Alhamdulilah .. dah nak masuk hari yang ke 12 kita berpuasa .. semoga kita diberikan kesihatan tubuh badan untuk menyempurnakan ibadah puasa kita .. amin .. amin ..
Hari ni masak nasi ayam goreng .. teringin nak makan nasi ayam goreng .. nak beli kat bazar ramadhan tak menepati selera la pulak .. bukan memilih tetapi alang-alang dah teringin tu .. biarlah memenuhi selera dan kehendak kita kan .. hehe ..
Nasi Ayam Goreng
Bahan-Bahan Nasi Ayam :
Beras - dibersihkan dan ditoskan
Air rebusan ayam
Kiub ayam knorr
Garam secukup rasa
Bawang merah - dihiris
Halia - dihiris
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Bahan Untuk Mengoreng Nasi Ayam :
Bawang putih - diketuk
Bawang merah - diblend
Lada merah hidup - diblend
Lada cili padi merah - diblend
Ayam goreng - di potong kecik-kecik
Sayur sawi putih (potong kecik) -terpulang nak letak atau tak
Telur
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Cara membuat :
Nasi Ayam :
Tumis bawang merah, halia, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga kekuningan
Curah dalam periuk yang ada beras yang telah dibersihkan dan ditoskan tadi
Masukkan air rebusan ayam dan kiub ayam knorr
Masukkan garam jugak
Masaklah seperti memasak nasi biasa
Bila nasi dah masak, keluarkan nasi dan sejukkan
Buang bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga
Cara mengoreng nasi ayam goreng :
Tumiskan bawang putih yang diketuk tadi hingga kekuningan
Masukkan bahan-bahan yang diblend tadi
Kacau hingga lada garing
Masukkan nasi ayam tadi
Kacau sebati nasi bersama bahan yang ditumis tadi
Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa
Kacau-kacaukan ia
Masukkan ayam goreng yang telah dipotong kecik-kecik tadi
Masukkan jugak sayur sawi putih
Gaul sebati semua bahan bersama nasi
Biarkan seketika
Tutup api dan hidangkan bersama sup tulang ayam .. sedapnya ...
No comments:
Post a Comment