Pages

Tuesday, October 25, 2011

Filem Melayu : Raya Tak Jadi!!


Sinopsis oleh : aznanie

Mengisahkan dua beradik iaitu Syuib dan Bob yang bekerja di bandar. Syuib bekerja sebagai pemandu teksi manakala Bob bekerja sebagai pengawal keselamatan. Bob mempunyai penyakit lupa yang kronik. Setiap kali penyakit lupa Bob datang, Syuib yang akan mengingatkan siapa dirinya.

Ibu mereka mengingatkan mereka supaya membawa wang yang banyak untuk hari raya yang akan datang nanti. Jadi Syuib dan Bob bekerja keras untuk memenuhi permintaan ibu mereka.

Seorang tauke cina yang menjual kurma telah mengalami kerugian kerana kurmanya baru tiba lagi 5 hari nak bulan Syawal. Macam mana dia nak menghabiskan stok kurmanya sedangkan bulan puasa bakal berlalu tidak lama lagi. Jadi, dia merancang untuk melambatkan hari raya. Dia menyuruh 2 orang budak suruhannya menculik Penyampai Mohor Besar supaya tiada orang yang akan mengumumkan kedatangan hari raya. Dapat lah dia menjual kurmanya dengan lebih lama lagi.

Dalam ushanya untuk mencari duit lebih, Syuib mengedarkan lemang kepada pelanggan-pelanggannya yang menempah melaluinya. Dia meletakkan lemang-lemangnya di dalam bonet belakang teksinya.

Dua orang suruhan tauke itu berjaya menculik Penyampai Mohor Besar itu dan meletakkannya di dalam bonet kereta sewa yang di sewa oleh mereka. Sebelum pergi ke markas, mereka pergi makan dahulu di sebuah restoran. Kebetulannya, Syuib jugak pergi ke restoran itu untuk membeli nasi bungkus untuk berbuka puasa nanti. Dia meletakkan kereta sewanya bersebelahan dengan kereta sewa si samseng berdua itu tadi.

Sedang samseng berdua itu sedang enak makan, tiba-tiba datang majlis agama islam menyerbu restoran itu. Samseng berdua itu dihangkut ke balai polis kerana makan di siang hari pada bulan ramadhan. Syuib yang sedang membeli makanan bergegas keluar dari restoran itu kerana bimbang di tangkap sama. Di sebabkan terlalu nak cepat, Syuib telah tersalah membawa kereta sewa. Dia terbawa kereta sewa yang disewa oleh samseng berdua itu tadi. Sedangkan kereta sewanya di sebelah sana.

Syuib menjemput adiknya, Bob yang telah habis waktu bertugas. Dia membawa Bob pergi menghantar lemang yang dipesan oleh seorang pelanggannya. Di pertengahan jalan, Syuib menyuruh Bob pergi ke setesan minyak untuk membeli minyak tetapi Bob menyatakan yang minyak kereta sewa itu masih penuh. Syuib kehairanan kerana setahunya minyak keretanya itu sudah nak habis kali terakhir dilihatnya tadi.

Sesampai di rumah pelanggannya, Syuib menyuruh Bob membuka bonet kereta untuk mengeluarkan lemang tetapi Bob mendapati bukan lemang yang berada di dalam bonet kereta sewa itu tetapi mayat seorang lelaki. Bob dan Syuib terkejut dengan penemuan itu. Syuib baru terperasankan nombor plat kereta sewa itu bukan miliknya. Syuib dan Bob mengelabah. Mereka terus pergi dari situ.

Di pertengahan jalan, Bob memberi cadangan supaya meletakkan mayat orang lelaki itu di tengah jalan. Kalau ada orang lalu tentu mereka berhenti untuk memberi pertolongan kepada lelaki itu tetapi malangnya, rancangannya tidak berjaya. Mereka mengangkat semula mayat itu dan meletakkannya semula di dalam kereta.

Sementara, samseng berdua itu dimarahi oleh bos mereka kerana mereka cuai dan kehilangan kereta sewa mereka. Samseng berdua itu pergi ke syarikat kereta sewa untuk mencari alamat pemilik kereta sewa yang ditinggalkan itu.

Syuib dan Bob mencuba helah lain pulak untuk meninggalkan lelaki itu. Mereka membeli sebotol minuman keras dan berpura-pura memarahi lelaki itu kerana minum minuman keras sehingga mabuk. Mereka meninggalkan lelaki itu setelah yakin rancangan mereka berjaya. Baru sahaja mereka ingin masuk ke dalam kereta, dua orang lelaki memanggil mereka. Mereka menyuruh membawa lelaki yang ditinggalkan tadi. Mahu tak mahu Syuib dan Bob terpaksa membawa jugak lelaki itu semula.

Syuib dan Bob tidak putus asa, mereka mencuba lagi helah yang lain. Mereka membawa lelaki itu ke sebuah kedai menjual pakaian. Mereka menjadikan lelaki itu patung di situ. Apabila mereka melihat di luar kedai mereka terpandang di suratkhabar gambar Penyampai Mohor Besar sama dengan wajah lelaki yang mereka usung ke hulu ke hilir itu. Sahlah yang lelaki itu adalah Penyampai Mohor Besar yang akan menyampaikan pengumuman hari raya. Syuib berasa tak sedap hati untuk meninggalkan mayat lelaki itu di situ. Dia mengambil keputusan untuk mengambil semula mayat lelaki tadi. Setelah mereka kembali ke kedai pakaian itu, mayat lelaki itu sudah tiada. Syuib lega kerana masalah mereka telah selesai.

