Pages

Friday, July 08, 2011

Seram Di TV3 'You Saka Pergi Jauh-Jauh' - Episod 6

Sambungan dari episod 5 :

Pak Berahim menasihatkan Adrus supaya mencari pekerjaan tetap. Adrus bukan tak ada kelulusan. Dia mempunyai Diploma dalam bidang IT. Adrus bertanya pada ayahnya jawatan apa yang sesuai dengan kelulusan yang dimilikinya itu. Pak Berahim menjawab tentu la security guard. Adrus menyetujui akan kata-kata Pak Berahim itu.

Roslan menalipon Pak Berahim untuk menberitau yang gangguan saka gelam bukan hanya pada waktu malam sahaja, waktu siang pun dia berani membuat onar jugak. Sesampai sahaja Pak Berahim di rumah Roslan, Roslan terus menceritakan kejadian yang menimpanya. Pak Berahim menyuruh Roslan menjadi umpan untuk menarik perhatian saka gelam supaya datang ke rumahnya. Roslan disuruh duduk di kerusi membelakangkan pintu masuk ke rumahnya. Pak Berahim dan Pak Abbas bersembunyi di dapur. Saka gelam muncul dengan mengurut-ngurut bahu Roslan. Roslan berpura-pura takut kerana Pak Berahim sudah menasihatkan dia supaya jangan berani sangat. Nanti saka gelam tu lari pulak. Setelah saka gelam muncul, Pak Berahim pun keluar dari tempat persembunyiannya dengan membawa sebijik botol. Pak Berahim membawa mentera untuk menyuruh saka gelam masuk ke dalam botol itu. Tapi tidak berjaya. Saka gelam selamba jek blah dari situ. Pak Berahim mengcover dengan memberitau yang botol itu terlalu kecik untuk saka tu masuk.

Nia tertinggal kunci kereta dalam keretanya. Dia buntu macam mana nak bukak pintu keretanya. Nak mintak pertolongan pun semua orang dah balik kerja. Sedang dia keresahan, tiba-tiba angin bertiup ke arahnya. Nia memanggil nama Puteri Jarum Permata. Dia meminta pertolongan puteri itu. Setelah angin itu reda, Nia menarik pintu keretanya dengan penuh keyakinan. Alangkah gembiranya Nia bila pintu keretanya telah terbuka.

Adrus pergi ke rumah Shasa. Dia mahu bertanya perihal Nia yang menyepikan diri. Segala call dan sms yang dihantarnya semua tidak berbalas. Shasa tidak mahu menolongnya lagik. Dia dah penat dengan keletah dan ragam Adrus itu. Dia menyuruh Adrus berdepan dengan Nia dan menyelesaikan masalah mereka. Adrus kecewa dengan penolakan Shasa itu.

Zeti berjumpa dengan Datin Salina. Datin Salina memberitahu yang anaknya Fauzan semakin parah. Zeti memberitahu yang Fauzan keteguran benda halus. Datin Salina tidak percaya yang rumahnya ada makhluk halus. Zeti meyakinkan Datin Salina dengan menunjukkan wujudnya makhluk halus di rumahnya dengan menggunakan handphonenya. Datin Salina yang ketakutan setelah melihat gambar itu, lantas meminta bantuan Zeti untuk membuang makhluk halus itu. Zeti meminta Datin Salina membayarnya sebanyak Rm50,000.00 sebagai ganjaran untuk membuang makhluk halus itu.

Zeti berjumpa bomoh yang hebat iaitu seorang lelaki yang dulunya pernah menjadi kawan Pak Berahim. Zeti meminta bomoh itu membuat sesuatu untuk menundukkan Pak Berahim. Bomoh itu bersetuju dengan syarat Zeti harus mengasapkan minyak yang diberinya itu supaya orang yang bijak pandai tak nampak akan penunggu minyak itu yang mengekori Zeti kemana sahaja dia pergi. Bomoh itu menyuruh Zeti mencalitkan minyak yang telah dijampinya itu ke tangan Pak Berahim.

Pada malam minggu Zeti mengasapkan minyak yang diberikan oleh Bomoh itu sambil menyeru-nyeru nama penunggu minyak itu supaya datang kepadanya.  Tiba-tiba lampu berkelip-kelip dan penunggu yang berpakaian jubah hitam itu muncul di hadapannya. Zeti yang ketakutan telah menyuruh penunggu itu jangan muncul dihadapannya dengan alasan dia berasa kurang selesa. Penunggu minyak itu pergi ke tingkat bawah dan terjumpa dengan saka gelam. Saka gelam memarahi penunggu minyak itu kerana telah menggangu tugasnya. Penunggu minyak itu lesap. Yang tinggal hanya jubahnya sahaja. Saka gelam mengambil jubah itu dan memakainya.

Zeti menelipon Pak Berahim untuk berjumpa dengannya. Dalam kereta Zeti berpura-pura mahu bersalam dengan Pak Berahim. Bila Pak Berahim menghulurkan tangannya sahaja Zeti terus mencalitkan minyak itu ke tangan Pak Berahim. Pak Berahim berasa pelik tetapi tidak berbuat apa-apa. Sejak itu Pak Berahim banyak menghabiskan masanya bersama Zeti. Membuatkan isterinya dan Adrus risau.

Adrus menelipon Sahsa bertanyakan kalau-kalau Pak Berahim ada datang ke rumahnya. Shasa menidakkannya. Pada masa itu, Nia dan Shasa baru nak mula makan. Bila Shasa mematikan handphonenya, Nia bertanya samada Adrus ada bertanya pasal dirinya ke tidak. Shasa malas mahu melayan Nia. Dia merasakan antara Adrus ngan Nia sama je perangainya. Shasa menerangkan yang Lina tu aje yang syok kat Adrus tapi Adrus tak syok langsung kat Lina tu. Dia jek yang mengaku girlfriend Adrus. Nia berasa lega dengan penyataan Shasa itu.

Di tempat letak kereta, Nia sedang berjalan menuju ke pejabatnya. Tiba-tiba ada seseorang mengekorinya. Dia mula terperasan dirinya diekori. Tiba-tiba bahunya dipegang. Nia menjerit sekuat hatinya. Rupanya Adrus yang mengekorinya. Nia menjadi berang. Dia tidak mahu melayan Adrus dan terus berlalu pergi ke pejabatnya. Adrus kecewa dan blah dari situ. Bersambung episod 7 daaa ...

* Lawak .. lawak ... tak leh tahan tengok Roslan si lembut tu .. hati nak marah pada saka gelam tu .. tapi dah kena nasihat ngan Pak Berahim kena buat-buat takut .. pastu masa saka gelam tu urut-urut bahu dia ... dia cakap best pulak kena urut cam tu ... haha .. lagi satu yang Adrus tu cakap dia berjaya dapat kerja sebagai security guard dengan kelulusan diploma IT dia tu .. haha .. lawak .. lawak ...

No comments:

Post a Comment