawapan.
Setelah meminta kepastian dari Faiz siapa Kak Lisa dalam hatinya, barulah Abby berani memberikan jawapan kepada peminangan Faiz itu. Bagi Faiz berkawan bukan bererti bercinta. Sekian lama mengenali Lisa, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta seperti yang dialaminya bila pertama kali bertemu Abby. Dan Lisa juga berperasaan begitu terhadap Faiz. Abby takut dituduh merampas hak kakaknya mentelah hubungannya bersama kakaknya bukan lah seindah yang disangka. Kak Lisa tidak pernah menganggapnya adik kerana baginya kelahiran Abby lah punca perceraian ibu dan ayah mereka. Dia membenci Abby sejak dari kecil sehingga lah dewasa. Semua perbuatan Abby mengundang kemarahannya.
Majlis pertunangan berlangsung ala kadar sahaja. Dalam tempoh setahun baru mereka di ijab kabulkan. Namun takdir menentukan sebaliknya. Keluarga Faiz mempercepatkan tarikh pernikahan mereka kerana datuk Faiz sering sakit dan mahu melihat cucu sulungnya mendirikan rumah tangga. Hendak tak hendak Abby terpaksa akur dengan kemahuan orang tua walaupun hatinya masih belum sepenuhnya menyintai Faiz.
Rupanya ayah yang menghilang dari hidupnya tak jauh darinya selama ini. Pak Mus yang di kenalinya sebagai ayah kepada kakak angkatnya, Kak Sherry adalah ayahnya. Pada mulanya, sukar menerima kenyataan ini tetapi setelah ditunjukkan bukti dan saksi yang nyata, barulah Abby mempercayai kata-kata Pak Mus.
Abby mahukan ayahnya menjadi wali pernikahannya, namun penentangan keras dari ibunya memaksa Abby melupakan hasratnya. Tetapi setelah dipujuk akhirnya ibunya membenarkan ayah Abby mewalikan pernikahan Abby. Selesai upacara pernikahan, ayahnya terus menghilangkan diri kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan di majlis itu.
Rasmilah kini Abby menjadi isteri kepada Faiz. Dia harus memupuk rasa cinta terhadap suaminya. Dia akui di dalam dirinya telah terbit rasa sayang itu namun tak berani nak mengakuinya dan kebijaksanaan Faiz menzahirkan rasa sayangnya telah menarik Abby terjerumus ke dalam lautan kasih sayang yang tiada sempadannya.
Perubahan fizikal Lisa dihidu oleh Abby namun takut untuk bertanya lanjut. Bimbang di marahi Kak Lisa. Jadi dia mengambil sikap pandang dan dengar sahaja. Namun kedatangan kawan serumah Lisa ke rumahnya mengejutkan semua apabila diberitau yang Lisa mengidap penyakit leukemia. Mereka segera berjumpa Lisa di hospital. Doktor memberitahu yang Lisa memerlukan pemindahan sum-sum tulang untuk menyelamatkan nyawanya. Dan hanya adik-beradiknya sahaja yang layak untuk tujuan itu.
Abby mahu menderma sum-sum tulangnya kepada Lisa namun tidak mendapat keizinan dari suaminya, Faiz. Faiz bimbangkan keselamatan Abby dan kesan-kesan sampingan yang akan dihadapi oleh isteri kesayangannya itu. Namun Abby bersungguh-sungguh hati menerangkan segala risiko tidak tertimpa kepada penderma. Tidak puas hati dengan penerangan Abby, Faiz berjumpa doktor yang merawat Lisa dan bertanyakan perihal tersebut. Dan penerangan doktor itu melegakan Faiz.
Setelah disahkan sesuai untuk menderma sum-sum tulang, Abby dimasukkan ke dalam hospital tetapi Abby meminta doktor merahsiakan perkara itu dari pengetahuan kakaknya, Lisa dan seluruh keluarganya. Abby tidak mahu Lisa berasa terhutang budi dengannya.
Namun rahsia yang terpendam tidak bertahan lama, apabila kehadiran Lisa pada suatu hari di rumahnya memberi tanda yang rahsianya telah diketahui oleh Lisa. Lisa meminta maaf dari Abby kerana selama ini sikapnya amat buruk terhadap adiknya itu. Dia berasa cemburu kerana ibu dan ibu saudaranya, Mak Ina terlalu membandingkan dirinya dengan Abby. Dia tahu dia tidak sepandai Abby dalam pelajaran namun dia tidak mahu dipandang rendah oleh mereka semua. Itulah yang menyebabkan dirinya menganggap Abby semacam musuhnya. Mereka berpelukan tanda memaafkan antara satu sama lain. Lisa melangsungkan perkahwinannya bersama Akmal Fakhimie.