Sedang mereka memandu kereta untuk balik ke rumah mereka, tiba-tiba mereka berasa ada tangan di bahu mereka. Syuib ingatkan tangan Bob dan Bob ingatkan tangan Syuib. Setelah mereka teliti itu adalah tangan mayat lelaki yang mereka tinggalkan tadi. Mereka sepakat membawa mayat itu balik ke kampung Ida.

Mereka membawa mayat lelaki itu ke dalam rumah dan memanggil orang kampung untuk menyempurnakan mayat lelaki itu. Orang kampung membacakan yasin dan urusan pengkebumian lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu bangun dan semua orang kampung melarikan diri termasuk Syuib dan Bob dan pak imam sekali.

Isteri lelaki itu membuat laporan polis mengenai kehilangan lelaki itu. Pihak polis berjanji mencari lelaki itu.

Apabila lelaki tua itu sudah sedar dan sihat, Syuib dan Bob bercadang untuk menghantar pulang pak cik tua itu ke rumahnya tetapi pak cik tua tu seakan tidak mahu pulang pula.

Rupanya-rupanya pak cik tua itu ada masalahnya sendiri. Dia meminta pertolongan Syuib dan Bob untuk menyelesaikan masalahnya. Menurut pak cik tua itu dia mempunyai isteri yang garang dan selalu menghabiskan duitnya dan tidak membenarkannya memberi derma dan  sumbangan tanpa kebenarannya.

Pak cik tua itu menyuruh Syuib dan Bob mencuri wang di rumahnya. Pada mulanya Syuib dan Bob tidak mahu tetapi setelah di pujuk oleh pak cik tua itu dan menjamin keselamatan mereka, akhirnya mereka berdua bersetuju menolong pak cik itu.

Samseng suruhan tauke cina itu pergi ke rumah mak Syuib dan Bob di kampung dalam usaha menjejak mereka. Bila mereka sampai ke situ, mak Syuib memberitahu yang Syuib dan Bob tidak ada di situ. Mereka di ajak bersahur bersama.

Pak cik tua itu mengajar Syuib dan Bob cara-cara untuk masuk ke dalam rumahnya. Apabila berjaya masuk ke dalam rumah, mereka di ajar membuka tempat rahsia simpanan duit di rumah pak cik itu.

Apabila mereka berjaya mencuri duit pak cik tu, mereka segera meninggalkan rumah itu tetapi rupanya duit telah bertukar menjadi kain buruk. Mereka semua sungguh kecewa dan mencari idea lain untuk mendapatkan duit dari rumah pak cik itu.

Samseng berdua itu mengikat mak dan adik Syuib. Mereka menelifon Syuib untuk memberitahu yang mereka telah menawan mak dan anaknya dan menyuruh Syuib membawa orang tua lelaki itu kepada mereka.

Pak cik itu menelifon isterinya dan menyatakan dirinya diculik dan meminta isterinya menyediakan wang tebusan sebanyak rm 250 ribu. Pak cik itu membuat idea itu sendiri dan meminta Syuib mengambil duit itu di rumahnya esok harinya.

Tauke kurma itu datang ke rumah mak Syuib di kampung untuk melihat sendiri kerja-kerja orang suruhannya. Tauke kurma itu menelipon isteri lelaki tua itu dan meminta wang tebusan sebanyak rm 500 ribu dengan alasan suaminya ada di tangan mereka. Kemudian, tauke kurma itu menelipon Syuib pula dan menyuruh Syuib pergi ke rumah lelaki tua yang kaya itu untuk mengambil wang tebusan dan menyerahkan kepadanya. Kalau tidak, mereka akan membunuh mak dan adik mereka.

Pak cik tua yag kaya itu balik ke rumahnya untuk mengambil wang tebusan untuk dirinya untuk menyelamatkan mak dan adik Syuib. Setelah duit diperolehi mereka pun bergegas ke tempat mak dan adik Syuib di culik.

Tauke kurma itu terus merampas beg yang berisi duit dari tangan pak cik tua itu dan terus melarikan diri. Tanpa mereka sedar, pihak polis mengekori mereka ke situ dan terus memberkas tauke kurma dan orang suruhannya.

Di balai polis, mereka mendengar pengumuman raya yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen tetapi pak cik tua itu ada bersama mereka. Rupanya Penyampai Mohor Besar itu adalah abang kembarnya bukan dirinya.

Hari raya menjelang tiba. Syuib dan Bob sekeluarga tidak ada membuat apa-apa persiapan. Baju raya dan langsir adalah dari kain yang sama. Pak cik tua itu datang ke rumah Syuib membawa bersama berbagai barangan untuk Syuib sekeluarga berhari raya. Tamat ...

Para pelakon:
Saiful Apek sebagai Syuib
Johan Raja Lawak sebagai Bob
Wan Sarmila sebagai Ida
Datuk Jalalludin Hassan sebagai pak cik tua / penyampai mohor besar

* Haha .. lawak giler cite ni ... best jugak la .. terhibur jugak tengok ... banyak adegan yang kelakar di awal cerita .. tapi kurang lawak sikit di akhir ceritanya .. cam nak cepat habiskan cerita jek .. hehe .. pendapat aku le .... aku bagi 3 bintang la untuk cite ni ..  

No comments:

Post a Comment