Kehadiran Sharifah Aliya menambah bahagia Abby dan Faiz. Sehinggakan Faiz lebih banyak memberi tumpuan kepada puteri kesayangannya dari dirinya. Abby terasa terpinggir dari perhatian Faiz. Dan lebih memburukkan lagi rumahtangganya apabila Abby mulai mensyaki Faiz ada hubungan dengan perempuan lain.
Abby menyiasat sejauh mana kebenaran yang ditunjukkan oleh Faiz. Dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapat tahu yang Faiz sedang berhubungan dengan bekas tunangannya, Norsham. Kepadanya dijelaskan yang Norsham hanya meminta bantuan guaman kerana sedang dalam proses penceraian dengan suaminya.
Abby mengambil keputusan untuk ke Tanah Tinggi. Selain untuk menenangkan dirinya, dia mahu menyatukan kembali kedua orang tuanya. Dia mahu ibu dan ayahnya kembali bersatu melayari kehidupan berumahtangga. Dia mahu ibunya melupakan persengketaan mereka. Rancangan itu akan dibantu oleh Kak Sherry.
Tujuh hari diberi waktu kepada Faiz untuk menilai cintanyanya. Siapa yang lebih bermakna dalam dirinya. Faiz buntu memikir jawapan untuk soalan Abby kerana memang tiada yang lain dalam hidupnya selain Abby, isteri yang sangat dicintainya itu. Namun suaranya bagai tidak kesampaian untuk menerangkan kedudukan yang sebenarnya. Dengan berat hati diizinkan jua pemergian Abby bersama ibunya ke Tanah Tinggi.
Rancangan yang telah diatur berjalan dengan jayanya. Akhirnya kedua orang tuanya kembali bersatu. Membuang segala perselisihan faham yang terjadi di antara mereka. Merungkai apa yang sebenarnya terjadi dahulu. Cinta mereka terhalang oleh orang tua yang tidak merestui perkahwinan mereka. Namun jodoh mereka sememangnya kuat. Mereka bertemu setelah sekian lama terpisah.
Tanpa di duga, kehadiran Faiz mengejutkan Abby. Faiz melepaskan rindunya pada Aliya. Dan juga kepada Abby dinyatakan dia tidak perlukan tujuh hari untuk memilih siapa yang lebih dia cintai kerana memang tiada yang lain dalam hidupnya. Hanya Abby isterinya. Kesungguhan yang ditunjukkan Faiz mencairkan hati batunya. Sesungguhnya dia yang terlalu berprasangka. Meragui kesetiaan suaminya yang tidak pernah mencuranginya. Abby menyesal kerana terlalu mengikut kata hati. Akhirnya Abby kembali ke pangkuan Faiz dan mereka menyulam bahagia hingga ke akhirnya. Tamat ...
Penulis : Anis Ayuni
Terbitan : Alaf 21
Point : 4/5
*Baca novel ni satu hari jek ... kenapa ek buleh cepat habis .. sebab jalan ceritanya simple dan tidak berbelit-belit .. straight to the point ... tapi banyak tentang penerangan tempat-tempat di pelancongan di Sumatera Barat, Indonesia ... kawasan-kawasan yang sesuai dijadikan tempat melancong laa .. wat geram jek .. bila lah nak menyaksikan sendiri pemandangan yang dikatakan indah di Tanah Tinggi, Padang Indonesia tu ... daripada penulisan ni .. dapat digambarkan bertapa nyaman dan indahnya pemandangan kat situ .. hehe ... keterujaan pulak nak melancong .. huhu ...
slm perkenalan...singgah n follow umah anis sbb nak cari resepi siakap 3 rasa...thanks share resepi...
ReplyDeletejemput ke umah sya yer
salam perkenalan intan morsalin ..
ReplyDeletethank yer sudi singgah n follow umah akak ni .. resepi yang ada di dalam blog ni sememangnya untuk dikongsi bersama kekawan semua .. sama lah kita mendapat menfaatnya .. insyallah ..
best gk cite ni...
ReplyDeletesalam miss keroppi ..
ReplyDeletememang best .. akak baca 1 hari jek .. hehe .. hantu novel la katakan .. hehe